Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Bahasa Urdu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Urdū
اُردو
Asli kepadaPakistan, India
KawasanAsia Selatan
Penutur bahasa
61 juta asli,
104 juta jumlah
Indo-European
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Pakistan;
India (Andhra Pradesh, Jammu dan Kashmir, Delhi, Uttar Pradesh).
Kod bahasa
ISO 639-1ur
ISO 639-2urd
ISO 639-3
urd

Bahasa Urdū (اردو) (juga dikenali sebagai Lashkari bertulis sebagai لشکری[1]) adalah bahasa Indo-Eropah dari pengaruh keluarga Indo-Aryan yang diperkembangkan di bawah Parsi, Kurdi, Turki, Arab, Hindi, dan Sanskrit di Asia Selatan semasa Kesultanan Delhi dan Empayar Mughal (1200-1800).

Persebaran Tutur

[sunting | sunting sumber]

Bahasa ini digunakan sekitar lebih kurang 100 juta masyarakat beragama Islam di Pakistan dan India. Bahasa Urdu ini sebenarnya serupa dengan Bahasa Hindi, disebabkan oleh akarnya yang berasal daripada Bahasa Sanskrit yang merupakan induk kepada semua bahasa di Asia Tenggara.

Jumlah penutur asli bahasa Urdu pada ketika ini mencapai 60,290,000 orang dan 104,000,000 orang termasuk yang menggunakannya sebagai bahasa kedua (1999).

Selain di kedua negara diatas, bahasa Urdu juga digunakan oleh sekitar 600 ribu Masyarakat Islam Bihar yang tinggal di Bangladesh.


Asal bahasa ini mempunyai banyak versi, salah satunya ialah 413-583 Hijriyah adalah masa ketika umat Islam yang berbahasa Parsi dan Kurdi mulai bermigrasi ke daratan Hindustan, terutama Punjab.

Darzi yang bermaksud penjahit, dan karubar yang bermaksud perdagangan berasal dari bahasa Kurdish.

Hubungan Urdu dan Hindi

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Urdu dan Bahasa Hindi pada dasarnya merupakan bahasa yang sama, sehinggalah ketika masa penjajahan Inggeris yang berhasrat merapatkan jurang perbezaan di antara Hindu dan Islam yang meruncing pada masa itu, dipergunakan istilah Hindustani. Akan tetapi, sejak terpecahnya India dan Pakistan pada tahun 1947, istilah Hindi dan Urdu lebih mencuat.

Penutur Bahasa Hindi dan Urdu dalam percakapan seharian dapat saling memahami kerana banyaknya persamaan dalam kosakatanya. Kedua bahasa ini juga membentuk Hindustani yang merupakan salah satu bahasa dengan jumlah penutur terbanyak di dunia dan yang paling disukai.

Namun demikian, perbezaan mendasar dari kedua bahasa ini adalah :

  • Kosa kata bahasa Urdu banyak menyerap kata-kata dari Bahasa Arab dan Bahasa Parsi, sedangkan Hindi lebih condong pada penghidupan kembali kata-kata Sanskrit
  • Sistem penulisan : Bahasa Hindi menggunakan aksara Devanagari sedangkan Bahasa Urdu memakai sistem penulisan Arab-Persia dengan penambahan pada huruf-huruf tertentu serta ditulis melalui sistem Nastaliq.

Perbezaan yang makin mendasar inilah yang mengakibatkan penutur Hindi dan Urdu mengalami kesulitan dalam memahami bahasa masing-masing. Penutur Urdu akan dapat memahami filem-filem Bollywood yang berbahasa Hindi, namun akan kesulitan dalam mengerti siaran berita dalam bahasa tersebut merupakan proses Sanskiratasi dalam Hindi. Demikian pula sebaliknya.

Status Bahasa

[sunting | sunting sumber]

Merupakan bahasa rasmi di Pakistan, meskipun penutur asalnya hanya 8% dari seluruh penduduk dan umumnya berasal dari kalangan Mohajir yang eksodus dari India pada tahun 1947. Sedangkan di India, bahasa Urdu juga menjadi salah satu bahasa rasmi dengan kepekatan penutur terbanyak di negara bahagian Jammu-Kashmir, Uttar Pradesh dan kota Hyderabad, Andhra Pradesh.

Kesusasteraan Urdu

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Urdu merupakan salah satu bahasa yang sangat kaya, dan bercita rasa tinggi. Banyak sekali karya-karya sastera yang ditulis dalam bahasa ini dan berpengaruh dalam dunia sastera, baik di kawasan Asia Selatan, maupun dunia Islam pada umumnya. Puisi berbahasa Urdu untuk pertama kalinya ditulis oleh Masud Saad Salman pada tahun 1066 Masihi. Aliran-aliran sastera (prosa mahupun puisi) dalam Bahasa Urdu sangatlah banyak, seperti :

Selain itu banyak sekali karya-karya tulis Islami yang ditulis dalam Bahasa Urdu dan telah diterjemahkan ke berbagai bahasa di dunia, contohnya karya-karya Muhammad Iqbal yang sangat mengemuka.

Dialek Urdu

[sunting | sunting sumber]

Dalam perkembangannya, bahasa Urdu juga terbahagi atas beberapa dialek, dialek yang dikenal antara lain Dakhini atau Dekkan yang dipakai di kawasan India Selatan, dan perbedaan dengan Urdu Baku adalah lebih sedikitnya kata-kata Arab-Persia di dalamnya. Sedangkan Rekhna adalah varian yang dipakai dalam kesusasteraan Urdu.

  • Salaam!/ Adaab! = Hello!
  • Aap kaise hain?/ Aap kaa hal kiyaa hai? = Apa khabar?
  • Main theek hun = Baik
  • Shukriya = Terima kasih
  • Aap kaa kiyaa naam hai? = Siapa namamu?
  • Meraa naam….hai = Nama saya…
  • Khuda Hafiz!/ Allah Hafiz! = Sampai Jumpa!

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]