1972
Penampilan
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1972. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1972 (nombor).
Milenium: | milenium ke-2 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
1972 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Sabtu. Ia berlangsung dari 14 Zulkaedah 1391 hingga 25 Zulkaedah 1392.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1 Februari - Kuala Lumpur menjadi bandar raya.
Tarikh tepat tidak pasti
[sunting | sunting sumber]- Mikropemproses Scelbi-8H direka bentuk oleh Syarikat Perundingan Komputer Scelbi.
- Mikropemproses 8008 8-bit yang menggunakan 3,500 transistor dikeluarkan oleh Intel.
- Mesin hitung elektronik TI-2500, TI-3000, dan TI-3500 dikeluarkan oleh Texas Instrument.
- HP-35, sebuah mesin hitung saintifik, diperkenalkan oleh Hewlett-Packard.
- Komputer 2200 dikeluarkan oleh Makmal Wang.
- Permainan video pertama dihasilkan oleh Atari.
- Bahasa pengaturcaraan C dihasilkan oleh Dennis Ritchie, tetapi buku panduan rujukan tidak diterbitkan sehingga tahun 1974.
- Prolog, bahasa pengaturcaraan logik pertama kali digunakan oleh Alain Colmeraurer dan Philip Roussel.
- Atari ditubuhkan oleh Nolan Bushnell dan menghasilkan permainan video pertama.
- Bill Gates dan Paul Allen menubuhkan Syarikat Traf-O-Data yang menghasilkan perkakasan komputer dan perisian untuk merakam aliran trafik.
- Istilah "virus" disebut dalam novel fiksyen sains, "When H.A.R.L.I.E. Was One", yang ditulis oleh David Gerrold.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 11 Januari - Amanda Peet, pelakon Amerika
- 14 Februari - Rob Thomas, penyanyi dan penulis lagu rock Amerika Syarikat
- 17 Februari - Billie Joe Armstrong, penyanyi utama, penulis lirik dan pemaingitar utama kumpulan rock punk Green Day.
- 2 Mei - Dwayne Johnson, pelakon Amerika Syarikat dan penggusti profesional generasi ketiga
- 25 Julai, Carole Samaha, seorang penyanyi dan pelakon wanita Lubnan
- 15 Ogos, Ben Affleck, seorang pelakon, penulis skrip dan pengarah Amerika Syarikat
- 30 Ogos, Cameron Diaz, pelakon dan model Amerika Syarikat.
- 1 September - Shahnaz Haque, pelakon wanita Indonesia.
- 27 September - Gwyneth Paltrow, pelakon Amerika Syarikat
- 15 Oktober - Omar Al-Abdallat, penyanyi dan pelakon lelaki Jordan
- 17 Oktober - Eminem, seorang penyanyi rap, penerbit rakaman, penulis lirik dan pelakon Amerika Syarikat
- 8 November - Gretchen Mol, pelakon Amerika Syarikat
- 15 November - Poppy Mercury, penyanyi dan pelakon Indonesia (meninggal 1995)
- 29 Disember - Jude Law, pelakon Inggeris