Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Cheng Ho

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cheng Ho
Patung dari tugu peringatan moden untuk Cheng Ho di Muzium Stadthuys di Bandaraya Melaka, Malaysia
Kelahiran1371[1]
Meninggal dunia1433 (berumur 61–62) atau
1435 (berumur 63–64)
DikebumikanTidak diketahui
Nama lainMa He
Sanbao
PekerjaanLaksamana, diplomat, penjelajah dan orang kasi istana
EraDinasti Ming
Cheng Ho
"Zheng He" dalam aksara Cina tradisional (atas) dan ringkas (bawah)
Tulisan Cina Tradisional鄭和
Tulisan Cina Ringkas郑和
Ma He
Tulisan Cina Tradisional馬和
Tulisan Cina Ringkas马和
Sanbao
Tulisan Cina Tradisional三寶
Tulisan Cina Ringkas三宝
Maksud harfiahThree Jewels[2]
Three Treasures

Laksamana Cheng Ho atau Zheng He (1371 - 1433; Cina Tradisional: 鄭和, Cina Ringkas: 郑和, pinyin: zhèng hé, Wade-Giles: Cheng Ho; nama asli: Cina Tradisional: 馬三寶, Cina Ringkas: 马三宝, pinyin: Mǎ Sānbǎo; nama Arab: حجّي محمود شمس Haji Mahmud Shams) ialah pelaut dan pengembara China yang paling terkenal dalam catatan 400-tahun China. [3] Dikenali juga sebagai Mah Sam Po(Cina Tradisional: 馬三寶, Cina Ringkas: 马三宝, pinyin: mǎ sān bǎo), beliau mengetuai armada China sebanyak tujuh kali ke tiga puluh buah negara di serata alam Melayu, Asia Selatan, Timur Tengah, dan juga benua Afrika, hampir satu abad sebelum Christopher Columbus tiba di Amerika. Pelayarannya telah dirakamkan dalam karya "Sida-sida Sanbao ke Lautan Barat" (atau "Zheng He ke Lautan Barat".

Riwayat hidup

[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan dengan nama Ma He di Yunnan, sebuah provinsi Mongol ketika itu yang terletak beberapa minggu perjalanannya dari pelabuhan terdekat, Zheng He merupakan orang Cina berketurunan Asia Tengah. Anak kepada seorang pegawai luar bandar, beliau ditangkap oleh tentera Cina yang menggulingkan Dinasti Mongol pada tahun 1382. Dikembiri, beliau dilatih menjadi sida-sida empayar dan ditugaskan ke istana Zhu Di, putera Yan yang mahir berperang. [3]

Dalam tempoh 20 tahun, Zheng He telah menjadi salah satu pembantu utama putera Yan, serta juga ahli strategi utama dalam pemberontakan yang menyebabkan Zhu Di (dengan gelaran Maharaja Yongle yang secara harfiah bermaksud "Maharaja Kebahagiaan Abadi") menjadi maharaja Dinasti Ming yang ketiga pada tahun 1402. Dinamai semula sebagai Zheng oleh Maharaja selepas kemenangannya dalam pertempuran di Zenglunba yang terletak berhampiran dengan Beijing, beliau kemudian dilantik untuk mengetuai salah satu angkatan tentera laut yang paling kuat di dunia ketika itu. [3] Misinya membuktikan kehebatan dan keupayaan pengurusan dan teknologi, tetapi tidak membawa kepada perdagangan yang besar. Ini disebabkan Zheng He merupakan seorang laksamana dan pegawai, bukannya pedagang.

Shen Du (沈度 shen3 du4), Zirafah dibawa balik dari Afrika pada tahun ke dua belas Yongle (1414 AD)

Pada tahun 1424, Maharaja Yongle mangkat. Penggantinya, Hongxi (memerintah 1424 - 1425), memutuskan untuk mengurangkan pengaruh sida-sida di istana. Zheng He melakukan satu lagi pelayaran di bawah Maharaja Xuande (memerintah 1426 - 1435) tetapi selepas itu, pelayaran kapal harta karun China berakhir.

Menurut buku SELAYANG PANDANG SEJARAH MADURA yang dibuat oleh DR Abdurrahman [perlu rujukan], Laksamana Zheng He tewas dalam pertempuran dengan Pangeran JOKOTOLE / Pangeran Secodiningrat III / Pangeran Setyodiningrat III dari Kerajaan Sumenep di Pulau Madura

Laksamana Zheng He beserta perahunya hancur luluh ketanah tepat di atas Bancaran (artinya, bâncarlaan)[perlu rujukan], Bangkalan di pulau Madura. Sementara Piring Zheng He jatuh di Ujung Piring yang sekarang menjadi nama desa di Kecamatan Kota Bangkalan. Sedangkan jangkarnya jatuh di Desa/Kecamatan Socah

Pelayaran

[sunting | sunting sumber]

"Lautan Barat" merujuk kepada tempat di Asia dan Afrika yang dilawati Laksamana Zheng He, termasuk:

Jumlah pelayarannya pelbagai bergantung kepada kaedah pembahagian, tetapi dia mengembara sekurang-kurangnya sebanyak tujuh kali ke "Lautan Barat" dengan armadanya. Armadanya termasuk 30,000 orang dan tujuh puluh kapal pada kemuncak penjelajahannya. Dia membawa balik banyak tropi dan wakil dari tiga puluh kerajaan ke China — termasuk Raja Alagonakkara dari Sri Lanka, yang datang ke China untuk bertemu Maharaja.

Majalah Life menempatkan kedudukan Zheng He sebagai tokoh yang ke-14 penting pada masa milenium yang lalu.

Selatan dan Tenggara Asia

[sunting | sunting sumber]
Cakra Donya, sebuah loceng yang dihadiahkan Zheng He kepada Pasai. Loceng kini tergantung di depan Muzium Aceh di Banda Aceh

Dalam bukunya "Tinjauan Am Pesisiran Laut" (Cina: 瀛涯勝覽, Yíngyá shènglǎn) yang ditulis pada tahun 1416, Ma Huan, seorang daripada penulis dan penterjemah Zheng He, mempericikan pemerhatiangnya tentang adat dan kehidupan penduduk pelabuhan-pelabuhan yang mereka lawati.[4]

Batu bertulis "Pahatan Tribahasa Galle", yang didirikan oleh Zheng He lebih kurang pada tahun 1410 di Sri Lanka merakamkan perincian tentang pemberian emas, perak dan kain sutera yang disampaikan Zheng He bagi pihak maharaja di sebuah kuil gunung.[5][6] Juga, sebuah tiang di kuil dewi Tao Tian Fei di wilayah Fujian merakamkan perincian pelyarannya.[7] Ia tertulis:

Kami telah merentasi lebih 100,000 li (50,000 kilometer) perairan besar dan melihat ombak laut sebesar gunung di langit, dan kami melihat tanah kaum gusar yang tersorok jauh dalam keheningan biru wap cahaya, sementara layar kami yang berkibar bagai awan siang dan malam, meneruskan perlajanan selaju bintang merentangi ombak garang seolah kami menyeberangi jalan raya awam..."
—Didirikan oleh Zheng He, Changle, Fujian, 1432. [8]

Di Melaka

[sunting | sunting sumber]
Kuil San Bao di Melaka

Orang Cina sudah berada di Melaka semasa ketibaan Zheng He di sana. Ma Huan merujk kepada mereka sebagai tángrén (Cina: 唐人). China zaman Ming mendapati Melaka sangat berguna sebagai tempat persinggahan bagi pembekalan kapal, dan negeri Melaka menerima banyak hadiah daripada armada Zheng He. Sultan Melaka serta permaisurinya melawat China dengan diikuti 540 orang Melaka dan hadiah-hadiah. Sultan Mansur Shah (bertakhta kerajaan tahun 1459–1477 M) kemudiannya mengirim Tun Perpatih Putih sebagai dutanya ke China dengan membawa surat Sultan kepada Maharaja Ming China. Surat ini meminang anak perempuan Maharaja dan pada tahun 1459, seorang puteri, (Hang Li Po atau Hang Liu), dihantar ke Melaka oleh Maharaja Ming sebagai isteri Sultan Melaka. Puteri tiba dengan 500 orang anak lelaki menteri dan beberapa ratus pengasuh dan pembantu. Mereka kemudiannya tinggal di Bukit Cina, Melaka. Dipercayai ramai daripada mereka berkahwin dengan orang tempatan.[9] Waris mereka dikenali sebagai Peranakan dan masih mengguna pangkat Baba (lelaki) dan Nyonya (wanita).

Hari ini di Malaysia, ramai orang mempercayai bahawa Laksamana Zheng He (yang meninggal dunia pada ahun 1433) yang menghantar puteri Hang Li Po ke Melaka pada tahun 1459. walau bagaimanapun, tidak ada catatan berkaitan Hang Li Po (atau Hang Liu) dalam pensejaraha Ming. Beliau disebut hanya dalam Sejarah Melayu.

Masjid Zheng Hoo (Zheng He), yang dinamakan sempena nakhoda ternama itu, di bandar Surabaya, Indonesia.

Kisah-kisah sezaman Zheng He membayangkan bahawa beliau mungkin Muslim; in termasukla penulisan Ma Huan yang memang seorang Muslim.

Ulama Indonesia, Hamka (1908–1981) menulis dalam tahun 1961: "Pembangunan Islam di Indonesia dan Tanah Melayu berkait rapat dengan Muslim berbangsa Cina, Laksamana Admiral Zheng He."[10] Di Melaka beliau membina jelapang, gedung dan sebuah kubu. Sarjana Indonesia Slamet Muljana pula menulis: "Zheng He membangunkan masyarakat Cina Islam mula-mula di Palembang, kemudian di San Fa (Kalimantan Barat), dan seterusnya beliau mengasaskan masyarakat yang serupa sepanjang pesisiran pantai pulau Jawa, Semenanjung Tanah Melayu dan di Filipina.

Mazhab Hanafi yang diikuti pelayar Armada hilang perhubungan dengan kumpulan induknya di China, dan sedikit demi sedikit diserap mazhab Shafii. Jauh sebelum 600 tahun berlalu, kehadiran Cina Muslim merosot sehingga hampir tiada langsung.[11]

Ikatan sejarah Empayar China Akhir

[sunting | sunting sumber]

Salah satu kepercayaan popular adalah selepas pengembaraan Zheng He, China telah berpaling daripada penjelajahan laut dan melalui tempoh beku teknologi. Sudut pandangan sejarah sebegini telah digunakan dalam menyokong pendapat mengenai pelaburan ke dalam penjelajahan angkasa. Walaupun pakar sejarah seperti John Fairbanks dan Joseph Needham mempopularkan pandangan sebegini pada 1950an, kebanyakan pakar sejara China kini mempersoalkan ketepatannya. Mereka menunjukkan bahawa perdagangan laut China tidak terhenti selepas pelayaran Zheng He tamat, dan China kekal mengawal perdagangan Asia Tenggara sehingga abad ke-19 dan perdagangan China dengan India dan Afrika Timur kekal aktif lama selepas tempoh masa Zheng He. Walaupun Dinasti Ming pernah mengharamkan pelayaran dengan Hai jin untuk beberapa abad, mereka akhirnya membatalkan pengharaman tersebut.

Bagaimanapun, usaha tentera laut Ming merosot dengan mengejut selepas pelayaran Zheng He. Bermula pada awal abad ke 15 negara China mengalami tekanan yang meningkat dari kaum Mongol yang melanda dari utara. Sebagai pengakuan ke atas kesedaran ini dan kemungkinannya untuk berada lebih hampir dengan pengkalan kuasa sejarah keluarganya, Maharaha Yongle memindahkan ibu negara utara dari Nanjing ke Beijing pada 1421. Dari ibu negara baru ini beliau boleh mengawasi secara langsung usaha untuk mempertahankan perbatasan utara. Dengan kos pembiayaan yang besar, negara China melancarkan ekspedisi ketenteraan tahunan dari Beijing untuk melemahkan orang-orang Mongol. Kos yang diperlukan untuk kempen ini bertanding secara langsung dengan tabung yang diperlukan untuk meneruskan penjelajahan laut.

Pada tahun 1449 pasukan berkuda Mongol menyerang hendap ekspedisi darat yang diketuai secara langsung oleh Maharaja Zhengtong kurang dari sehari perjalanan dari tembok ibu kota. Tentera Mongol menghapuskan tentera Chinese dan berjaya menangkap Maharaja. Pertempuran ini menghasilkan dua kesan. Kesan pertama, ia membuktikan dengan jelas ancaman yang diberikan oleh orang-orang nomad utara. Keduanya adalah krisis politik di China yang berlaku apabila orang-orang Mongol hanya membebaskan Zhengtong selepas saudara tirinya telah melantik dirinya sebagai Maharaja baru Jingtai. Hanya selepas tahun 1457 barulah politik China kembali stabil apabila maharaja Zhengtong berjaya merampas kembali takhtanya. Selepas kembali berkuasa, China meninggalkan strategi ekspedisi darat tahunannya dan sebaliknya melaksanakan usaha menyambung Tembok Besar Negara China secara besar-besaran yang menelan belanja yang mahal. Dengan keadaan sebegini, sumber kewangan untuk ekspedisi laut makin berkurangan.

Lebih asas lagi, tidak seperti ekspedisi negara-negara Eropah, ekspedisi tentera laut China kelihatannya gagal dalam jangka masa panjang (sekurang-kurangnya pada kaca mata penentuan ekonomi) kerana pelayaran tersebut ketiadaan motif ekonomi. Pelayaran-pelayaran tersebut dilakukan bertujuan meningkatkan lagi kemasyhuran maharaja dan kos ekspedisi dan hadiah balas kepada raja-raja asing melebihi ufti yang diterima. Dengan itu, apabila kewangan negara China berhadapan dengan masalah (yang serupa dengan semua kewangan kerajaan medieval akhirnya), pembiayaan untuk tentera laut lesap begitu sahaja. Berbeza dengan misi eropah pada abad ke 16, kebanyakan penjelajah eropah mendapat keuntungan daripada perdagangan yang terhasil dan dari perampasan tanah / sumber pribumi untuk menjadi bebas dari keadaan kewangan negara asal.

Gema Budaya

[sunting | sunting sumber]

Teori kontrovesi terkini yang dikemukakan oleh Gavin Menzies (lihat buku 1421 dicatatkan di bawah 'Bacaan Lanjut' di bawah) mencadangkan bahawa Zheng He mengelilingi dunia dan menjumpai Amerika pada abad ke 15 sebelum Ferdinand Magellan dan Christopher Columbus. Teori ini tidak mendapat sokongan dikalangan pakar sejarah (lihat juga: Dokumentasi Sung).

Masyarakat pelayar angkasa "Qeng Ho" dalam novel fiksyen sains A Fire Upon the Deep oleh Vernor Vinge dan A Deepness in the Sky merujuk kepada nama Zheng He.

Pengembaraan laksamana Zheng He berkemungkinan mencetuskan penulisan cerita Sinbad pada masa berikutnya.

  1. ^ a b Dreyer 2007, 11.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama lev6-63
  3. ^ a b c Majalah National Geographic, Terbitan Julai 2005]
  4. ^ Ying-yai sheng-lan: The overall survey of the ocean's shores, by Ma Huan
  5. ^ A Peaceful Mariner and Diplomat - Xinhua News Agency 12 July 2005
  6. ^ Association for Asian Studies (1976). Dictionary of Ming Biography, 1368-1644: Volume I [1], A-L (Hardcover). New York City, New York: Columbia University Press . ISBN 0-231-03833-1 Templat:Please check ISBN
  7. ^ "Zheng He's Inscription". Hist.umn.edu. Dicapai pada 23 July 2009.
  8. ^ Levathes, Louise (1997). When China Ruled the Seas: The Treasure Fleet of the Dragon Throne, 1405–1433. Oxford University Press, trade paperback. ISBN 0-19-511207-5.
  9. ^ Jin, Shaoqing (2005). Office of the People's Goverernment of Fujian Province (penyunting). Zheng He's voyages down the western seas. Fujian, China: China Intercontinental Press. m/s. 58. ISBN 978-7-5085-0708-8. Dicapai pada 2 August 2009.
  10. ^ Chinese Muslims in Malaysia, History and Development by Rosey Wang Ma
  11. ^ Suryadinata Leo (2005). Admiral Zheng He & Southeast Asia. Singapore Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 981-230-329-4. Unknown parameter |nopp= ignored (bantuan)

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Louis Levathes, When China Ruled the Seas: The Treasure Fleet of the Dragon Throne, 1405-1433, Oxford University Press, 1997, trade paperback, ISBN 0195112075
  • Gavin Menzies, 1421: The Year the Chinese Discovered the World, Morrow/Avon, 2003, hardcover 576 pages, ISBN 0060537639; knowledgeable experts consider this book, in so far as it relates to the Chinese discovery of America, to lack factual foundation; Review of 1421 by a science editor at the New York Times

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]