Aermacchi MB-339
MB-339 | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat serangan ringan / latihan lanjut |
Pengeluar | Alenia Aermacchi |
Penerbangan sulung | 12 Ogos, 1976 |
Pengguna utama | Tentera Udara Itali |
Dikeluarkan | 1978-kini |
Jumlah dibina | > 213 buah |
Dibangunkan dari | Aermacchi MB-326 |
Aermacchi MB-339 merupakan sebuah pesawat latihan lanjut dan penyerang ringan keluaran Itali. Pesawat ini telah direka dan dibangunkan untuk mengantikan pesawat MB-326.
Rekabentuk dan pembangunan
[sunting | sunting sumber]MB-339 memiliki konfigurasi konvensional dan mempunyai persamaan dengan kerangka MB-326. Pesawat ini memiliki sayap rendah dan lurus dengan tangki-tangki di hujungnya dan saluran masuk udara di pangkal, tiga roda giar pendaratan. Kedudukan pelatih dan pengajar diatur dalam kedudukan selari. Perubahan ketara adalah kedudukan fiuslaj hadapan bagi kerusi pengajar ditinggikan bagi mendapatkan kadar penglihatan yang lebih baik yang mana melepasi kepala pelatih.
Penenrbangan sulung dilakukan pada 12 Ogos, 1976 dan penghantaran kepada Tentera Udara Itali bermula pada tahun 1979. Pesawat ini masih dikeluarkan dengan versi yang dipertingkat upaya dan kokpit yang lebih moden. Lebih 200 buah pesawat MB-339 telah dibina, separuh darinya dibekalkan kepada Tentera Udara Itali.
Pesawat Lockheed-Aermacchi MB-339 T-Bird II telah dikalahkan dalam pemilihan pesawat bagi Sistem Pesawat Latihan Usahasama Utama Amerika Syarikat. Sebanyak tujuh pesawat telah bertanding, yang mana telah dimenangi oleh firma Raytheon/Pilatus, yang mana telah menghasilkan T-6 Texan II.
Berdasarkan artikel yang dipamerkan di laman web Itali, 'Il Porto Franci', bertajuk 'Armi e finanziamenti nel corno d'Africa', Eritrea telah membayar sebanyak AS$ 50 juta untuk mendapatkan enam buah pesawat MB-339 CE pada 1997. Ini merupakan pesawat asal MB-339 dan dilengkapkan dengan sistem avionik termaju untuk peranan serangan darat, RWR, enjin Viper 680-43, dan tangki-tangki hujung sayap yang lebih besar. Pesawat ini difahamkan berupaya untuk membawa peluru berpandu Sidewinder, AGM-65 Maverick, dan bom panduan laser. Kos seunit pesawat MB-339C dianggarkan berharga kira-kira AS$ 8.3 juta pada tahun 1997.
Kelainan
[sunting | sunting sumber]- MB-339X
- Dua buah pesawat prototaip
- MB-339A
- Versi pengeluaran awal bagi Itali
- MB-339PAN
- Versi untuk pasukan aerobatik Frecce Tricolori
- MB-339RM
- Versi penyelarsan radio dan radar
- MB-339AM
- MB-339A versi bagi Malaysia.
- MB-339AN
- MB-339A versi bagi Nigeria.
- MB-339AP
- MB-339A versi bagi.
- MB-339K Veltro II
- Versi pesawat penyerang satu tempat duduk, membuat penerbangan sulung pada 1980
- MB-339B
- Pesawat latihan dengan keupayaan serangan dipertingkatkan
- MB-339C
- Enjin yang lebih berkuasa
- MB-339CB
- Versi untuk New Zealand (latihan senjata dengan penanda laser, penjejak radar, keupayaan AIM-9L dan AGM-65 Maverick - 17 buah masih tinggal - dalam simpanan di Pangkalan Tentera Udara New Zealand Ohakea, New Zealand)
- MB-339CE
- MB-339C versi untuk Eritrea.
- MB-339CM
- MB-339C versi untuk Malaysia.
- MB-339CD
- Peralatan dan kawalan penerbangan dimodenkan.
- MB-339FD ("Digital Sepenuhnya")
- Versi eksport bagi MB-339CD
- MB-339 T-Bird II (Lockheed T-Bird II)
- Versi untuk pertandingan JPATS, A.S.
Pengguna
[sunting | sunting sumber]- Tentera Laut Argentina (Comando de Aviación Naval ) merupakan tentera udara luar pertama yang menggunakan pesawat perintis MB-326GB, memperoleh sebanyak 8 buah pada 1969. 10 buah pesawat MB-339s tiba pada 1979 dan satu-satunya jet penyerang yang beroperasi dari Lapangan Terbang Port Stanley (bersama-sama pesawat turboprop FMA IA 58 Pucará dan T-34 Mentor) semasa Perang Falklands pada 1982. Pada 21 Mei, ketika tugas pengawasan biasa yang diterbangkan oleh Leftenan Crippa, pesawat MB-339 merupakan pesawat pertama yang menyerang pasukan amfibia Tentera Laut Diraja British, HMS Argonaut. Lima buah pesawat telah ditawan atau dimusnahkan oleh British. 11 pesawat lebihan dari Tentera Udara Brazil MB-326GC telah dihantar selepas perang dan masih digunakan sehingga kini. Pesawat ini dikenali sebagai MC-32.
- Sayap Udara Dubai memiliki 7 MB-339A.
- Tentera Udara Eritrea memiliki 12 MB-339CE.
- Tentera Udara Ghana memiliki 4 MB-339A
- Tentera Udara Indonesia Belum membuat keputusan
- Tentera Udara Itali memiliki 72 MB-339A dan 30 MB-339CD.
- Tentera Udara Diraja Malaysia memperoleh 13 MB-339AM - hanya 7 buah yang tinggal.
- Tentera Udara Nigeria memiliki 12x MB-339AN.
- Tentera Udara DiRaja New Zealand menerima 18 MB-339CB yang dioperasikan oleh Skuadron No. 14 antara tahun 1991 hingga 2002.
- Tentera Udara Peru memiliki 16x MB-339AP.
- Tentera Udara Venezuela pada asalnya akan memperoleh 14x MB-339FD. (pesanan dibatalkan)
Spesifikasi (MB-339A)
[sunting | sunting sumber]Ciri umum
- Anak kapal: Dua, pelatih dan pengajar
- Panjang: 10.97 m (36 kaki 0 in)
- Rentang sayap: 10.85 m (35 kaki 7 in)
- Tinggi: 3.99 m (13 kaki 1 in)
- Sayap luas: 19.3 m² (208 kaki²)
- Berat kosong: 3,075 kg (6,780 lb)
- Berat berlepas maksimum: 4,400 kg (9,700 lb)
- Loji kuasa: 1× Rolls-Royce Viper Mk. 632 , 4,000 lbf (17.8 kN)
Prestasi
- Kelajuan maksimum: 896 km/j (560 bsj)
- Jarak: 1,760 km (1,100 batu)
- Lelangit khidmat 14,600 m (47,900 kaki)
- Beban sayap: 62,73 lb/kaki2 ()
Persenjataan
- Sehingga 1,800 kg (4,000 lb) muatan persenjataan di enam tenggekan, termasuk peluru berpandu AIM-9, AGM-65 AGM, Marte ASM, pod meriam, bom, dan roket. (pilihan bagi 2x 7.62 mm minigun atau 2x 30 mm meriam untuk versi MB-339CD)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- http://www.aermacchi.it/MB339.htm
- http://www.airforce-technology.com/projects/mb339/
- http://web.tiscali.it/aviationgraphic/iaf.html
- http://www.oldcrow.it/SpecialColors/mb339_214_gruppo_foto_1.htm
- http://www.oldcrow.it/indice_gallerie/651/MB339.htm
- http://www.oldcrow.it/walkaround/MB339.htm
- http://www.kiwiaircraftimages.com/mb339.html
- Airliners.net
- myaviation.net Diarkibkan 2007-09-29 di Wayback Machine
- http://www.planepictures.net/netsearch4.cgi?stype=actype&srng=1&srch=mb-339&offset=0&range=50
- http://www.aviopress.com/search_result.asp?lang=it&page=1&isphoto=2&sessione=1
- http://www.awti-decimo.com/gallery/thumbnails.php?album=1&page=1 Diarkibkan 2007-11-22 di Wayback Machine
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding