Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Wikipedia:Pengesahan

Laman dilindungi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 4630439 pada 09:14, 27 Ogos 2019 oleh SNN95 (bincang | sumb.) (Adding {{pp-protected}} (TW))
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Sila ambil maklum bahawa Wikipedia berhak memadamkan apa-apa petikan, tulisan, rencana dan laman yang ditulis oleh penyunting tanpa sebarang rujukan dan pengesahan.

Perkara utama dalam Wikipedia adalah pengesahan, bukan kebenaran. Segala kenyataan, petikan dan rencana mesti "Boleh ditentusahkan". Dalam konteks ini, para pembaca seharusnya boleh memeriksa sekiranya bahan yang ditambah ke dalam Wikipedia sudah pun diterbitkan oleh sumber yang yang boleh dipercayai. Penyunting harus memberikan sumber yang boleh dipercayai untuk apa-apa petikan dan pernyataan, jika tidak, maklumat yang tiada rujukan boleh dicabar kesahihannya atau ia boleh dibuang.

Wikipedia:Pengesahan adalah salah satu daripada intipati polisi kandungan Wikipedia. Yang lain adalah Wikipedia:Tiada penyelidikan asli dan Wikipedia:Pandangan berkecuali. Secara menyeluruh, polisi-polisi ini menilai jenis dan kualiti bahan yang boleh diterima di dalam artikel-artikel Wikipedia. Mereka (polisi-polisi berkenaan) tidak seharusnya diterjemahkan secara berasingan antara satu sama lain, dan para penyunting seharusnya cuba untuk membiasakan diri dengan ketiga-tiga polisi ini.

Beban bukti

Untuk melihat bagaimana untuk menulis petikan sumber, sila lihat Wikipedia:Memetik sumber

Sebenarnya beban bukti terletak di tangan penyunting yang menambah atau memulihkan sesuatu laman. Semua petikan dan apa-apa laman yang dicabar atau mungkin akan dicabar seharusnya dianggap bergantung kepada satu sumber yang diterbitkan untuknya. Dalam erti kata mudah, kepercayaan kepada sesuatu petikan di dalam baris sesuatu rencana bergantung kepada kepada rujukan diberi.[1]


Nota dan rujukan

  1. ^ Apabila kandungan Wikipedia memerlukan pengesahan secara langsung, resamnya adalah dengan memberikan kutipan rujukan. Rasional kaedah ini adalah untuk memberikan cara yang paling langsung bagi memastikan kandungan serasi dengan rujukan. Kaedah-kaedah alternatif dan boleh diterima apabilakaedah-kaedah tersebut menyediakan atribusi jelas dan persis yang menyokong dakwaan-dakwaan dalam rencana. Namun demikian, kutipan rujukan dianggap "amalan terbaik" di bawah rasional ini. Sila rujuk Wikipedia:Sumber petikan#Bagaimana menyebut sumber untuk mendapatkan perincian lanjut.

Bacaan tambahan