Fiza Thomas
Fiza Thomas | |
---|---|
Kelahiran | Nur Hafizah binti Longkip @ Thomas 2 Ogos 1993 |
Pusat pendidikan | Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2014–kini |
Televisyen | Akademi Fantasia (2016) |
Nur Hafizah Longkip @ Thomas (lahir 2 Ogos 1993) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta musim ke-13 pada 2016.[1][2][3]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Akademi Fantasia
[sunting | sunting sumber]Fiza Thomas merupakan salah seorang daripada 14 peserta Akademi Fantasia musim ke-13 antara lain turut disertai oleh Amir Masdi, Isyariana Che Azmi, Jasper Supayah dan Ara Johari, berlangsung dari 21 Ogos hingga 9 Oktober 2016.[4] Fiza memenangi tempat kelima. Sepanjang penglibatannya di AF2016, beliau dikenali sebagai Afi dan menyanyikan lagu:[2][5]
- Minggu 1: "Percayalah" (Indah Ruhaila)
- Minggu 2: "Matahari" (Maya Matahari)
- Minggu 3: "Kurik Kundi" (Siti Nurhaliza)
- Minggu 4: "Akustatik" (OAG)
- Minggu 5: "Bila Wajahmu Ku Bayangkan" (Sudirman)
- Minggu 6: "Kembali Merindu" (Slam) dan "Pelamin Anganku Musnah" (Azie)
- Minggu 7: "Sangsi Asmara" (Hetty Sarlene)
- Minggu 8: "Hatinya Tak Tahan" (Noraniza Idris) dan "Teruskan" (lagu baru; dirinya sendiri)
Bidang lakonan
[sunting | sunting sumber]Kerjaya lakonan Fiza bermula apabila beliau membintangi drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka (2017) yang dibintangi oleh Sharifah Sakinah dan Aiman Hakim Ridza, ia kemudian diikuti oleh telefilem Malek (2018) lakonan Que Haidar. Beliau turut bergiat aktif di pentas teater dan telah menjayakan tiga pementasan teater—iaitu Ola Bola The Musical, Bangsawan Dendam Laksamana dan Mud The Musical.
Beliau paling dikenali menerusi watak sebagai Soraya dalam iklan #Rendang SoRaya terbitan Petronas bersempena dengan sambutan Aidilfitri 2019. Dalam iklan yang berdurasi selama 4 minit ini, ia berkisarkan tentang seorang pelatih cef, Soraya yang pulang ke kampung halamannya dan cuba sebaik mungkin untuk memasak rendang ayam menggunakan resipi arwah ibunya menjelang Aidilfitri.[6] Menurut Fiza mengenai penglibatannya dalam iklan #Rendang SoRaya: "Selepas iklan itu keluar, ramai yang mula memanggil saya Soraya. Ada yang datang beraya di rumah saya dan ingin bertemu Soraya...".[7] Beliau mengakui iklan itu banyak meninggalkan kesan mendalam buat dirinya.[8][9]
Pada tahun 2020, beliau memegang watak Jasmin dalam drama Syurga Untukmu lakonan Diana Danielle, Fahrin Ahmad dan Julia Farhana Marin yang bersiaran di slot Samarinda TV3.[10]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk |
---|---|
2016 | "Teruskan"
|
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2017 | Girlfriend Aku Dari Neraka | Tasha | Astro Warna |
2020 | Syurga Untukmu | Jasmin | TV3 |
Lelaki Lingkungan Cinta | Isabelle (kameo) | ||
2021 | Rindu Awak Separuh Nyawa | Salina a.k.a Sally | Astro Ria |
28 Hari Mencari Cinta | Intan | TV3 | |
2022 | Suamiku Lelaki Pendosa | Maya | |
Jangan Menangis Cinta | Mawar | Astro Ria | |
Honey-Moon | Heffa | TV3 | |
Adakah Engkau Menungguku | Lisa | ||
Jesnita | Electra Marcos | Astro Prima | |
2023 | Malam Zulaikha | Farah | TV3 |
Gadis Muzikal | Una | ||
Tuhan Beri Aku Cinta | Ita | TV1 |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2018 | Bini Aku Dari... | Tasha | Astro Warna |
Malek | Ayu | Astro Citra | |
2020 | Please Subscribe Cintaku | Fatin | |
Aku Benci Kpop | Cempaka | Astro Ria | |
2022 | Busung Katak | Laila | Astro Citra |
2024 | Mati Hidup Balik | Sarah | Astro Ria |
TBA | Cupcake Coklat Mama | TV2 |
Teater
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2017 | Dia Semanis Honey Muzikal | Bella | Istana Budaya |
Mud The Musical | Markona | Panggung Bandaraya | |
2018 | Ola Bola The Musical | Murni | Istana Budaya |
Bangsawan Dendam Laksamana | |||
2022 | Muzikal Jula Juli Bintang Tujuh | Puteri Tengah | Istana Budaya |
Iklan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Terbitan |
---|---|---|---|
2019 | #Rendang SoRaya | Soraya | Petronas |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Tempat | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|---|
2016 | Akademi Fantasia 13 | ke-5 (Finalist) | Dirinya sendiri/peserta | Astro Ria |
2020 | Muzikal Lawak Superstar | Peserta | Astro Warna | |
2021 | Famili Duo ( Musim pertama) | Peserta pasangan bersama Nasfikry | TV3 | |
2022 | Muzikal Lawak Superstar ( Musim 3 ) | Kameo / hos bersama | Astro Warna / Ria HD |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Zaidi Mohamad (3 November 2019). "Fiza Thomas belum mengalah buktikan bakat". Berita Harian. Dicapai pada 18 Oktober 2020.
- ^ a b Norhayati Nordin (19 September 2019). "Fiza Thomas lebih sesuai". Harian Metro. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (1 November 2018). "Terus belajar mantapkan kerjaya". Harian Metro. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
- ^ Budiey (10 Ogos 2016). "Ini dia senarai 14 pelajar Akademi Fantasia". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 18 Oktober 2016.
- ^ "Jarang terima tawaran berlakon, Fiza Thomas kecil hati". XTRA. 29 Disember 2018. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (24 Mei 2019). "Rendang SoRaya papar semangat kasih sayang di lebaran". Berita Harian. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (13 Jun 2019). "Fiza popular kerana Rendang SoRaya". Harian Metro. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (12 Jun 2019). "Rendang SoRaya ubah nasib Fiza Thomas". Berita Harian. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
- ^ Norhayati Nordin (2 September 2020). "Fiza Thomas 'Rendang SoRaya' anggap diri bernasib baik". Harian Metro. Dicapai pada 18 Oktober 2020.
- ^ Norhayati Nordin (5 September 2020). "Asal dapat peluang". Harian Metro. Dicapai pada 18 September 2020.