Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Bar Mitzvah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang pemuda membacakan kitab Taurat sambil bertallit dan bertefillin dalam upacara Bar Mitzvahnya di Baitulmaqdis.

Bar Mitzvah (Bahasa Ibrani: בַּר מִצְוָה‎, untuk lelaki) dan Bat Mitzvah (Bahasa Ibrani: בַּת מִצְוָה‎, untuk perempuan) merupakan suatu upacara wajib yang mesti dilalui oleh setiap kanak-kanak Yahudi yang sudah mencapai tahap kematangan atau akil baligh dan membuktikan anak itu telah diterima masuk ke dalam masyarakat Yahudi.

Dikatakan apabila seseorang kanak-kanak lelaki yang telah melalui upacara ini telah dikira sebagai dewasa dan mengikut ajaran Yahudi, ibu bapanya tidak lagi menanggung segala dosa dan pahala yang dikerjakan oleh anak tersebut dan anak tersebut bertanggungjawab ke atas segala amal yang dikerjakannya sendiri sama ada baik atau buruk. Ia juga bermaksud anak tersebut berhak menjalani cara hidup sendiri dan dapat membezakan baik dan buruk. Amalan ini masih lagi diamalkan oleh masyarakat Yahudi di Israel dan di Amerika Syarikat.