Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Jakarta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Khusus Ibukota Jakarta
Daerah Khusus Ibu Kota Jakarta
داءيره خصوص ايبوكوتا جاكرتا
Sunda Kelapa • Jayakarta • Batavia
Ibu Negara Indonesia
Bendera Daerah Khusus Ibukota Jakarta
Jata Daerah Khusus Ibukota Jakarta
Logo rasmi Daerah Khusus Ibukota Jakarta
Nama panggilan: The Big Durian[1][2], J-Town [3]
Lagu Daerah: Kicir-Kicir, Jali-Jali, Ondel-Ondel
Rumah Adat: Rumah Kebaya
Cogan kata: Jaya Raya
Indonesian: ("Jaya dan Besar (Agung)")
Inggeris: Victorious and Great
Daerah Khusus Ibukota Jakarta yang terletak di Indonesia
Daerah Khusus Ibukota Jakarta
Daerah Khusus Ibukota Jakarta
Location of Jakarta in Indonesia
Koordinat: 6°12′S 106°49′E / 6.200°S 106.817°E / -6.200; 106.817Koordinat: 6°12′S 106°49′E / 6.200°S 106.817°E / -6.200; 106.817
Negara Indonesia
Ditubuhkan22 Jun 1527, Sebagai Jayakarta [4]
Ditubuhkan14 Mac 1621, sebagai Batavia
Diasaskan olehAhmad Fatahillah a.k.a Falatehan
TarafDaerah Khusus Ibu Kota
Pentadbiran
 • JenisWilayah Pentadbiran Khusus
 • GabenorHeru Budi Hartono (Pemangku)
 • Timbalan Gabenorkosong
Keluasan
 • Bandar Raya740.28 km2 (285.82 batu persegi)
 • Tanah662.33 km2 (255.73 batu persegi)
 • Air6,977.5 km2 (2,694.0 batu persegi)
Aras
−2—50 m, average: 8 m (−6—164 ft, average: 26 ft)
Penduduk
 (Nov 2011)
 • Bandar Raya10,187,595
 • Kepadatan15,342/km2 (39,740/batu persegi)
 • Metro
28,019,545
 • Kepadatan metro4,383/km2 (11,350/batu persegi)
Zon waktuUTC+7 (Bahagian Barat Indonesia)
Poskod
10110-14540
Kod Panggilan+62 21
GeocodeID-JW
Kod ISO 3166ID-JK
Plat KenderaanB
Laman sesawangwww.jakarta.go.id (official site)
Jakarta bukan sebahagian daripada mana-mana wilayah, ia dikawal secara langsung oleh kerajaan negara dan ditetapkan sebagai Wilayah Modal Khas

Daerah Khusus Ibukota Jakarta (disingkat DKI Jakarta, Jakarta Raya) merupakan ibu negara Indonesia, dan juga merupakan satu-satunya bandar di Indonesia yang bertaraf provinsi atau negeri. Jakarta terletak di bahagian barat laut Pulau Jawa. Dahulunya, Jakarta pernah disebut dengan nama Sunda Kelapa (sebelum tahun 1527), Jayakarta (1527-1619), Batavia, atau Jacatra (1619-1942), dan Djakarta (1942-1972). Di dunia internasional Jakarta juga mempunyai julukan J-Town,[5] atau lebih popular lagi The Big Durian kerana dianggap bandar yang sebanding New York City (Big Apple) di Indonesia.[6]

Jakarta memiliki luas sekitar 664,01 km² (lautan: 6.977,5 km²), dengan penduduk berjumlah 10.557.810 jiwa (2019).[7] Wilayah metropolitan Jakarta (Jabodetabek) yang berpenduduk sekitar 28 juta jiwa,[8] merupakan metropolitan terbesar di Asia Tenggara atau urutan kedua di dunia.

Peta Batavia (1888).

Sunda Kelapa (397–1527)

[sunting | sunting sumber]

Jakarta pertama kali dikenali sebagai salah sebuah pelabuhan Kerajaan Sunda yang bernama Sunda Kelapa, yang terletak di muara Sungai Ciliwung. Ibu kota Kerajaan Sunda yang dikenali sebagai Dayeuh Pakuan Pajajaran atau Pajajaran (kini Bogor) boleh dicapai dari pelabuhan Sunda Kalapa selama dua hari perjalanan. Menurut sumber Portugis, Sunda Kalapa merupakan salah sebuah pelabuhan milik Kerajaan Sunda selain pelabuhan Banten, Pontang, Cigede, Tamgara dan Cimanuk. Sunda Kalapa, atau disebut Kalapa dalam teks ini, dianggap pelabuhan yang terpenting kerana dapat didatangi dari ibu kota kerajaan, Dayo (dalam bahasa Sunda moden: dayeuh bermaksud ibu kota) dalam tempoh dua hari. Kerajaan Sunda sendiri merupakan kesinambungan Kerajaan Tarumanagara pada abad ke-5 sehingga kewujuan pelabuhan ini disusur kembali hingga abad itu, sebagai ibu kota Tarumanagara yang bernama Sundapura.

Pada abad ke-12, pelabuhan ini dikenal sebagai pusat perdagangan lada yang sibuk. Kapal-kapal asing yang berasal dari China, Jepun, India Selatan, dan Timur Tengah sudah berlabuh di pelabuhan ini membawa barang-barang seperti tembikar, kopi, sutera, kain, wangian, kuda, anggur, dan pewarna untuk ditukar dengan rempah-ratus yang menjadi komoditi dagang pada zaman itu.

Jayakarta (1527–1619)

[sunting | sunting sumber]

Orang Portugis merupakan orang Eropah pertama yang datang ke Jakarta. Pada abad ke-16, Surawisesa, raja Sunda meminta bantuan Portugis yang ada di Melaka untuk mendirikan perkubuan di Sunda Kelapa sebagai perlindungan dari kemungkinan serangan Cirebon yang akan berpecah dari Kerajaan Sunda. Usaha permohonan bantuan Surawisesa kepada Portugis di Melaka itu dirakam oleh orang Sunda dalam cerita pantun seloka Mundinglaya Dikusumah, yang mana Surawisesa diselokakan dengan nama gelarnya yaitu Mundinglaya. Namun sebelum pendirian perkubuan tersebut terlaksana, pelabuhan tersebut diserang oleh pihak Cirebon dengan bantuan Demak. Orang Sunda merintih peristiwa itu sebagai tragedi kerana serangan tersebut memusnahkan kota pelabuhan tersebut serta membunuh ramai rakyat Sunda di sana, termasuk syahbandar pelabuhan. Penetapan hari jadi Jakarta pada tarikh 22 Jun oleh Sudiro, walikota Jakarta, pada tahun 1956 adalah berdasarkan tragedi pendudukan pelabuhan Sunda Kalapa oleh Fatahillah pada tahun 1527. Fatahillah menukar nama kota tersebut menjadi Jayakarta yang bererti "kota kemenangan". Selanjutnya Sunan Gunung Jati dari Kesultanan Cirebon, menyerahkan hak pentadbiran Jayakarta kepada puteranya, Sultan Maulana Hasanuddin yang menjadi sultan di Kesultanan Banten.

Batavia (1619–1942)

[sunting | sunting sumber]

Orang Belanda datang ke Jayakarta sekitar akhir abad ke-16, setelah singgah di Banten pada tahun 1596. Pada awal abad ke-17, Jayakarta diperintah oleh Pangeran Jayakarta, salah seorang kerabat Kesultanan Banten. Pada 1619, syarikat VOC pimpinan Jan Pieterszoon Coen menduduki Jayakarta setelah mengalahkan pasukan Kesultanan Banten, kemudian mengubah namanya menjadi Batavia. Sepanjang zaman penjajahan Belanda, Batavia berkembang menjadi bandaraya yang besar dan penting. Untuk pembangunan kota, Belanda banyak melibatkan diri dalam pengimportan hamba abdi yang kebanyakannya berasal dari Bali, Sulawesi, Maluku, Tiongkok, dan pesisir Malabar, India. Ada yang berpendapat bahawa mereka inilah yang tidak lama kemudian membentuk komuniti yang dikenali sebagai suku Betawi. Sewaktu itu, keluasan Batavia hanya mencakupi kawasan yang kini dikenali sebagai Kota Tua di Jakarta Utara. Sebelum kedatangan hamba-hamba tersebut, sudah ada masyarakat Sunda yang tinggal di wilayah Jayakarta seperti masyarakat Jatinegara Kaum. Sedangkan suku-suku dari etnis pendatang, pada zaman penjajahan Belanda, membentuk wilayah komuniti masing-masing. Maka, di Jakarta ada wilayah-wilayah bekas komuniti itu seperti Pecinan, Pekojan, Kampung Melayu, Kampung Bandan, Kampung Ambon, Kampung Bali, dan Manggarai.

Pada tanggal 9 Oktober 1740, terjadinya rusuhan di Batavia yang meragut nyawa 5,000 orang Cina. Berikutan kejadian ini, ramai orang Cina yang lari ke luar bandaraya dan mengadakan penentangan terhadap Belanda.[9] Setelah pembinaan Koningsplein (Gambir) siap pada tahun 1818, Batavia berkembang ke arah selatan. Pada tahun 1920, Belanda membangunkan kota taman Menteng, dan wilayah ini menjadi tempat baru untuk pembesar Belanda, menggantikan Molenvliet di utara. Pada awal abad ke-20, Batavia di utara, Koningspein, dan Mester Cornelis (Jatinegara) telah terintegrasi menjadi sebuah kota.

Pada 1 Januari 1926, kerajaan Hindia Timur Belanda mengeluarkan peraturan untuk pembaharuan sistem desentralisasi dan penyahtumpuan kuasa yang lebih luas. Di Pulau Jawa dibentuk kerajaan autonom provinsi. Provincie West Java adalah provinsi pertama yang dibentuk di wilayah Hindia Belanda yang dirasmikan dengan surat keputusan bertarikh 1 Januari 1926, dan diundangkan dalam Staatsblad (Lembaran Negara) 1926 No. 326, 1928 No. 27 jo No. 28, 1928 No. 438, dan 1932 No. 507. Batavia menjadi salah satu keresidenan dalam Provincie West Java disamping Banten, Buitenzorg (Bogor), Priangan, dan Cirebon.

Kemerdekaan

[sunting | sunting sumber]
Jalan Jakarta di Bandar Tripoli, Libya. Sejumlah bandar di negara-negara lain menggunakan nama Jakarta atau Sukarno sebagai nama jalanan di bandar mereka.

Pada tahun 1942, penjajah Jepun menggantikan nama Batavia menjadi Jakarta untuk menambat hati para penduduk pada Perang Dunia Kedua. Kota ini juga merupakan tempat berlangsungnya Proklamasi Kemerdekaan Republik Indonesia pada 17 Ogos 1945, tetapi diduduki oleh Belanda sehingga kedaulatan Indonesia diiktiraf pada tahun 1949.

Sebelum tahun 1959, Djakarta merupakan sebahagian Provinsi Jawa Barat. Pada tahun 1959, taraf Kota Djakarta berubah dari sebuah kotapraja di bawah walikota menjadi daerah tingkat satu (Dati I) yang dipimpin oleh gabenor (gubernur). Gabenor pertamanya ialah Dr. Sumarno Sosroatmodjo, seorang doktor tentera. Pelantikan Gubernur DKI ketika itu dilaksanakan oleh Presiden Sukarno. Pada tahun 1961, status Djakarta diubah dari Daerah Tingkat Satu menjadi Daerah Khusus Ibukota (DKI); Sumarno kekal sebagai gabenornya.[10]

Semenjak diisytiharkan sebagai ibu kota, bilangan penduduk Jakarta meningkat melambung kerana keperluan tenaga kerja kerajaan yang semakin berpusatkan Jakarta. Dalam masa lima tahun, bilang penduduknya berlipat lebih dua kali ganda. Berbilang kantung pemukiman kelas menengah baru kemudian dibangunkan, seperti Kebayoran Baru, Cempaka Putih, Rawamangun, dan Pejompongan. Pusat-pusat pemukiman juga banyak dibangunkan oleh kementerian-kementerian dan institusi-institusi milik negara seperti Perum Perumnas.

Sewaktu zaman pentadbiran Sukarno, Jakarta melakukan pembangunan projek besar, antara lainnya Gelora Bung Karno, Masjid Istiqlal, dan Monumen Nasional. Pada masa ini pula Poros Medan Merdeka-Thamrin-Sudirman mulai dikembangkan sebagai pusat perniagaan bandaraya, menggantikan poros Medan Merdeka-Senen-Salemba-Jatinegara. Pusat pemukiman besar pertama yang dibuat oleh pihak pembangun swasta adalah Pondok Indah (oleh PT Pembangunan Jaya) pada akhir dasawarsa 1970-an di wilayah Jakarta Selatan.

Banjir merupakan masalah jangka panjang yang terus melanda Jakarta.

Kepesatan pertambahan penduduk ini pernah cuba dibendung oleh gabenor Ali Sadikin pada awal 1970-an dengan menjadikan Jakarta sebagai "kota tertutup" bagi pendatang. Dasar ini nyata tidak berjaya lalu diketepikan oleh kepemimpinan gabenor selanjutnya. Hingga saat ini, Jakarta masih terpaksa bergelut dengan masalah-masalah yang terjadi akibat kepadatan penduduk, seperti banjir, kesesakan lalu lintas, serta kekurangan alat transportasi umum yang memadai.

Pada Mei 1998, terjadinya rusuhan di Jakarta yang menyebabkan ramai penduduk kaum Cina terkorban. Gedung MPR/DPR diduduki oleh para mahasiswa yang menginginkan reformasi. Kesan rusuhan ini adalah perletakan jawatan Presiden Soeharto selaku presiden.

DKI Jakarta memiliki status khusus sebagai "Daerah Khusus Ibukota". Kota ini dibahagikan kepada lima Majlis Perbandaran (kotamadya) dan satu Pemerintahan Pemangku Raja (kabupaten) iaitu:

Lihat juga Senarai Gabenor DKI Jakarta.

Ondel-Ondel merupakan kesenian khas Betawi/Jakarta
Silat Betawi

Jakarta sebagai sebuah ibu negeri negara Indonesia, Jakarta menarik pendatang daripada seluruh Indonesia, ini disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang tidak menyeluruh ke seluruh daerah menyebabkan satu jurang urbanisasi yang besar. Urbanisasi inilah yang membawa kepada pelbagai budaya masuk ke Jakarta. Suku-suku yang mendiami Jakarta ialah yang pertama suku asal bandar Jakarta iaitu Suku Melayu Betawi, lalu pendatang dari luar bandar Jakarta yang menduduki ibu negeri Indonesia ini terdiri daripada kaum Jawa, Sunda, Minangkabau, Batak, dan Cina. Suku Melayu daripada Sumatra terbilang sangat sedikit di bandaraya ini. Budaya Betawi sebagai budaya utama asli Jakarta tidak diendahkan oleh rakyat tempatan dan tetap dilestarikan dipelbagai kawasan dalam bandaraya Jakarta seperti di Cagar Budaya Betawi Condet dan Setu Babakan.

Budaya Betawi merupakan budaya unik kerana memiliki unsur-unsur daripada Melayu yang sangat berbeza daripada budaya Jawa, walaupun suku Betawi menduduki pulau Jawa, ini dikarenakan suku Betawi ialah tergolong suku baru di Indonesia yang tergabung daripada pelbagai campuran suku dan kaum berbeza di Indonesia yang datang ke Jakarta dan selama bertahun-tahun menduduki bandar Jakarta, mereka mengenali diri mereka sendiri sebagai suku Betawi yang nama tersebut diambil daripada nama Jakarta pada masa penjajahan Belanda iaitu Batavia=Betawi. Orang Betawi pada umumnya beragama Islam seperti orang Melayu dan banyak nilai-nilai yang berasalkan daripada Melayu yang dikerjakan didalam Budaya Betawi seperti adanya Pantun, Silat, penggunaan Songkok oleh kaum lelaki, makanan Nasi uduk yang dibuat dari Santan seperti Nasi lemak Malaysia, dan lain-lain, oleh karenanya, Betawi dikategori sebagai suku Duetero Malayu.

Di Jakarta, bahasa yang dipakai oleh masyarakat bandaraya Jakarta ialah Bahasa Indonesia, namun bahasa asal daripada bandaraya Jakarta ini iaitu Bahasa Betawi. Orang Jakarta mempunyai dialek tersendiri dalam Bahasa Indonesia (Melayu) semasa bercakap iaitu penggunaan kata "Lu / Elu" yang mempunyai arti: Anda atau Engkau, "Gua / Gue" yang mempunyai arti: Saya, "Gak / Nggak" artinya: "Tak", dan lain-lain. Ini berasalkan daripada bahasa budaya asal Jakarta iaitu daripada budaya suku Betawi. Pemuda di Jakarta bercakap dengan dialek khas bahasa Indonesia yang dinamakan sebagai Bahasa Gaul, iaitu bahasa anak muda Jakarta yang dipakai oleh anak sekolah, anak universiti, dan anak pemuda daripada Jakarta, contoh: Gua mau ke Monas besok soalnya enak banget disana kalo liburan jika diterjemah kepada Bahasa melayu jadi: "Saya nak pergi kat Monas esok kerana seronok pada masa cuti".

Orang asli di Jakarta (Betawi) menggunakan bahasa Betawi, sementara pendatang yang lama menduduki Jakarta (orang Jawa, Sunda, dan lain-lain) menggunakan bahasa Indonesia dengan dialek Jakarta (Elu/Lu, Gua/Gue, Gak/Nggak, dan lain-lain).

Perpaduan berbagai-bagai etnik dan suku kaum membawa kepada kewujudan pelbagai jenis kebudayaan oleh etnik sama ada daripada wilayah di Indonesia ataupun bukan daripada Indonesia. Contohnya kebudayaan daripada Belanda, China, Portugis, Arab dan India. Seni muzik di Jakarta menggambarkan perpaduan tersebut melalui muzik tradisional mahupun moden yang dicipta. Bahkan sehingga kini, Jakarta masih dianggap sebagai sebuah pusat bagi memperkembangan muzik di Indonesia. Terdapat juga pengaruh luar dalam seni muzik tradisional di Jakarta, seperti tanjidor, zilofon dan kromong yang mempunyai pengaruh penggunaan rebab dan trompet tradisional yang bukan berasal daripada Jakarta Sunda. Terdapat juga pengaruh asing daripada Eropah atau muzik tradisional Cina seperti trombon dan gitar.

Tari Topeng, salah satu khazanah budaya di Indonesia
Tarian Topeng Betawi dari Jakarta, merupakan perpaduan antara budaya Cina

Seperti juga budaya dan seni muzik, seni tari di Jakarta merupakan hasil perpaduan antara budaya masyarakat ada di dalamnya. Pada awalnya, seni tari di Jakarta memiliki pengaruh Sunda dan Cina seperti Jaipong yang mengunakan kostum penari khas pemain Opera Beijing. Namun Jakarta boleh dikatakan daerah yang paling dinamik kerana mempunyai seni tari dengan gaya dan koreografi yang dinamik selain seni tari lama.

Cerita rakyat

[sunting | sunting sumber]

Selain daripada cerita rakyat Si Pitung, cerita rakyat yang terkenal adalah seperti cerita Jagoan Tulen yang mengisahkan mengenai jawara-jawara betawi. Selain daripada mengisahkan cerita mengenai kehandalan atau kepakaran dalam dunia persilatan, terkenal juga cerita Nyai Dasima yang menggambarkan kehidupan pada zaman penjajah.

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk di Jakarta sekitar 8,792,000 orang (2004) namun pada siang hari, jumlah tersebut akan bertambah seiring dengan kedatangan para pekerja dari bandar-bandar satelit seperti Bekasi, Tangerang, dan Depok. Bahasa yang digunakan di Jakarta adalah Bahasa Indonesia. Bahasa daerah juga digunakan oleh suku kaum minoriti kerana di Jakarta mempunyai berbagai-bagai suku kaum yang berbeza. Oleh sebab itu, bahasa Indonesia sering digunakan sebagai bahasa perantaraan. Selain itu, muncul juga bahasa basahan yang menular dalam kalangan kanak-kanak yang mengandungi bahasa asing.


Agama yang dianuti di DKI Jakarta sangat pelbagai termasuk enam agama yang diakui pemerintah Indonesia ialah (Islam, Kristian, Katholik, Hindu, Buddha, Konghuchu). Tempat beribat agama Islam juga dibina di Jakarta contohnya:

Tempat beribadah agama Kristian Protestan contohnya:

Tempat beribadah agama Kristian Katholik contohnya:

Tempat beribadah agama Buddha contohnya:

Tempat beribadah agama Hindu contohnya:


Menurut data pemerintah DKI pada tahun 2020, komposisi penganut agama di kota ini adalah seperti berikut:[5]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Pendidikan di DKI Jakarta tersedia dari "playgroup" hingga ke pengajian tinggi. Mutu pendidikan juga sangat pelbagai kerana terdapat tempat pengajian yang mewah yang dijadikan tempat pengajian khususnya di tingkat SD dan SMP. Sejak akhir-akhir ini, muncul pelbagai sekolah yang sistem kurikulumnya diserap daripada negara lain seperti Singapura dan Australia. Sekolah yang mempunyai sistem kurikulum daripada Indonesia juga muncul dengan memiliki pendidikan yang berbeza-beza.

DKI Jakarta juga menjadi lokasi berbagai-bagai universiti yang terkemuka seperti

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]
Transjakarta Busway yang melayani beberapa laluan di dalam Jakarta
Keretapi KRL dalam bandar Jakarta
Bajaj (Tuk-tuk) ialah semacam teksi kecil didalam bandar Jakarta untuk pengangkutan jarak dekat
  • Keretapi KRL Commuter Jabodetabek - ialah Keretapi elektrik oleh anak syarikat PT Kereta Api Indonesia yang melayani didalam dan keluar bandar Jakarta
  • Transjakarta Busway - ialah bas bandaraya Jakarta dengan jalur khas
  • Teksi - syarikat teksi di Jakarta: Bluebird (warna biru), Express (warna putih), Gamya (warna hijau), Taxiku (warna kuning), dll
  • Angkot (Mikrolet) - ialah minibus didalam bandar Jakarta yang dapat mengangkut beberapa orang sesuai laluan
  • Bajaj (Tuk-Tuk)
  • Kopaja, Metro Mini, Koantas Bima - ialah bas dalam bandar Jakarta yang berkelas Ekonomi tiada AC
  • Mass Rapid Transit atau MRT
  • Light Rail Transit atau LRT

Dalam Bandaraya

[sunting | sunting sumber]
Keadaan jalan raya di Jakarta

Di DKI Jakarta, terdapat jaringan jalan raya dan jalan bebas yang dibina seluruh kota. Namun perkembangan jumlah kenderaan dengan jumlah jalan sangat tidak seimbang (5-10% dengan 4-5%). Menurut data daripada Jabatan Pengangkutan DKI, sebanyak 46 kawasan mempunyai 100 simpang yang mempunyai kesesakan lalulintas, arus yang tidak stabil dan kecepatan yang rendah.

Diantaranya ialah:

  • Kawasan Ancol/Gunung Sahari
  • Kawasan Jatibaru/Tanah Abang
  • Kawasan Kalimalang
  • Kawasan Mampang/Buncit
  • Kawasan Pasar Minggu
  • Kawasan Pondok Indah
  • Kawasan Pulo Gebang
  • Kawasan Tambora
  • Kawasan Kelapa Gading
  • Kawasan Cakung (Jl.Raya Bekasi)
  • Kawasan Kalideres
  • Kawasan Daan Mogot
  • Kawasan Senen
  • Kawasan Tanjung Priok
  • Kawasan Cilincing
  • Kawasan Glodok
  • Kawasan Kota Tua
  • Kawasan Asemka
  • Kawasan Sunter

Jakarta sebagai pusat ekonomi juga turut mengalami kesesakan lalu lintas kerana selain dilalui oleh penduduk DKI sendiri , jalan ini juga digunakan oleh wilayah kota satelit Jakarta yaitu seperti Depok, Bekasi, Tangerang, dan Tangerang Selatan serta Jawa Barat Kota Bogor. Kesesakan dapat dilihat di Jalan Sudirman kerana mengambil masa selama berjam-jam untuk pulang ke rumah.

Satu inisiatif yang dilakukan oleh pemerintahan Ibukota Jakarta untuk mengatasi kepadatan di Jakarta iaitu diadakanya Bus Rapid Transit (BRT) TransJakarta. TransJakarta ialah sistem Bas dengan laluan khas yang berhenti di tiap perhentian stesen bas ("Halte") didalam bandaraya Jakarta. Ada 19 laluan ("Koridor") Bus Transjakarta yang melayani pelbagai macam tujuan didalam kota Jakarta. Stasiun bus di Jakarta dikenali sebagai "Terminal", dan Perhentian bua disebut "Halte". Berikut adalah senarai laluan BRT TransJakarta yang melayani rute dalam kota Jadetabek:

  • Koridor 1 : Stesen Bas Blok M - Stesen Kota Tua
  • Koridor 2 : Stesen Bas Pulogadung - Harmoni
  • Koridor 2B : Harapan Indah - Asmi
  • Koridor 2K : JGC - Harapan Indah
  • Koridor B11 : Summarecon Bekasi - Tosari
  • Koridor D11 : BKN - Depok
  • Koridor 13 : Ciledug - Tendean
  • Koridor 3 : Stesen Bas Kalideres - Harmoni
  • Koridor 4 : Stesen Bas Pulogadung - Dukuh Atas
  • Koridor 5 : Stesen Bas Kampung Melayu - Taman Hiburan Ancol
  • Koridor 6 : Zoo Ragunan - Dukuh Atas
  • Koridor 7 : Stesen Bas Kampung Melayu - Stesen bas Kampung Rambutan
  • Koridor 8 : Stesen Bas Lebak Bulus - Harmoni
  • Koridor 9 : Stesen Bas Pinang Ranti - Pluit
  • Koridor 10 : Stesen Bas Tanjung Priuk - Cililitan Grocery Center (PGC)
  • Koridor 11 : Stesen Bas Kampung Melayu - Stesen Bas Pulogebang
  • Koridor 12 : Stesen Bas Tanjung Priuk - Pluit
  • Koridor 13 : Stesen Bas Ciledug - Tendean
  • Koridor 14 : Tendean - Kalimalang (dalam perancangan)
  • Koridor 15 : Stesen Bas Manggarai - Universiti Indonesia (dalam perancangan)
Bundaran HI di hari ahad

Selain itu, Pemerintah Daerah Khusus Ibukota Jakarta juga sudah membina laluan MRT (Mass Rapid Transit) fasa pertama daripada laluan Lebak Bulus - Kampung Bandan, iaitu Lebak Bulus - Bundaran Hotel Indonesia sudah beroperasi pada 2019. Kerajaan pula sedang dalam tahap perancangan untuk membina 7 laluan Light Rail Transit (LRT), yang pembinaannya akan dimula pada akhir tahun 2015 dengan membina laluan Kebayoran Lama - Kelapa Gading dan beroperasi pada tahun 2019 .

Manakala Kerajaan Pusat pula turut serta merancang sistem pengangkutan bagi menghubungkan Bandaraya Jakarta dengan bandar-bandar dipersekitarannya dengan pembinaan beberapa laluan LRT yang dijangka akan dimula pada Ogos 2015 sempena Hari Kemerdekaan Indonesia.

Pengangkutan Antara Bandar

[sunting | sunting sumber]

Untuk ke kota-kota sekitar Pulau Jawa pengguna boleh melalui Jakarta dengan jaringan jalan raya dan beberapa jalan bebas tol yang telah siap dibina. Jalan bebas tol yang paling baru adalah jalan bebas tol Cipularang yang mempercepatkan masa dari Jakarta ke Bandung menjadi sekitar 1.5 jam. Untuk ke Sumatera terdapat Pelabuhan Merak ke Bakauheni.

Lapangan terbang yang terdapat di Jakarta adalah:

  • Bandar Udara Internasional Soekarno-Hatta yang berfungsi sebagai pintu masuk antarabangsa utama serta hub penerbangan dalam negara utama, yang terletak di Tangerang.
  • Bandar Udara Internasional Halim Perdanakusuma yang berfungsi sebagai lapangan terbang khas militer dan juga beberapa penerbangan dalam negara maupun luar negeri, yang terletak di Jakarta Timur

Keadaan dan sumber alam

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, Bandaray Jakarta Pusat dan Jakarta Selatan pada julung-julung kalinya meraih penghargaan Bangun Praja kategori "Kota Terbersih dan Terindah di Indonesia" (dulu disebut "Adipura").

Kawasan di DKI Jakarta yang simbolik dengan pokok tertentu ialah;

Hingga kini kewujudan pokok tersebut telah menjadi simbolik dengan nama kawasan-kawasan itu. Namun, penebangan pokok tersebut memusnahkan pokok tersebut sebagai identiti sesebuah kawasan di Jakarta ini.

Pelancongan

[sunting | sunting sumber]
Pandangan Jakarta Pusat dari menara Monumen Nasional

DKI Jakarta juga memiliki pelbagai tempat tumpuan pelancongan seperti:

Keong Emas ialah teater di Taman Mini Indonesia Indah

Jakarta juga merupakan bandar pelancongan belanja, setaraf dengan Tokyo dan Singapura. Jakarta memiliki pelbagai pusat belanja yang luas dan seronok, seperti:

Ciputra Shopping Mall, Jakarta, Indonesia

Pusat Membeli Belah

[sunting | sunting sumber]

Pemerintah DKI Jakarta mengutamakan pelancongan di pusat-pusat membeli belah yang terdapat di Jakarta semasa perlaksaan program "Enjoy Jakarta" . Sejak belakangan ini, sudah menjadi tren pembangunan pusat perbelanjaan dari yang mewah hingga ke kedai runcit. Di pusat membeli belah tersebut juga muncul kedai francais luar negara, seperti Starbucks dan McDonald's.

Pusat Makanan dan Masakan

[sunting | sunting sumber]
  • Jalan Mangga Besar, Jakarta Barat (Pada Malam hari menjual pelbagai macam masakan dan makanan)
  • Jalan H. Agus Salim, Sarinah (Malam hari)
  • Nasi Goreng Kebon Sirih, bertempat di Jalan Kebon Sirih, Jakarta Pusat
  • Ais Krim Ragusa, bertempat dibelakang Masjid Istiqlal, Jakarta Pusat
  • Jalan Pecenongan, Jakarta Pusat (Menjual pelbagai macam Martabak Indonesia)
  • Bandar Djakarta, Ancol (Restoran Seafood popular)
  • Wilayah Senopati, Jakarta Selatan
  • Wilayah Harapan Indah, Bekasi Barat (Kuliner Meli Melo)

Bandar raya Kembar

[sunting | sunting sumber]
Jalan Jakarta di Tripoli, Libya
Asia
  1.  Jepun - Tokyo[11]
  2.  Republik Rakyat China - Beijing[12][13]
  3.  Republik Rakyat China - Shanghai[14]
  4. Korea Selatan Korea Selatan - Seoul[13][15][16][17]
  5. Korea Utara Korea Utara - Pyongyang[18]
  6.  Thailand - Bangkok[18]
  7.  Vietnam - Hanoi[18]
  8. Pakistan - Islamabad[14][18]
  9.  Arab Saudi - Jeddah[14][18]
  10.  Brunei - Bandar Seri Begawan
Eropa
  1.  Belanda - Rotterdam[18][19]
  2.  Jerman - Berlin[20][21]
  3.  Perancis - Paris[14][18]
  4. Rusia - Moscow[14]
  5.  Hungary - Budapest[14][22]
  6.  Greece - Athens[18]
  7. Turki - Istanbul[18]
Afrika
  1. Mesir - Kairo[14][18][23]
  2.  Maghribi - Casablanca[14][24][25]
Amerika dan Oseania
  1.  Amerika Syarikat - Los Angeles[26][27]
  2.  Australia - Sydney[14]

Masalah sosial

[sunting | sunting sumber]

Keadaan DKI Jakarta sebagai sebuah pusat ekonomi telah mendorong orang-orang diluar Jakarta dan luar Pulau Jawa untuk membanjiri Jakarta untuk mencari rezeki. Kebanyakkan pendatang yang datang ke Indonesia tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran yang khusus sehingga terdapat beberapa masalah pengangguran. Masalah pengangguran ini berkaitan rapat dengan masalah kemiskinan dan jenayah.

Orang yang terkenal

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Suryodiningrat, Meidyatama (2007-06-22). "Jakarta: A city we learn to love but never to like". The Jakarta Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-21. Dicapai pada 2020-04-18.
  2. ^ "Travel Indonesia Guide – How to appreciate the 'Big Durian' Jakarta". Worldstepper-daworldisntenough.blogspot.com. 8 April 2008. Dicapai pada 27 April 2010.
  3. ^ "A Day in J-Town". Jetstar Magazine. April 2012. Dicapai pada 2 January 2013.
  4. ^ [1] Asal muasal bandaraya Jakarta
  5. ^ "A Day in J-Town" (dalam bahasa Inggeris). Jetstar Magazine. April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-01. Dicapai pada 2 Januari 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ (Inggeris) Suryodiningrat, Meidyatama (2007-06-22). "Jakarta: A city we learn to love but never to like". The Jakarta Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-21. Dicapai pada 2013-07-02. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama DKI2020
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama bps.go.id
  9. ^ Wijayakusuma, H.M. Hembing. Pembantaian Massal 1740, Tragedi Berdarah Angke. Pustaka Populer Obor. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  10. ^ Jakarta 1960-an: Kenangan Semasa Mahasiswa, Firman Lubis, Masuo Jakarta, 2008 ISBN 979-3731-46-X
  11. ^ "Sister Cities (States) of Tokyo - Tokyo Metropolitan Government". metro.tokyo.jp. 2016-06-11. Dicapai pada 2016-06-11.
  12. ^ "Sister Cities". Beijing Municipal Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-17. Dicapai pada 23 June 2009.
  13. ^ a b "Weekly 5: Jakarta's sister cities". The Jakarta Post. 6 March 2015.
  14. ^ a b c d e f g h i "KONI DKI Jalin Kerja Sama "Sister City" dengan 21 Kota Dunia". Beruta Satu (dalam bahasa Indonesian). 26 June 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ Seoul Metropolitan Government. "Seoul sister cities & MOU cities".
  16. ^ "International Cooperation: Sister Cities". Seoul Metropolitan Government. www.seoul.go.kr. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 December 2007. Dicapai pada 26 January 2008.
  17. ^ "Seoul -Sister Cities [via WayBackMachine]". Seoul Metropolitan Government (archived 2012-04-25). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 March 2012. Dicapai pada 23 August 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  18. ^ a b c d e f g h i j LB Ciputri Hutabarat (12 February 2016). "Ahok Berencana Kunjungi Pyongyang". MetroTV News (dalam bahasa Indonesian). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-11. Dicapai pada 2016-05-13. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ "ROTTERDAM: EEN STERKINTERNATIONAAL MERK" (PDF) (PDF) (dalam bahasa Dutch). Rotterdam, The Netherlands: City of Rotterdam. 2008. m/s. 37. Dicapai pada 20 March 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  20. ^ "Berlin – City Partnerships". Der Regierende Bürgermeister Berlin. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 May 2013. Dicapai pada 17 September 2013.
  21. ^ "JAKARTA BERLIN ART FESTIVAL 2014: BRINGING JAKARTA'S MULTICULTURALISM TO BERLIN". Indonesian Embassy in Berlin. 14 November 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-11. Dicapai pada 2016-08-24. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  22. ^ "The Jakarta Post - Hungarian envoy builds new links with RI". The Jakarta Post.
  23. ^ "DKI-Kairo Jalin Kerjasama Sister City". Jakarta.go.id (dalam bahasa Indonesian). 28 January 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-11. Dicapai pada 2016-08-24. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  24. ^ Veeramalla Anjaiah (30 July 2009). "Morocco seeks to boost business ties with RI: Envoy". The Jakarta Post. Dicapai pada 14 June 2013.
  25. ^ Aulia Bintang Pratama (26 January 2016). "Ahok Kesulitan Kunjungi 21 "Sister City" Jakarta". CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesian).CS1 maint: unrecognized language (link)
  26. ^ "Sister Cities of Los Angeles". Dicapai pada 18 December 2009.
  27. ^ "Jakarta - Indonesia". LOS ANGELES - JAKARTA SISTER CITY.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]