7 Oktober
Penampilan
<< | Oktober | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
2024 |
7 Oktober merupakan hari ke-280 (hari ke-281 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 85 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Perayaan St. Osyth.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 3761 SM – Permulaan zaman Takwim Ibrani moden (takwim Julius prolepsis).
- 1571 – Empayar Uthmaniyyah tewas kepada Barat Kristian buat kali pertama, apabila armada pimpinan Don John dari Austria mengalahkan tentera laut Turki berhampiran Teluk Corinth.
- 1919 – Sistem penerbangan tertua yang masih menggunakan nama asalnya, Koninklijke Luchtvaart Maatschappij N.V. diasaskan di Belanda.
- 1933 - Lima syarikat penerbangan Perancis bergabung bagi membentuk Air France.
- 1949 – Republik Demokratik Jerman diisytiharkan di Berlin Timur.
- 1958 – Akibat ketidakstabilan politik, Presiden Pakistan Iskander Mirza menggantung perlembagaan, mengisytiharkan darurat dan membatalkan pilihan raya yang dijadualkan pada Januari 1959.
- 1985 – Kapal samudera Mediterranean MS Achille Lauro (gambar) dirampas oleh militan Barisan Pembebasan Palestin semasa berlayar dari Iskandariah ke Pelabuhan Said.
- 2001 – Perang Terhadap Keganasan: Serangan Amerika Syarikat ke Afghanistan bermula pada 16:30 UTC dengan kempen pengeboman udara terhadap pasukan Taliban dan al-Qaidah.
- 2003 – Para pemimpin Asean memberikan penghormatan kepada pemimpin Asean yang disifatkan sebagai lantang bersuara, Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad.
- 2011 – Ellen Johnson Sirleaf, Leymah Gbowee dan Tawakel Karman berkongsi Hadiah Keamanan Nobel untuk usaha memajukan hak wanita.
- 2012 – Hugo Chávez terpilih semula sebagai Presiden Venezuela bagi penggal keempat.
- 2012 – Kamui Kobayashi mendapat podium pertamanya dalam Formula Satu beliau di Grand Prix Jepun 2012.
- 2013 – Mulatu Teshome terpilih sebagai Presiden Habsyah yang baharu.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1949 - Bernard Giluk Dompok, Ketua Menteri Sabah ke-11
- 1952 - Vladimir Putin, Presiden Rusia ke-2
- 1996 - Stefanny Eveline, ahli Teenebelle