Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Cermai belanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cermai belanda
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Eugenia
Spesies:
uniflora
Sinonim[2]
Senarai
    • Eugenia arechavaletae Herter
    • Eugenia costata Cambess.
    • Eugenia dasyblasta (O.Berg) Nied.
    • Eugenia decidua Merr.
    • Eugenia indica Nicheli
    • Eugenia lacustris Barb. Rodr.
    • Eugenia michelii Lam.
    • Eugenia microphylla Barb. Rodr.
    • Eugenia myrtifolia Salisb.
    • Eugenia oblongifolia (O.Berg) Arechav.
    • Eugenia oblongifolia (O.Berg) Nied. nom. illeg.
    • Eugenia strigosa (O.Berg) Arechav.
    • Eugenia willdenowii (Spreng.) DC. nom. illeg.
    • Eugenia zeylanica Willd.
    • Luma arechavaletae (Herter) Herter
    • Luma costata (Cambess.) Herter
    • Luma dasyblasta (O.Berg) Herter
    • Luma strigosa (O.Berg) Herter
    • Myrtus brasiliana L.
    • Myrtus willdenowii Spreng.
    • Plinia pedunculata L.f.
    • Plinia petiolata L. nom. illeg.
    • Plinia rubra L.
    • Plinia tetrapetala L.
    • Stenocalyx affinis O.Berg
    • Stenocalyx brunneus O.Berg
    • Stenocalyx costatus (Cambess.) O.Berg
    • Stenocalyx dasyblastus O.Berg
    • Stenocalyx glaber O.Berg
    • Stenocalyx impunctatus O.Berg
    • Stenocalyx lucidus O.Berg
    • Stenocalyx michelii (Lam.) O.Berg
    • Stenocalyx nhampiri Barb. Rodr.
    • Stenocalyx oblongifolius O.Berg
    • Stenocalyx rhampiri Barb.Rodr.
    • Stenocalyx ruber (L.) Kausel
    • Stenocalyx strigosus O.Berg
    • Stenocalyx uniflorus (L.) Kausel
    • Syzygium michelii (Lam.) Duthie

Cermai belanda atau nama saintifiknya Eugenia uniflora[3] ialah sejenis pokok dalam keluarga Myrtaceae. Ia bertaburan asal di bahagian timur Amerika Selatan merangkumi Suriname, Guiana Perancis ke selatan Brazil, Uruguay, Paraguay dan Argentina.[4][5][6]

Pokok cermai belanda jenis saka berakar tunjang dan berukuran sedang,[7] ia boleh tumbuh tingginya mencapai antara 2 meter hingga 7 meter.[3] Daunnya tunggal bersusun tentang dengan bentuk meruncing dan bertepi rata[7] dengan permukaan licin seakan berlilin; ia berwarna merah tua semasa muda sebelum matang berwarna hijau hingga tua kemerahan.[7][3]

Bunganya tumbuh di ketiak daun 1 hingga 4 kuntum sejambak berwarna putih kekuningan mengeluarkan bau wangi.[3] Buahnya jenis beri kecil berbentuk bulat dan berlekuk-lekuk, ia mirip buah dihasilkan cermai yang hidup di kepulauan Nusantara yang memberi nama kepadanya; buah ini bertukar dari hijau kepada jingga dan kemudiannya merah tua-hitam setelah masak dengan rasa yang manis.[3][8] Bijinya kecil, keras, dan berwarna keperangan.

Buah ini dijadikan asas dalam pembuatan jem.[9] Daun-daunnya juga boleh dijadikan minuman seduhan alam kalangan masyarakat beberapa kawasan Uruguay.

Daunnya mengeluarkan suatu minyak mudah meruap apabila diramas yang boleh menghalau nyamuk.[3]

  1. ^ Macdonald, F. & Canteiro, C. 2021. Eugenia uniflora. The IUCN Red List of Threatened Species 2021: e.T60330325A60330335. https://dx.doi.org/10.2305/IUCN.UK.2021-1.RLTS.T60330325A60330335.en. Downloaded on 23 April 2021.
  2. ^ "The Plant List: A Working List of All Plant Species". Dicapai pada 28 Januari 2019.
  3. ^ a b c d e f Hean Chooi Ong (2004). Buah: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 17, 40–41. ISBN 967-61-1560-6.
  4. ^ Duke, James A. (2009). Duke's Handbook of Medicinal Plants of Latin America. m/s. 309. ISBN 9781420043174.
  5. ^ Karp, David (February 7, 2007). "Berry Helped to Put Reality Show Chef on Top". The New York Times. Dicapai pada January 28, 2019.
  6. ^ Morton, Julia (1987). "Surinam cherry". Fruits of warm climates. Miami, FL. m/s. 386–388.
  7. ^ a b c "Eugenia uniflora L." (PDF). Departemen Kesehatan. 15 November 2001. Dicapai pada 19 January 2013.[pautan mati kekal][pautan mati kekal]
  8. ^ Sastrapradja, Setijati; Panggabean, Gillmour; Mogea, Johanis Palar; Sukardjo, Sukristijono; Sunarto, Aloysius Tri (1981). Proyek Penelitian Potensi Sumber Daya Ekonomi:Buah-Buahan. 8. Jakarta: LIPI bekerja sama dengan Balai Pustaka. m/s. 15. OCLC 66228010.CS1 maint: ref=harv (link)
  9. ^ Hargreaves, Dorothy; Hargreaves, Bob (1964). Tropical Trees of Hawaii. Kailua, Hawaii: Hargreaves. m/s. 61. ISBN 9780910690027.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]