Filateli
Filateli merupakan aktiviti mengumpul dan menyusun bahan-bahan pos seperti setem pos, surat, sampul surat, dan bahan-bahan lain. Koleksi ini, sama ada setem, sampul-sampul surat, dan lain-lain selalunya didokumenkan untuk mengesan peristiwa-peristiwa besar dan bersejarah, serta peristiwa-peristiwa yang lain.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Perkataan "filateli" dikatakan mula-mula dicipta di Perancis pada 1864 oleh Georges Herpin. Ia berasal daripada dua perkataan Greek: "philos" bermaksud kasih sayang dan "llateleiall" bermaksud tiada bayaran.
Asalnya filateli lebih terbatas kepada kajian label, mewakili bayaran untuk khidmat-khidmat pos. Dari sini, bidangnya diperluaskan dengan memasukkan koleksi setem pos, poskad, sampul surat, cap pos, dan bahan-bahan pos yang lain.
Ia tidak dapat diwujudkan semasa filateli baru bermula sebagai hobi kerana tidak ada dokumentasi yang diketahui. Bagaimanapun, ia dapat dipastikan bahawa filateli hanya bermula selepas setem pos diperkenalkan pada 1840.
Koleksi setem telah mengadaptasi satu pendekatan apabila album setem diperkenalkan. Album pertama telah dikeluarkan di England pada tahun 1854. Oleh itu, apabila lebih banyak setem pos dapat diperoleh, hobi mengumpul setem menjadi lebih dikenali. Lebih ramai orang mula menunjukkan minat dalam hobi mengumpul setem, dan dari situlah lahirnya istilah filateli.
Ramai pengumpul setem yang serius muncul dan salah satu koleksi setem terbesar serta paling tua di dunia adalah kepunyaan DYMM Ratu England. DYTM Raja Muda Selangor juga dikatakan orang yang memiliki koleksi setem yang baik.