Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Biri-biri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Biri-biri
Sekawan biri-biri
Dibelajinakkan
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Keluarga: Bovidae
Subkeluarga: Caprinae
Genus: Ovis
Spesies:
O. aries
Nama binomial
Ovis aries

Kambing biri-biri, bebiri atau domba (k. lama., Ind.[1][2] - nama spesies: Ovis aries) merupakan sejenis mamalia ruminan berkaki empat yang biasa dipelihara sebagai ternakan. Seperti semua ruminan, biri-biri adalah ahli order Artiodactyla, ungulat berjari genap. Biarpun banyak ahli genus Ovis memakai gelaran biri-biri, dalam bahasa seharian gelaran biri-biri hanya untuk Ovis aries. Dengan bilangan lebih satu bilion ekor, biri-biri bela jinak adalah spesies biri-biri yang paling banyak.

Kambing biri-biri barangkali keturunan mouflon di Eropah dan Asia. Antara haiwan terawal yang dibelajinakkan untuk tujuan pertanian, biri-biri dipelihara untuk bulu, daging dan susu. Bulu biri-biri adalah gentian haiwan yang paling laris digunakan, selalunya diperoleh dengan mencukur. Biri-biri masih penting kini untuk bulu dan daging, malah juga dibela untuk kulit, susu dan kajian sains.

Penternakan biri-biri diamalkan di seluruh dunia, malah merupakan asas kepada banyak tamadun. Pada zaman moden, Australia, New Zealand, negara-negara Amerika Selatan, dan Kepulauan British paling dikaitkan dengan pengeluaran biri-biri.

Sebagai haiwan penting dalam sejarah pertanian, biri-biri mantap dalam budaya manusia dan cukup berpengaruh dalam bahasa dan perlambangan moden. Biri-biri sebagai ternakan paling berkait rapat dengan gambaran pastoral dan kesyurgaan. Biri-biri banyak terdapat dalam mitos dan agama, terutamanya agama-agama Ibrahim. Biri-biri dijadikan haiwan korban dalam upacara keagamaan zaman dahulu hingga sekarang, contohnya Aidiladha.

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Biri-biri bela jinak merupakan haiwan ruminan yang agak kecil, lazimnya dengan bulu keriting yang dipanggil wul dan tanduknya tumbuh lateral berpilin. lateral spiral. Biri-biri bela jinak berbeza daripada biri-biri liar dan purba dari beberapa segi, mengalami neoteni yang unik hasil daripada pembiakbakaan terpilih oleh manusia.[3][4] Segelintir baka primitif biri-biri mengekalkan beberapa ciri-ciri daripada biri-biri liar, seperti ekor pendek. Bergantung pada bakanya, biri-biri bela jinak boleh tiada tanduk (dogol), tumbuh tanduk bagi kedua-dua jantina atau tumbuh tanduk bagi jantan sahaja, Kebanyakan baka bertanduk tumbuh sepasang, tetapi ada juga segelintir yang tumbuh lebih.[5]

Satu lagi ciri-ciri yang unik bagi biri-biri bela jinak berbanding biri-biri liar adalah kepelbagaian warna. Biri-biri liar rata-ratanya berwarna keperangan dengan sedikit sahaja perbezaan dalam spesies. Biri-biri bela jinak pula warnanya dari putih tulen hingga coklat gelap, malah juga bertompok.[6][7] Pemilihan untuk bulu putih mudah celup bermula awal dalam penternakan biri-biri, malah bulu putih sebagai sifat dominan cepat merebak. Namun begitu, terdapat banyak baka biri-biri berwarna, malah boleh juga menjadi sifat resesif dalam kawanan putih.[6][7] Sedangkan wul putih digemari bagi pasaran komersial raya, terdapat juga pasaran niche bagi bulu berwarna khususnya untuk memintal.[8] Lain baka lainlah sifat bulunya, baik yang lebat dan amat keriting, mahupun yang panjang bak rambut. Dalam kawanan sama baka pun terdapat kepelbagaian jenis dan mutu wul, maka terdapat langkah pengelasan wul dalam pemprosesan wul komersial.

Biri-biri Suffolk merupakan baka pedaging yang berbulu sederhana dan membentuk 60% populasi biri-biri di Amerika Syarikat.[9]

Bergantung pada bakanya, biri-biri ada pelbagai tinggi dan berat badannya. Kadar pertumbuhan dan berat matangnya adalah sifat terwariskan yang sering dipilih untuk pembiakbakaan.[9] Betina biasanya berberat 45 dan 100 kilogram (100 dan 220 lb), dan jantan pula antara 45 dan 160 kilogram (100 dan 350 lb).[10] Apabila semua gigi susu tumbuh, biri-biri mempunyak 20 batang gigi.[11] Biri-biri matang mempunyai 32 batang gigi. Seperti ruminan lain, gigi hadapan di rahang bawah menggigit-gigit lapik keras tanpa gigi di rahang atas. Ini digunakan untuk meragut daun, kemudian gigi belakang menghancurkan makanan sebelum menelan. Terdapat lapan batang gigi bawah depan dalam ruminan, tetapi tidak dapat ditentukan sama ada kelapan-kapannya gigi kacip ataupun enam kacip dan dua taring berbentuk kacip. Ini bermakna formula pergigian biri-biri adalah atau [12] Terdapat sebuah diastema besar antara gigi kacip dan geraham.

Untuk tahun-tahun pertama hidup boleh dibilang umur biri-biri daripada gigi depan kerana sepasang gigi susu digantikan dengan gigi dewasa yang lebih besar saban tahun sehingga lengkap lapan batang pada umur sekitar 4 tahun. Kemudian makin tua makin tanggal gigi itu maka biri-biri sukar untuk makan dan natijahnya terjejas kesihatan dan produktivitinya. Atas sebab inilah biri-biri di pastura normal mula merosot dengan perlahan mulai empat tahun, malah jangka hayat biri-biri adalah 10 hingga 12 tahun, tetapi adanya biri-birj yang hidup hingga 20 tahun.[5][13][14]

Tengkorak biri-biri.

Biri-biri tajam pendengaran, malah peka kepada kebisingan apabila dikendalikan.[15] Biri-biri mempunyai anak mata sepet melintang dengan penglihatan periferal (sisian) yang bagus; dengan medan visual dalam 270° hingga 320°, biri-biri dapat melihat belakang tanpa berpaling kepala.[8][16] Kebanyakan baka hanya tumbuh bulu jarang di muka, tetapi ada juga segelintir yang tumbuh bulu muka lebat; ini mungkin menjejaskan penglihatan sisian.[17] Biri-biri kurang tajam mencerap kedalaman; bayang dan cerunan tanah boleh menyebabkan biri-biri mogok (terhenti). Biri-biri umumnya gemar keluar dari tempat gelap ke tempat terang,[18] malah gemar pergi ke hulu apabila diganggu. Biri-biri tajam juga deria baunya, dan seperti semua spesies dalam genusnyua, mempunyai kelenjar bau betul-betul di hadapan mata dan celah-celah jari kaki. Tujuan kelenjar ini tidak dipastikan,[19] tetapi yang terletak di muka mungkin digunakan untuk tujuan membiak.[9] Kelenjar bau kaki mungkin berkenaan dengan pembiakan,[9] tetapi juga diusulkan sebab-sebab alternatif seperti merembeskan sisa buangan atau penanda bau untuk membantu biri-biri sesat mencari kawanan semula.[19]

Perbandingan dengan kambing

[sunting | sunting sumber]

Biri-biri dan kambing bersaudara rapat. Kedua-duanya tergolong dalam subkeluarga Caprinae tetapi berlainan spesies maka jarang terjadi kacukan antara kedua-dua haiwan ini, yang jadi pun semuanya mandul. Antara perbezaan ketara termasuk janggut kambing dan bibir atas biri-biri yang berbelah. Ekor biri-biri berjuntai sedangkan ekor kambing pacak. Baka biri-biri selalunya dogol semula jadi sedangkan jarang terdapat baka kambing yang dogol semula jadi. Kambing jantan berbau kuat sewaktu mengawan sedangkan biri-biri jantan tiada.[14]

Biri-biri dinilai untuk kepatuhan kepada piawaian baka.

Biri-biri bela jinak adalah haiwan pelbagai guna. Kini terciptanya lebih daripada 200 baka biri-biri untuk pelbagai tujuan.[20][21] Ada yang menyatakan terdapat lebih seribu baka,[22][23] tetapi bilangan ini sukar ditentusahkan mengikut sestengah pihak.[24][25] Apapun, beberapa ratus baka biri-biri telah dikenal pasti oleh pertubuhan FAO dengan anggaran berubah-ubah dari masa ke masa: cth. 863 baka pada 1993,[26] 1314 baka pada 1995[27] dan 1229 baka pada 2006.[28] (Tidak termasuk baka pupus yang juga dikira oleh FAO.)

Hampir semua biri-biri digolongkan sebagai paling sesuai untuk menghasilkan produk tertentu: bulu, daging, susu, kulit atau campuran. Ciri-ciri lain untuk menjeniskan biri-biri termasuk warna muka (putih atau hitam), panjang kor, ada atau tiadanya tanduk, dan topografi terciptanya baka berkenaan. Hal topografi amat ditekankan di UK di mana baka-baka disifatkan sebagai hulu atau hilir.[29]

Barbados Blackbelly adalah baka asal Caribbean.

Baka sering dikategorikan mengikut jenis bulu atau wulnya. Baka bulu halus (fine wool) mempuyai bulu yang sangat keriting dan lebat, paling diutamakan untuk pembuatan tekstil.Biri- biri yang mempunyai bulu yang halus ketika ini terkenal di seluruh dunia keturunan baka sepanyol. Pada hujung abad ke-18 pengeksportan baka merino sepanyol telah diharamkan oleh undang-undang.[30][30] Ciri-ciri ini rata-rata didatangkan daripada biri-biri Merino yang mendominasi industri biri-biri sedunia. Baka bulu kapas (downs) selalu merupakan baka pedaging yang cepat tumbuh dan bermuka hitam.[31] Sesetengah baka bulu sederhana seperti biri-biri Corriedale merupakan baka dwikegunaan kacukan baka bulu panjang dan halus yang dicipta untuk kawanan komersial berpengeluaran tinggi. Baka bulu panjang (long wool) adalah biri-biri besar sekali dan tumbuh lambat, tetapi paling dihargai untuk pembiakbakaan kacukan untuk meningkatkan sifat-sifat biri-biri jenis lain. Contohnya, baka biri-biri Columbia dari Amerika dikembangkan dengan mengacukkan jantan Lincoln yang berbulu panjang dengan betina Rambouillet yang berbulu halus.

Biri-biri bulu kasar adalah yang tumbuh bulu sederhana ke panjang dengan ciri-ciri kasar. Baka yang diternak untuk bulu karpet amatlah pelbagai tetapi disyaratkan bahawa bulu itu tahan lasak daripada baka bulu halus. Ekoran penurunan permintaan untuk bulu karpet, sesetengah penternak biri-biri bulu kasar cuba menternak untuk tujuan lain, terutamanya daging.[32]

Sebilangan kecil baka dibela untuk susu. Baka pedaging atau bulu turut diternak untuk susu sebagai kegunaan sekunder tetapi ada segelintir baka yang digunakan untuk menyusu. Biri-biri ini mengeluarkan susu yang lebih banyak dan mempunyai lengkungan laktasi yang lebih panjang sedikit.[33] Dalam kualiti susunya, peratusan kandungan lemak dan protein biri-biri susu berbeza daripada biri-biri lain tetapi kandungan laktosa pula tidak.[34]

Lička pramenka adalah baka asal Croatia

Jenis baka biri-biri yang terakhir sekali ialah baka bulu jarang (hair) yang tidak tumbuh bulu yang cukup untuk dijadikan wul. Biri-biri ini serupa dengan biri-biri ternakan purbakala sebelum terciptanya baka bulu tebal, malah diternak untuk daging dan kulit. Sesetengah baka bulu jarang moden seperti Dorper terhasil daripada kacukan antara baka wul dan bulu jarang. Untuk penternak pedaging dan kulit, biri-biri bulu jarang lebih murah untuk diternak kerana tidak perlu dicukur,[32] malah lebih kalis parasit dan cuaca panas.[25]

Dengan kebangkitan niaga tani komersial dan kemerosotan ladang sara diri, banyak baka biri-biri menghadapi kepupusan. Pertubuhan Rare Breeds Survival Trust di UK mendapati 22 baka tempatan hanya ada 3,000 ekor ke bawah yang berdaftar setiap satu, dan The Livestock Conservancy menyenaraikan 14 baka yang "kritikal" atau "tergugat".[35][36][37] Keutamaan untuk baka-baka yang seragam ciri-ciri dan cepat tumbuh telah menyebabkan baka-baka warisan terpinggir dalam industri.[32] Baka-baka yang kekal dipelihara melalui usaha-usaha pertubuhan pemuliharaan, daftar baka dan petani indisivud yang berdedikasi untuk memelihara.

Biri-biri di Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Biri-biri tempatan di Malaysia hanya terdapat di Kelantan dalam 2 jenis. Satu jenis mempunyai bulu yang lembut dan halus dan mempunyai telinga kecil, sementara sejenis lagi mempunyai bulu yang kasar dan keras, dan telinga biasa. Biri-biri Kelantan lebih kecil berbanding yang diimpot daripada Hong Kong, Singapura atau Bangkok, dan juga tidak menyerupai biri-biri di Burma dan India.

Biri-biri yang terdapat di Kelantan tidak diketahui asalnya, mungkin mampu ditentukan dengan kajian DNA. Bagaimanapun, biri-biri tersebut telah menyesuaikan diri dengan kawasan tempatan di Kelantan, Patani dan sebahagian Terengganu. Ia tidak terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia.[38]

Termasuk biri-biri tempatan, terdapat tiga kumpulan biri-biri:

  1. Biri-biri tempatan (MALIN);
  2. Jenis eksotik (asal dari luar negeri);
    1. Dorset
    2. Wiltshire
    3. Romney
    4. Suffolk
    5. Corriedale
    6. Border Leicester
  3. Kacukan-kacukan di atas.
  1. ^ Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 298. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  2. ^ Perbandingan padanan "lamb" dan "sheep" antara negara-negara Nusantara di Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka
  3. ^ Budiansky, pp. 97–98.
  4. ^ Budianksy, pp. 100–01.
  5. ^ a b Ensminger
  6. ^ a b "Natural Colored Sheep". Rare Breeds Watchlist. Rocky Mountain Natural Colored Sheep Breeders Association. January 2007. Dicapai pada 2008-01-05.
  7. ^ a b "An introduction to coloured sheep". British Coloured Sheep Breeders Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-10. Dicapai pada 2008-01-05. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ a b Weaver
  9. ^ a b c d Simmons & Ekarius
  10. ^ Melinda J. Burrill Ph.D. Professor Coordinator of Graduate Studies, Department of Animal and Veterinary Sciences, California State Polytechnic University (2004). "Sheep". World Book. Mackiev.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  11. ^ Frandson, R. D. and T. L. Spurgeon. 1992. Anatomy and physiology of farm animals. 5th ed. Lippincott, Williams and Wilkins.
  12. ^ "Dental Anatomy of Ruminants from Colorado State University". Vivo.colostate.edu. 2001-11-07. Dicapai pada 2014-04-14.
  13. ^ Schoenian, Susan. "Sheep Basics". Sheep101.info. Dicapai pada 2007-11-27.
  14. ^ a b Smith et al.
  15. ^ Smith et al., p. 5.
  16. ^ Shulaw, Dr. William P. (2006). "Sheep Care Guide". American Sheep Industry Association. Dicapai pada 2008-09-08. Cite journal requires |journal= (bantuan)[pautan mati kekal]
  17. ^ Terrill, C. E.; Hazel, L. N. (1946). "Heritability of neck folds and face covering in range Rambouillet lambs as evaluated by scoring". J. Anim. Sci. 5: 170–179.
  18. ^ Brown, Dave; Sam Meadowcroft (1996). The Modern Shepherd. Wharfedale Road, Ipswich 1P1 4LG, United Kingdom: Farming Press. ISBN 0-85236-188-2.CS1 maint: location (link)
  19. ^ a b Smith et al., p. 4.
  20. ^ Ensminger
  21. ^ "Sheep (Ovis aries)". Breeds of Livestock. Oklahoma State University Dept. of Animal Science. Dicapai pada 2007-11-02.
  22. ^ Cathy M. Dwyer (31 July 2008). The Welfare of Sheep. シュプリンガー・ジャパン株式会社. m/s. 56–. ISBN 978-1-4020-8552-9. Dicapai pada 15 October 2010.
  23. ^ Per Jensen (2009). The ethology of domestic animals: an introductory text. CABI. m/s. 162–. ISBN 978-1-84593-536-8. Dicapai pada 15 October 2010.
  24. ^ Weaver
  25. ^ a b Smith et al.
  26. ^ Maijala, K. 1997, Genetic aspects of domestication, common breeds and their origin. In: Piper, L. and A. Ruvinsky (eds.). The genetics of sheep. CABI
  27. ^ Scherf, B. D. 2000. World watch list for domestic animal diversity. 3rd Edition. FAO, Rome
  28. ^ FAO. 2007. State of the world's animal genetic resources for food and agriculture
  29. ^ Brown, Dave; Sam Meadowcroft (1996). The Modern Shepherd. Wharfedale Road, Ipswich 1P1 4LG, United Kingdom: Farming Press. ISBN 0-85236-188-2.CS1 maint: location (link)
  30. ^ a b Warwick, Everett (1993). Pembiakbakaan dan Pembaikbiakan Haiwan Ternakan. Percetakaan Dewan Bahasa Dan Pustaka. m/s. 560. ISBN 983-62-3405-5.
  31. ^ D’Arcy, J.B., Sheep Management & Wool Technology, NSW University Press, 1986, ISBN 0-86840-106-4
  32. ^ a b c Wooster
  33. ^ Pulina, Giuseppe; Roberta Bencini (2004). Dairy Sheep Nutrition. CABI Publishing. ISBN 0-85199-595-0.
  34. ^ Pulina et al. p. 2.
  35. ^ Rare Breeds Survival Trust (UK) (January 2008). "Sheep". Rare Breeds Watchlist. Diarkibkan daripada yang asal pada June 22, 2008. Dicapai pada 2008-09-07.
  36. ^ Rare Breeds Survival Trust (UK) (2008). "Watchlist". A numerical guide to the 2008 Watchlist categories. Diarkibkan daripada yang asal pada July 31, 2008. Dicapai pada 2008-09-07.
  37. ^ "Conservation Priority List", livestockconservancy.org, The Livestock Conservancy, dicapai pada 2013-09-03
  38. ^ W.A Graham (1905) " Kelantan : A State of The Malay Peninsula " ,diterbitkan oleh James Maclehose and Sons, Glasgow (1908) - Chapter XIII : Live Stock, page 85 ~ 86 rujukan. Diarkibkan 2006-02-18 di Wayback Machine

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]