Kincir angin
Kincir angin adalah alat jentera yang memanfaatkan kuasa tiupan angin dengan menukar kuasa tersebut kepada tenaga melalui putaran bilah atau layar terbina.[1][2]
Pada asalnya, kincir angin dibangunkan untuk tujuan mengisar bijirin bagi penghasilan makanan; namun teknologi ini dilanjutkan kepada kegunaan pengilangan lain dari zaman ke zaman[3] termasuk mengepam air atau sebagai penjana elektrik seperti pada rekaan turbin angin moden.
Sejarah perkembangan
[sunting | sunting sumber]Catatan pertama mengenai penggunaan kincir angin sebagai penjana kuasa mesin datang dari Yunani melalui Heron dari Alexandria pada abad pertama Masihi.[4][5] Satu contoh awal yang lain adalah kegunaan roda dipandu angin adalah roda doa, yang digunakan di Tibet dan China silam sejak abad ke-4.[6]
Ia telah didakwa bahawa maharaja Babylon Hammurabi bercadang bagi menggunakan kuasa angin bagi projek pengaliran bercita-cita besarnya pada abad ke-17.[7]
Jenis
[sunting | sunting sumber]Kincir mendatar
[sunting | sunting sumber]Kincir angin bolehguna pertama dipasangkan dengan layar yang berputar pada satah menegak dalam paksi sama arah;[8] rekaan ini ada dicatat oleh Abu Ishaq Ibrahim al-Istakhri pada abad ke-9.[9][10] Rekaan ini tersebar pada abad ke-11 mencapai sebahagian kawasan selatan Eropah termasuk kerajaan Andalusiyah dan rantau Balkan.[11]
Jenis serupa kincir angin mendatar berbilah segi empat ada ditemui untuk tujuan pengairan pada abad ke-13 di China (semasa Dinasti Jurchen Jin di utara) setelah diperkenalkan pengembara yang merentasi Yelü Chucai ke Turkestan pada 1219.[12]
Kincir menegak
[sunting | sunting sumber]Binaan
[sunting | sunting sumber]Bilah
[sunting | sunting sumber]Bilah atau layar kincir terdiri daripada suatu kekisi yang dipasangkan kain untuk menangkap angin. Kekisi-kekisi kayu lebih digunakan di kawasan beriklim sejuk yang mengelakkan kemungkinan pengecutan mengikut suhu.[13]
Jentera dalaman
[sunting | sunting sumber]Tenaga dibawa tiupan angin yang terperangkap dipindahkan melalui suatu tiang penyokong berhubungan kepada serangkaian gear; gear-gear ini kemudiannya boleh menggerakkan batu pengisar atau roda gergaji melakukan kerja yang dikhususkan untuk kincir penjana.
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mill definition
- ^ Windmill definition stating that a windmill is a mill or machine operated by the wind
- ^ Gregory, R. The Industrial Windmill in Britain. Phillimore, 2005
- ^ Dietrich Lohrmann, "Von der östlichen zur westlichen Windmühle", Archiv für Kulturgeschichte, Vol. 77, Issue 1 (1995), pp.1-30 (10f.)
- ^ A.G. Drachmann, "Heron's Windmill", Centaurus, 7 (1961), pp. 145-151
- ^ Lucas, Adam (2006). Wind, Water, Work: Ancient and Medieval Milling Technology. Brill Publishers. m/s. 105. ISBN 9004146490.
- ^ Sathyajith, Mathew (2006). Wind Energy: Fundamentals, Resource Analysis and Economics. Springer Berlin Heidelberg. m/s. 1–9. ISBN 978-3-540-30905-5.
- ^ Wailes, R. Horizontal Windmills. London, Transactions of the Newcomen Society vol.XL 1967-68 pp125-145
- ^ دانره المعارف بزرگ اسلامی - اصطخري، ابواسحاق
- ^ Ahmad Y Hassan, Donald Routledge Hill (1986). Islamic Technology: An illustrated history, p. 54. Cambridge University Press. ISBN 0-521-42239-6.
- ^ "Asbads (windmill) of Iran". UNESCO World Heritage Centre (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Needham, Volume 4, Part 2, 560.
- ^ "Wind powered factories: history (and future) of industrial windmills". Low-tech Magazine. 8 Oktober 2009. Dicapai pada 15 Ogos 2013.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kincir angin |
- (Inggeris) Windmill World
- (Inggeris) The Mill Database