Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Antropomorfisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran arnab bersifat manusia lukisan John Tenniel ini tertera dalam bab pertama novel Alice's Adventures in Wonderland karya Lewis Carroll.

Antropomorfisme ialah atribusi sifat manusia, atau yang dikatakan sebagai[1][2], pengecaman ciri-ciri manusia dalam mahkluk bukan manusia, fenomena alam, benda-benda material atau konsep abstrak. Misalnya, haiwan tumbuhan, dan kuasa alam seperti angin, hujan atau suria yang digambarkan sebagai makhluk berdorongan manusia yang berakal dan boleh bercakap. Istilah ini berasal dari gabungan dua perkataan Yunani, iaitu ἄνθρωπος (ánthrōpos), "manusia" dan μορφή (morphē), "bentuk".

Antropomorfisme utuh sekali hubung kaitnya dengan kesenian dan sastera kerana berakar umbi dari zaman purba. Kebanyakan budaya di dunia mempunyai tradisi cerita teladan yang menampilkan haiwan bersifat manusia sebagai watak yang mempamerkan pelbagai lagak perilaku manusia. Misalnya, watak-watak haiwan dalam cerita rakyat Sang Kancil yang digambarkan berakal dan boleh bercakap (walaupun tinggal dalam hutan dan berkaki empat).

Agama dan mitos

[sunting | sunting sumber]

Dalam ilmu agama dan mitos, antropomorfisme juga memaksudkan pencerapan makhluk ketuhanan dalam bentuk manusia, atau pengecaman sifat manusia dalam makhluk berkenaan. Kebanyakan mitos menceritakan dewa-dewi yang melambangkan sifat-sifat manusia seperti cemburu, kebencian, dan cinta. Dewa-dewi Yunani seperti Zeus dan Apollo, sering digambarkan dalam bentuk manusia dan mempamerkan sifat-sifat manusia. Antropomorfisme jenis ini dikenali sebagai antropoteisme.[3]

Sepanjang sejarah peradaban manusia, terdapat banyak kelompok taifah yang mengatributkan benda-benda seperti tangan dan mata pada Tuhan, termasuk satu taifah di Mesir pada abad ke-4, dan taifah abad ke-10 yang mentafsir ayat Genesis 1:27 secara harfiah: "Maka Tuhan menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Tuhan diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka."[4][Penjelasan diperlukan]

Dari segi pandangan penganut agama yang mana manusia dicipta dalam bentuk tuhan, fenomena ini dipanggil teomorfisme, atau pemberian sifat tuhan kepada manusia.

Ahli falsafah Yunani, Xenophanes (570–480 SM) berkata "tuhan yang maha besar" "tidak sesekali berupa atau berminda" manusia.[1] Antropomorfisme Tuhan (syirik) ditolak oleh agama Yahudi dan Islam yang percaya bahawa Tuhan ini jauh menjangkaui batasan manusia dalam kefahaman zahir.

Dalam bukunya Faces in the Clouds: A New Theory of Religion, Stewart Elliott Guthrie berteori bahawa segala agama merupakan antropomorfisme yang lahir daripada kecenderungan otak untuk mengesan kehadiran atau kesan insan-insan lain dalam fenomena alam.[2]

  1. ^ a b Clement of Alexandria, Miscellanies V xiv 109.1–3
  2. ^ a b Guthrie, Stewart (1995). Faces in the Clouds: A New Theory of Religion. Oxford University Press. m/s. 7. ISBN 0195098919.
  3. ^ "anthropotheism". Ologies & -Isms. The Gale Group, Inc. 2008. Dicapai pada 23 August 2009.
  4. ^ Templat:1728 Anthropomorphite.