Jill Biden
Jill Biden | |
---|---|
Wanita Pertama Amerika Syarikat | |
Dalam peranan 20 Januari 2021 | |
Presiden | Joe Biden |
Didahului oleh | Melania Trump |
Wanita Kedua Amerika Syarikat | |
Dalam peranan 20 Januari 2009 – 20 Januari 2017 | |
Naib Presiden | Joe Biden |
Didahului oleh | Lynne Cheney |
Digantikan oleh | Karen Pence |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Jill Tracy Jacobs 3 Jun 1951 Hammonton, New Jersey, A.S. |
Parti politik | Demokrat |
Pasangan | Bill Stevenson (k. 70; c. 75) Joe Biden (k. 1977) |
Anak | |
Pendidikan | Universiti Delaware (BA, EdD) Universiti West Chester (MEd) Universiti Villanova (MA) |
Tandatangan | |
Jill Tracy Jacobs Biden (neé: Jacobs, sebelumnya Stevenson; lahir 3 Jun 1951) ialah seorang pendidik Amerika Syarikat yang kini merupakan Wanita Pertama Amerika Syarikat sejak 2021 dan Wanita Kedua Amerika Syarikat dari tahun 2009 hingga 2017 sebagai isteri kepada naib presiden ke-47 dan presiden ke-46, Joe Biden.
Beliau turut memimpin seberapa organisasi nirlaba sebagai pengasas termasuk Biden Breast Health Initiative, Book Buddies, Yayasan Biden, Delaware Boots on the Ground, serta Joining Forces dengan rakan seperjuangannya, Michelle Obama.
Awal hidup
[sunting | sunting sumber]Jill Tracy Jacobs lahir pada 3 Jun 1951,[a] di Hammonton, New Jersey;[1] beliau anak bongsu dari lima adik-beradik selepas Jan, Bonny, Kelly, dan Kim. Ayahnya, Donald Carl Jacobs (1927-1999)[2] adalah juruwang bank dan tukang isyarat Tentera Laut A.S. semasa Perang Dunia Kedua yang kemudian menyertai sekolah perniagaan dan menjadi ketua institusi simpanan dan pinjaman di kejiranan Chestnut Hill, Philadelphia;[3][4] beliau keturunan Sicilia dengan nama keluarga asalnya Giacoppo atau Giacoppa.[b] Ibu Jill, Bonny Jean Godfrey (1930–2008)[9] ialah seorang suri rumah[2] dan berketurunan Inggeris-Scotland.
Mereka sekeluarga tinggal sebentar di Hatboro, Pennsylvania, ketika masih muda sebelum berpindah ke Willow Grove, pinggiran utara Philadelphia, Pennsylvania;[3] di sinilah beliau membesar sebahagian besar usia mudanya serta giat mengikuti sukan Philadelphia.[10][11] Ibu bapanya melabelkan diri mereka sebagai "realis agnostik" dan tidak menghadiri ke gereja, tetapi beliau sering menghadiri kebaktian Ahad di gereja Presbyterian bersama neneknya.[12] Kemudian, Jacobs secara bebas mengambil kelas keahlian di Gereja Presbyterian Abington yang berdekatan dan pada umur 16 tahun disahkan.[4][13]
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Seni dan Sains Universiti Delaware,[14] mengambil bahasa Inggeris sebagai jurusan utamanya,[15] beliau mengambil cuti setahun dari kolej bekerja sebagai peragawati untuk suatu agensi setempat di Wilmington.[15] Pada ketika inilah beliau mula berkenalan dengan Joe Biden pada Mac 1975 ketika Joe berkhidmat sebagai senator Delaware[16][17] atas perkenalan adik Joe, Frank Biden, yang turut sama universiti dengan Jill.
Beliau berkahwin dengan Joe pada 1977 lalu menjadi ibu tiri kepada Beau dan Hunter, dua anaknya hasil perkahwinan pertama Joe dan mendiang isteri pertama mereka yang terkobran dalam kemalangan kereta pada 1972;[18] mereka bertiga anak-beranak mempunyai hubungan sangat erat bersama.[19] Jill dan Joe juga mempunyai seorang anak perempuan bersama bernama Ashley yang lahir pada 1981.[20]
Kerjaya sebagai pengajar
[sunting | sunting sumber]Beliau mempunyai ijazah sarjana muda dan doktoral dari Universiti Delaware, serta ijazah sarjana dari Universiti Chester Barat[15][21] dan Universiti Villanova. Beliau mengajar bahasa Inggeris dan membaca di sekolah menengah selama 13 tahun, dan juga mengajar remaja bermasalah emosi di hospital psikiatri.
Dari tahun 1993 hingga 2008, Biden adalah seorang pengajar bahasa Inggeris dan penulisan di Delaware Technical & Community College. Sejak tahun 2009, dia telah menjadi profesor bahasa Inggeris di Northern Virginia Community College dan dianggap wanita kedua pertama yang memegang pekerjaan sementara suaminya adalah naib presiden.
Memasuki pejabat Rumah Putih
[sunting | sunting sumber]Tempoh renggang
[sunting | sunting sumber]Keterlibatan dalam pilihan raya presiden 2020
[sunting | sunting sumber]Suami Jill terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat dalam pilihan raya 2020 dan mengangkat sumpah pada 20 Januari 2021.[22] Beliau menjadi Wanita Pertama Amerika Syarikat berketuruanan Itali Amerika yang pertama.[23][8]
Penulisan
[sunting | sunting sumber]- Student Retention at the Community College: Meeting Students' Needs (Universiti Delaware, 2006) [disertasi Ed.D.]
- Don't Forget, God Bless Our Troops (Simon & Schuster, 2012) [kanak-kanak, ilustrasi oleh Raúl Colón]
- Where the Light Enters: Building a Family, Discovering Myself (Flatiron Books, 2019)
- Joey: The Story of Joe Biden (Simon & Schuster, 2020) [kanak-kanak, ilustrasi oleh Amy June Bates]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ See "RT @whitehouse Happy birthday, @DrBiden! – Take note @Wikipedia!". The White House/Twitter. 3 Jun 2013. Tarikh 5 Jun diberikan dalam rencana 2009 Washington Post ini yang digunakan sebelum ini adalah tidak tepat.
- ^ Beberapa sumber Itali mengatakan Giacoppo,[5][6] manakala beberapa sumber Amerika mengatakan Giacoppa. .[4][7][8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Farrell, Joelle (27 Ogos 2008). "Colleagues see a caring, giving Jill Biden". The Philadelphia Inquirer (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2008. Dicapai pada 28 Ogos 2008.
- ^ a b Sama, Dominic (9 Jun 1999). "Donald C. Jacobs, 72; Ran Savings And Loan In Phila". The Philadelphia Inquirer (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 8 November 2014.
- ^ a b Terruso, Julia (14 Oktober 2020). "Jill Biden's Philly 'grit'". The Philadelphia Inquirer (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2020. Dicapai pada 7 November 2020.
- ^ a b c Van Meter, Jonathan (November 2008). "All the Vice-President's Women". Vogue (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2014. Dicapai pada 31 Ogos 2014.
- ^ Bitti, Paolo Ricci (7 November 2020). "Jill Biden, dalla Sicilia alla Casa Bianca: chi è la 'Philly girl' moglie del nuovo presidente". Il Messaggero (dalam bahasa Itali). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2020. Dicapai pada 8 November 2020.
- ^ "Birth record of Gaetano Giacoppo". Antenati Italiani (dalam bahasa Itali). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2020. Dicapai pada 8 November 2020.
- ^ Argetsinger, Amy; Roberts, Roxanne (1 Jun 2009). "Obamas' Chow: Politically Palatable". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jun 2020. Dicapai pada 1 Jun 2009.
- ^ a b "Jill Biden Set to Become the First Italian American First Lady" (dalam bahasa Inggeris). Italian Sons and Daughters of America. 7 November 2020. Dicapai pada 9 November 2020.
- ^ Nathans, Aaron (6 Oktober 2008). "Joe Biden's mother-in-law dies at 78". The News Journal (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (fee required) pada 23 Februari 2014. Dicapai pada 4 Februari 2009.
- ^ Bailey, Holly (16 Januari 2020). "Jill Biden tries to close the deal for her husband, one tiny Iowa town at a time". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2020. Dicapai pada 13 Februari 2020.
- ^ Glueck, Katie; Eder, Steve (2 Februari 2020). "In Iowa, a Former Second Lady Campaigns to Be the First". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). m/s. A16. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2020. Dicapai pada 12 Februari 2020.
- ^ Biden, Where the Light Enters, pp. 191–192.
- ^ Biden, Where the Light Enters, p. 192.
- ^ Cohen, Celia. "From UD to VP". University of Delaware Messenger. 16 (3). Diarkibkan daripada yang asal pada January 29, 2020. Dicapai pada October 2, 2020.
- ^ a b c Van Meter, Jonathan (November 2008). "All the Vice-President's Women". Vogue. Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 31, 2014. Dicapai pada Ogos 31, 2014.
- ^ Seelye, Katharine Q. (August 24, 2008). "Jill Biden Heads Toward Life in the Spotlight". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada December 10, 2008. Dicapai pada August 25, 2008.
- ^ Cartwright, Al (July 17, 1977). "Son told Joe to marry Jill". Wilmington News-Journal. m/s. 3. Diarkibkan daripada yang asal pada July 29, 2020. Dicapai pada March 8, 2020 – melalui Newspapers.com.
- ^ Farrell, Joelle (Ogos 27, 2008). "Colleagues see a caring, giving Jill Biden". The Philadelphia Inquirer. Diarkibkan daripada yang asal pada September 1, 2008. Dicapai pada Ogos 28, 2008.
- ^ Yuan, Jada; Linskey, Annie (August 17, 2020). "Jill Biden is finally ready to be first lady. Can she help her husband beat Trump?". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada August 19, 2020. Dicapai pada August 19, 2020.
- ^ "Iowa Caucuses '08: Joe Biden: Timeline". The Des Moines Register. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 25, 2008. Dicapai pada Februari 4, 2009.
- ^ Stern, Frank (Oktober 20, 2008). "The Quad talks with Jill Biden". The Quad. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 21, 2009. Dicapai pada Disember 29, 2008.
- ^ Martin, Jonathan; Burns, Alexander (7 November 2020). "Biden Wins Presidency, Ending Four Tumultuous Years Under Trump". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2020. Dicapai pada 7 November 2020.
- ^ D'Arcais, Alberto Flores (7 November 2020). "Jill Biden, mai una First Lady italoamericana. Conobbe Joe in un appuntamento al buio". la Repubblica (dalam bahasa Itali). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2020. Dicapai pada 7 November 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Jill Biden |
- Laman rasmi Rumah Putih (dalam bahasa Inggeris)
- Biden Breast Health Initiative (dalam bahasa Inggeris)
- Yayasan Biden (dalam bahasa Inggeris)
- Delaware Boots on the Ground (dalam bahasa Inggeris)
- Joining Forces (dalam bahasa Inggeris)
- Penampilan Jill Biden di C-SPAN (dalam bahasa Inggeris)
- Jill Biden di Facebook (dalam bahasa Inggeris)
- Reaksi Rate My Professors (dalam bahasa Inggeris)