Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Bendera Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera Jepun
Bendera suria
NamaNisshōki atau Hinomaru
KegunaanBendera awam dan negara, panji-panji awam dan negara
Nisbah2:3
Diterima pakai27 Februari 1870 (sebagai panji-panji awam oleh Perisytiharan No. 57), 13 Ogos 1999
RekaanWarna cakera merah matahari di tengah layar warna putih

Bendera Jepun (Nisshōki (日章旗, "bendera suria") atau Hinomaru (日の丸, "cakera suria") dalam Bahasa Jepun), memaparkan cakera besar berwarna merah di bahagian tengah di atas bidang warna putih. Lagenda mengatakan bahawa bendera ini berasal dari zaman pencerobohan Mongol ke atas Jepun pada kurun ke-13. Dikatakan bahawa sami Buddha, Nichiren, mempersembahkan bendera matahari ini kepada seorang Shogun yang mempunyai upaya untuk mematahkan serangan Mongol. Lambang matahari ini pernah dijumpai di kipas berlipat yang dibawa oleh para samurai semasa pergelutan kuasa di antara puak Taira dan Minamoto. Ia juga sering digunakan di panji-panji ketenteraan semasa Era Sengoku pada kurun ke-15 dan ke-16. Kerajaan Shogun Tokugawa (1603-1867) menetapkan penggunaan bendera ini untuk kapal-kapalnya sejak awal tahun 1600. Pada pertengahan kurun ke-19, kerajaan-kerajaan shogun yang lain mengarahkan semua kapal Jepun untuk membuat perkara yang sama.

Semasa era Pemulihan Meiji pada tahun 1868, bendera ini dianggap sebagai bendera kebangsaan. Walaupun ia telah digunakan di lautan sejak 1870, penggunaannya di darat hanya menjadi rasmi pada 13 Ogos 1999. Variasi terkenal bendera ini menunjukkan matahari dengan 16 sinaran merah, digunakan oleh angkatan bersenjata Jepun sehingga akhir Perang Dunia II. Bendera ini kini digunakan oleh tentera laut Jepun.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

{{Navbox | name = Topik Asia | title = Bendera-bendera Asia | titlestyle = | state = autocollapse | border = | navbar = | image = | groupstyle = | liststyle = | listclass = hlist

| group1 = Negara berdaulat | list1 =