Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Astrarium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Astrarium atau planetarium merupakan penggambaran mekanik tentang sifat berkitar jasad cakerawala dalam satu alat jam. Ia merupakan sejenis jam astronomi.

Dunia Yunani-Rumawi

[sunting | sunting sumber]
Mekanisme Antikythera (fragmen utama)

Alat-alat astrarium pertama merupakan peranti mekanik. Archimedes dikatakan pernah menggunakan sejenis astratrium terawal yang mampu meramal kedudukan matahari, bulan, dan cakerawala-cakerawala. Pada 17 Mei 1902, seorang ahli kaji purba bernama Valerios Stais menemui selonggok bahan teroksida yang terkandung suatu mekanisme bergerigis yang telah ditemui semula dari sebuah bangkai kaal dekat Antikythera. Mekanisme yang digelar mekanisme Antikythera ini akhir-akhir ini ditarikhkan pada sekitar 150 ke 100 SM[1]. Kajian menyeluruh tentang cebisan-cebisannya dengan menggunakan sinar X, telah membongkarkan butiran yang memadai (gear, pinan, engkol) untuk membolehkan para penyelidik untuk membina separa replika [2]. Terbenam pada gear-gear utama adalah nama-nama cakerawala (seperti Kejora) yang memperjelas tujuan fungsi mekanisme itu.

Akan tetapi, sebelum penghujung Empayar Rom, lenyapnya sama sekali sebarang pengetahuan dan sains di sebalik alat ini.

Zaman Pertengahan dan Pembaharuan

[sunting | sunting sumber]

Jam astrarium yang terawal dalam persuratan telah disiapkan pada tahun 1364 oleh Giovanni de' Dondi (1318–1388), seorang ilmuwan dan tabib pada Zaman Pertengahan yang berminat dengan astronomi dan horologi. Jam asalnya yang terdiri daripada 107 cakra dan pinan telah hilang, mungkin sewaktu Mantua dijarah pada tahun 1630, namun de' Dondi sempat meninggalkan keterangan yang terperinci yang masih ada untuk membolehkan pemasangan semula jam itu. Astrarium ini memaparkan waktu min dan waktu najam serta pergerakan matahari, bulan dan lima buah cakerawala yang diketahui ketika itu iaitu Kejora, Marikh, Zuhal, Utarid, dan Musytari. Ia direka berlandaskan konsep sistem suria ala Ptolemy. De' Dondi diilhamkan oleh bapanya Jacopo yang telah mereka jam astronomi di Piazzi dei Signori, Padua, pada tahun 1344 - antara yang terawal dalam jenisnya.

Pembuatan astrarium berkembang pada zaman-zaman berikutnya, antaranya adalah yang diasang pada 1774 oleh Eise Eisinga dari Dronrijp, Friesland, Belanda, yang memaparkan kesemua cakerawala dan dipasang pada siling dalam sebuah rumah di Franeker di mana ia telah menjadi tarikan pelancong masa kini.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Giovanni Dondi dell'Orologio - "Tractatus astarii"

Templat:Time Topics