1 Mei
Penampilan
<< | Mei | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
2024 |
1 Mei merupakan hari ke-121 (hari ke-122 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 244 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Beltane di Ireland dan Scotland
- Hari Mei, atau juga dikenali sebagai Hari Pekerja dan Hari Buruh, di pelbagai negara.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 305 - Diocletianus dan Maximianus bersara daripada jawatan Maharaja Rom.
- 1707 - Melalui Akta Penyatuan 1707, Kerajaan England dan Scotland bersatu untuk membentuk Kerajaan Great Britain.
- 1753 - Carl Linnaeus menerbitkan Species Plantarum, yang, bersama dengan karya lebih awalnya Systema Naturae, dianggap sebagai permulaan tatanama botani moden.
- 1776 - Pertubuhan rahsia Illuminati diasaskan oleh Adam Weishaupt dan Adolph von Knigge di Ingolstadt, Bavaria, Jerman.
- 1786 - Tayangan perdana opera jenaka Le nozze di Figaro yang digubah oleh Wolfgang Amadeus Mozart diadakan di Burgtheater, Vienna.
- 1834 - Jajahan-jajahan British menghentikan amalan perhambaan.
- 1840 - Setem pos berperekat rasmi yang pertama, Penny Black (gambar), dikeluarkan di United Kingdom Great Britain dan Ireland.
- 1886 - Rusuhan yang berlaku di Dataran Haymarket di Chicago, Illinois menandakan bermulanya acara mogok yang membawa kepada pengenalan amalan hari bekerja lapan jam di Amerika Syarikat. Peristiwa ini kini diingati melalui sambutan Hari Pekerja Sedunia.
- 1893 - Eksposisi Dunia Columbus, sebuah Pameran Sedunia yang meraikan ulang tahun ke-400 penemuan Dunia Baru oleh Christopher Columbus, dibuka di Chicago, Amerika Syarikat.
- 1925 - Persekutuan Kesatuan Sekerja Seluruh China dirasmikan. Kini, pertubuhan ini merupakan kesatuan sekerja terbesar di dunia, dengan 134 juta orang ahli.
- 1927 - Masakan pertama dalam penerbangan berjadual diperkenalkan dalam perjalanan Imperial Airways dari London ke Paris.
- 1931 - Bangunan Empire State di Bandar Raya New York dibuka, menjadi bangunan tertinggi di dunia ketika itu.
- 1940 - Sukan Olimpik Helsinki 1940 dibatalkan akibat peperangan.
- 1941 - Filem Citizen Kane karya Orson Welles mengadakan tayangan perdananya, ia dipuji sebagai antara filem yang disanjung dalam bidang perfileman sepanjang zaman oleh pengulas-pengulas filem terkenal sejak penayangannya.
- 1948 - Republik Rakyat Demokratik Korea (Korea Utara) diasaskan, dengan Kim Il-sung sebagai presiden.
- 1956 - Vaksin polio yang direka oleh Jonas Salk dijual kepada orang awam.
- 1960 - Negeri Bombay di India dipecahkan menjadi Gujarat dan Maharashtra mengikut sempadan bahasa tuturan penduduk.
- 1960 - Perang Dingin: Peristiwa U-2: Krisis diplomasi timbul antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet setelah sebuah pesawat perisikan Lockheed U-2 ditembak sampai terhempas di wilayah Soviet.
- 1961 - Perdana Menteri Cuba, Fidel Castro mengisytiharkan negaranya sebuah negara sosialis lalu memansuhkan pilihan raya.
- 1978 - Naomi Uemura dari Jepun menjadi orang pertama yang tiba di Kutub Utara secara bersendirian dengan menaiki kereta luncur salji yang ditarik anjing.
- 1982 - Operasi Black Buck: Tentera Udara Diraja British menyerang Tentera Udara Argentina dalam Perang Falklands.
- 1989- Disney-MGM Studios dibuka di taman tema Walt Disney World Resort berhampiran Orlando, Florida, Amerika Syarikat.
- 1995 - Tentera Croatia melancarkan Operasi Bljesak dalam Perang Kemerdekaan Croatia.
- 1997 - Tasmania menjadi negeri terakhir di Australia yang membenarkan kegiatan homoseksual.
- 1997 - Maktab Perguruan Sultan Idris dinaiktarafkan sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris
- 2004 - Cyprus, Republik Czech, Estonia, Hungary, Latvia, Lithuania, Malta, Poland, Slovakia, dan Slovenia menyertai Kesatuan Eropah, dan disambut di kediaman Presiden Ireland di Dublin.
- 2010 - Satu cubaan serangan bom kereta terjadi di Times Square, Bandar Raya New York.
- 2011 - Paus Ioannes Paulus II dibeatifikasi dalam satu upacara di Kota Vatican.
- 2019 - Naruhito ditabalkan sebagai Maharaja Jepun (Tennō, 天皇) ke-126 memulakan suatu zaman baharu.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1218 – Rudolph I dari Jerman, Maharaja Suci Rom (mangkat 1291)
- 1738 – Raja Kamehameha I, Raja Hawaii (mangkat 1819)
- 1769 – Arthur Wellesley dari Wellington, negarawan British (meninggal 1852)
- 1825 – Johann Jakob Balmer, matematikawan Swiss (meninggal 1898)
- 1852 – Santiago Ramón y Cajal, ahli neurologi Sepanyol penerima Nobel (meninggal 1934)
- 1854 – Percy French, pelukis dan penulis lagu Ireland (meninggal 1920)
- 1855 – Marie Corelli, penulis British (meninggal 1924)
- 1857 – Theo van Gogh, pedagang Belanda dan saudara Vincent van Gogh (meninggal 1891)
- 1881 – Pierre Teilhard de Chardin, filsuf dan paleontolog Perancis (meninggal 1955)
- 1909 – Endel Puusepp, penerbang Soviet (meninggal 1996)
- 1915 – Hanns-Martin Schleyer, ahli politik Jerman Nazi (meninggal 1977)
- 1916 – Glenn Ford, pelakon Kanada (meninggal 2006)
- 1917 – Danielle Darrieux, pelakon dan penyanyi Perancis
- 1920 – Utuy Tatang Sontani, sastrawan Indonesia (meninggal 1979)
- 1926 – Peter D. Lax, matematikawan Amerika Syarikat
- 1930 – Probosutedjo, pengusaha Indonesia
- 1930 – Rachmat Saleh, mantan menteri Indonesia
- 1939 – Max Robinson, jurnalis Amerika Syarikat (meninggal 1988)
- 1946 – John Woo, sutradara Hong Kong
- 1947 – Jaka Bimbo, penyanyi dan penulis lagu Indonesia
- 1954 – Kusmayanto Kadiman, ahli politik Indonesia
- 1962 – Choi Min-soo, pelakon Korea Selatan
- 1966 – Olaf Thon, pemain dan pengurus bola sepak Jerman
- 1967 – Tim McGraw, pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat
- 1969 - Wes Anderson, pengarah Amerika Syarikat
- 1968 – Oliver Bierhoff, pemain bola sepak Jerman
- 1968 – Chicha Koeswoyo, pelakon dan penyanyi Indonesia
- 1971 – Ajith Kumar, pelakon filem dan pelumba kereta India
- 1972 – Julie Benz, pelakon Amerika Syarikat
- 1973 – Oliver Neuville, pemain bola sepak Jerman
- 1975 – Marc-Vivien Foé, pemain bola sepak Cameroon (meninggal 2003)
- 1980 – Jacquelin Chong, pelakon Hong Kong
- 1980 – Yosuke Ichikawa, pelakon Jepun
- 1981 – Alexander Hleb, pemain bola sepak Belarus
- 1982 – Tommy Robredo, petenis Sepanyol
- 1982 - Darijo Srna, pemain bola sepak Croatia
- 1983 – Park Hae Jin, pelakon Korea Selatan
- 1987 – Leonardo Bonucci, pemain bola sepak Itali
- 1987 – Arifin Putra, pelakon Indonesia
- 1988 – Nicholas Braun, pelakon Amerika Syarikat
- 1988 – Anushka Sharma, pelakon dan model India
- 1989 – Tim Urban, pelakon dan pemuzik Amerika Syarikat
- 1989 – Alejandro Arribas, pemain bola sepak Sepanyol
- 1990 – Uriel Álvarez, pemain bola sepak Mexico
- 1991 – Abdisalam Ibrahim, pemain bola sepak Somalia
- 1991 – Ryan Donaldson, pemain bola sepak British
- 1993 – Jean-Christophe Bahebeck, pemain bola sepak Perancis
- 1993 – Kyary Pamyu Pamyu, penyanyi Jepun
- 1994 – Wallace Oliveira, pemain bola sepak Brazil
- 1995 – Collin Seedorf, pemain bola sepak Belanda
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 408 – Arcadius, Maharaja Rom (diputerakan 337/338)
- 1118 – Matilda dari Scotland, isteri pertama Henry I (diputerakan s.1080)
- 1308 – Albrecht I dari Jerman, Raja Jerman (diputerakan 1255)
- 1555 – Paus Marcellus II (lahir 1501)
- 1572 – Paus Pius V (lahir 1504)
- 1610 – Matteo Ricci, pastur Itali (lahir 1552)
- 1873 – David Livingstone, mubaligh dan peneroka Scotland (lahir 1813)
- 1904 – Antonín Dvořák, pengguba lagu Czech (lahir 1841)
- 1970 – Euimin, putera mahkota Korea (lahir 1897)
- 1945 – Joseph Goebbels, ahli politik Jerman Nazi (lahir 1897)
- 1991 – Cesare Merzagora, ahli politik Itali (lahir 1898)
- 1993 – Pierre Bérégovoy, Perdana Menteri Perancis (lahir 1925)
- 1993 – Ranasinghe Premadasa, Presiden Sri Lanka ke-3 (lahir 1924)
- 1994 – Ayrton Senna, pelumba kereta Brazil (lahir 1960)
- 2000 – Steve Reeves, pelakon Amerika Syarikat (lahir 1926)
- 2008 – Anthony Mamo, Presiden Malta pertama (lahir 1909)
- 2008 – S. M. Nasimudin, pengusaha Malaysia (lahir 1955)