Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Cahaya bumi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Saat Bulan berada pada fasa sabit, sisi gelap didominasi oleh cahaya Bumi, sedangkan sisi lain oleh cahaya Matahari.

Cahaya Bumi ialah iluminasi redup sisi gelap permukaan Bulan oleh sinaran matahari yang dipantulkan dari permukaan Bumi dan awan. Fenomena ini juga dikenali sebagai sinar Bumi (lihat juga sinaran planet), cahaya pucat Bulan, atau "Bulan tua di pelukan bulan baru".

Fenomena ini paling baik diamati dari Bumi sebelum atau selepas bulan baru,[1] ketika bulan berada pada fasa bulan sabit yang menipis (memudar atau antara bulan baru dan bulan penuh). Pada malam-malam ini, keseluruhan cakera bulan mudah dilihat. Kata yang relatif jarang[perlu rujukan] digunakan ini terdapat juga di Oxford English Dictionary.

Istilah ini juga sesuai untuk pengamat di Bulan yang melihat Bumi selama malam bulan, atau untuk angkasawan di dalam pesawat ruang angkasa yang melihat ke luar jendela. Arthur C. Clarke menggunakannya dalam pengertian ini dalam novelnya Earthlight.

Lihat pula

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ The Eclectic Magazine of Foreign Literature, Science, and Art (dalam bahasa Inggeris). Leavitt, Trow, & Company. 1874.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]