Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Ararat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Ararat

Ararat Kecil (kiri) dan Gunung Ararat (kanan)
Titik tertinggi
Ketinggian5,137 m (16,854 ka)
Tonjolan3,611 m (11,847 ka)
Pengasingan379.29 kilometer (235.68 bt)
SenaraiTitik tinggi negara
Ultra
Geografi
Gunung Ararat yang terletak di Turki
Gunung Ararat
Gunung Ararat
Lokasi di Turki
LokasiBandar terdekat, laluan untuk pendaki:[note 1] Doğubayazıt, Wilayah Ağrı, Turki[1]
Geologi
Jenis gunungStratovolkano
Letusan terakhir1840[2]
Pendakian
Pendakian pertama1829
Dr. Friedrich Parrot dan
Khachatur Abovian[3]

Gunung Ararat (bahasa Turki: Ağrı Dağı; bahasa Armenia: Արարատ) atau juga dikenali sebagai Gunung Masis (Մասիս Templat:IPA-hy;).[5] merupakan sebuah gunung berapi pendam yang bersalju di negara Turki. Ia mempunyai dua buah puncak gunung iaitu Ararat Besar dan Ararat Kecil. Ararat Besar adalah puncak tertinggi di Turki dan keseluruhan Tanah Tinggi Armenia dengan ketinggian 5,137 meter (16,854 ka) manakala ketinggian bagi Ararat Kecil pula adalah 3,896 meter (12,782 ka).

Garis pusat massif Ararat adalah 40 kilometer (25 bt). Sempadan Iran–Turki terletak di sedikit timur dari Ararat Kecil. Di kawasan itu, Konvensyen Tehran 1932 telah diadakan dimana perubahan sempadan antara dua negara yang memihak kepada Turki itu telah dibuat. Dengan perjanjian tersebut, Turki dibenarkan untuk menduduki kawasan rusuk timur Ararat Kecil.[6]

Gunung Ararat dalam tradisi Kristian–Yahudi mempunyai kaitan dengan "Pergunungan Ararat" di mana menurut kitab Kejadian, bahtera Nuh berlabuh di situ selepas mengharungi banjir hebat melanda tanahnya. Gunung ini juga memainkan peranan penting dalam tradisi dan nasionalisme Armenia terutamanya sebagai puncak tumpuan utama asal-usul bangsa Armenia serta rangkuman suatu Armenia Raya, Ia juga boleh dilihat pada jata negara tersebut.

Gunung ini merupakan sejenis stratovolkano poligenik dengan tapak berkeluasan 1,100 km2 (420 bt2) jarak sejauh dari satu hujung ke satu hujung yang lain. pencairan salji puncaknya boleh menyebabkan puncaknya menurun hingga serendah 5,125 m (16,814 ka).[7] Ia lebih tepatnya mempunyai dua puncak utama:

  • Ararat Besar
  • Ararat Kecil

Kedua-dua puncak ini berjauhan 13 kilometer (8.1 bt) oleh suatu rekahan besar memanjang dari arah utara ke selatan hasil penyesaran mengesan ke permukaan bumi.

Hubungan dengan manusia

[sunting | sunting sumber]

Kisah bahtera Nuh

[sunting | sunting sumber]
Noyn idznowm e' Araratits karya Ivan Aivazovsky (1889, Galeri Negara Armenia) menggambarkan keluarga Nuh merentasi dataran kaki gunung Ararat yang dibelakangi mereka.[8][9]

Bahtera nabi Nuh diceritakan mendarat di suatu "pergunungan Ararat" (Bahasa Ibrani: הָרֵי אֲרָרָט‎, hare ararat) menurut ayat ke-4 bab ke-8 Kitab Kejadian Genesis 8:4Template:Bibleverse with invalid book.[10] Para sejarawan dan cendekiawan Injiliyahsepakat bahawa ia lebih merujuk kepada kawasan Urartu, yang lebih luas semasa ia disalinkan,[a] namun ia masih tidak lekang daripada kepercayaan semasa masyarakat Armenia walau sedikitpun.

Mitos bangsa Armenia

[sunting | sunting sumber]
Ararat from Ejmiatsin oleh Yeghishe Tadevosyan, lukisan catan. 1895.

Menurut Patmut'yun Hayots dikaryakan Movses Khorenatsi, adanya suatu penceritaan mengenai asal-usul orang Armenia kononnya selepas Nabi Nuh dan keluarganya selamat menetap di kawasan gunung itu selepas terselamat dari banjir besar. Baginda diceritakan mempunyai banyak cucu cicit, salah satunya Hayk anak Yafet yang berjaya menentang Raja Nimrud dan kembali memulakan hidup baru di kaki gunung tersebut; oleh sebab inilah gunung ini dianggap suatu gunung suci.[14][15] bagi bangsa Armenia yang menganggap diri sudah lama berada di sini.[16][17]

Kepercayaan ini berlanjutan dalam pemikiran nasionalisme romantik masyarakat ini pada abad ke-19 di mana ia menjadi lambang tanah air orang Armenia yang didambakan. Malah, ia kemudian menjadi simbol kesengsaraan dialami saudara mara sebangsa di kawasan Barat yang dihalau semasa pembunuhan beramai-ramai dilakukan zaman Uthmaniyah[18] serta penuntutan tanah milik mereka yang terampas ketika itu.[19]

  1. ^ Laluan yang hanya dibenarkan untuk mendaki Ararat ialah Doğubayazıt, secara pilihan dengan kereta. Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (2005).
  1. ^ "Ağrı – Mount Ararat". Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Republik Turki (kultur.gov.tr). 2005.
  2. ^ "Ararat". Program Volkanisme Global, Institusi Smithsonian. http://www.volcano.si.edu/world/volcano.cfm?vnum=0103-04-. Diperolehi 1 Januari 2009.
  3. ^ Early American Expedition Of Mount Ararat
  4. ^ 2007 GPS survey
  5. ^ Bryce 1877, m/s. 198.
  6. ^ "IBS No. 28 - Iran (IR) & Turkey (TU) 1964" Diarkibkan 2012-12-25 di Wayback Machine (PDF), law.fsu.edu.
  7. ^ According to Petter E. Bjørstad, Head of Informatics Department at the University of Bergen (Norway). "Ararat Trip Report". ii.uib.no. August 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2017. I measured the summit elevation, averaging more than 300 samples in my GPS, it settled on 5132 meter, 5 meter lower than the often quoted 5137 figure. This clearly shows that the 5165 meter elevation that many sources use is wrong. The summit is a snow ridge with no visible rock anywhere. Thus, the precise elevation will change with the seasons and could definitely be influenced by climate change (global warming). Later GPS measurements in Iran suggested that the GPS data may be about 10 meter too high also in this part of the world. This would in fact point in the direction of a true Ararat elevation around 5125 meter.
  8. ^ "Նոյն իջնում է Արարատից (1889) [Descent of Noah from Ararat (1889)]" (dalam bahasa Armenia). National Gallery of Armenia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 2015-11-03.
  9. ^ Conway Morris, Roderick (24 February 2012). "The Key to Armenia's Survival". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 March 2017. Dicapai pada 11 February 2017.
  10. ^ Morgenstern, Julian (1941). "Psalm 48". Hebrew Union College Annual. 16: 1–95. JSTOR 23502992. Note the plural, hare 'Ararat; not "Mt. Ararat," as traditionally translated and interpreted, but rather "(one of) the mountains of Ararat," i. e. of Urartu or Armenia.
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Fischer
  12. ^ Arnold 2008, m/s. 105.
  13. ^ Kurkjian, Vahan (1964) [1958]. A History of Armenia. New York: Armenian General Benevolent Union of America. m/s. 2.
  14. ^ Companjen, Françoise; Marácz, László Károly; Versteegh, Lia, penyunting (2010). Exploring the Caucasus in the 21st Century: Essays on Culture, History and Politics in a Dynamic Context. Amsterdam University Press. m/s. 12–13. ISBN 9789089641830.
  15. ^ Darke, Diana (2014). Eastern Turkey. Bradt Travel Guides. m/s. 317. ISBN 978-1-84162-490-7. ...of course Mount Ararat is for Armenians their holy mountain...
  16. ^ Khorenatsi 1978, m/s. 85.
  17. ^ Panossian 2006, m/s. 51.
  18. ^ Johnson, Jerry L. (2000). Crossing Borders – Confronting History: Intercultural Adjustment in the Post-Cold War World. Lanham, Maryland: University Press of America. m/s. 6–7. ISBN 978-0-7618-1536-5. Armenians view Mount Ararat as both a symbol of the Genocide and loss of hallowed land.
  19. ^ Adriaans 2011, m/s. 40.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan