Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Shiha Zikir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shiha Zikir
Kelahiran
Nurshiha binti Mohd Zikir

(1987-11-02) 2 November 1987 (umur 37)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio
Tahun aktif2005–kini
SaudaraIeda Zikir (adik)
Kerjaya muzik
GenrePop, balada, dangdut
InstrumenVokal
Syarikat rakaman

Nurshiha Mohd Zikir (Jawi: نورشيحا محمد ذکر; lahir 2 November 1987) ialah seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio wanita Malaysia.[1] Shiha berhijrah ke Kuala Lumpur dan mula bergiat aktif dalam bidang muzik secara serius. Ada yang menyatakan bahawa wajah beliau seiras dengan penyanyi terkenal Indonesia, Dato' Sri Rossa.[2]

Biarpun perjalan seni Shiha berjalan agak perlahan, namun bintangnya menyerlah, terutamanya di Indonesia.[3] Beliau merupakan salah seorang peserta rancangan realiti Akademi Fantasia dan Mentor yang bukan sahaja masih mampu bertahan tetapi berjaya melebarkan sayap ke pasaran luar.[4][5]

Shiha mula menyanyi secara serius setelah berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2005 selepas memperoleh SPM.[6][7] "Saya mahu menimba ilmu dan pengalaman dari Mentor saya, Datuk Sharifah Aini agar boleh melangkah ke tahap yang lebih tinggi."

Pada tahun 2011, beliau terpilih sebagai protege Mentor musim ke-5.[8] Kemunculan ini merupakan kali kedua Shiha muncul dalam program realiti hiburan Malaysia. Kali pertama beliau ialah pada 2005 apabila beliau terpilih antara 20 peserta akhir Akademi Fantasia musim ke-3 terbitan Astro.

Namun di peringkat pendahuluan, Shiha yang menyanyikan lagu Shania Twain, "I'm Gonna Getcha Good" merupakan antara 8 peserta tersingkir termasuk Mawi dan Marsha Milan. Hanya 12 orang peserta dipilih sebagai finalis.

Dalam konsert pertama, terdapat kejutan apabila pengetua yang ketika itu berusia 18 tahun, terpilih antara 20 peserta akhir. Datuk M. Nasir mengumumkan bahawa ada AF masuk, lalu Shiha antara 8 peserta malam itu yang menyanyi untuk kali kedua.[9]

Beliau melancarkan EP sulungnya, Shiha pada 18 Julai 2012 di bawah Monkey Bone.[10]

Shiha merupakan salah seorang peserta yang mewakili Malaysia dalam Dangdut Academy Asia 2015 yang diikuti oleh tiga negara lainnya iaitu Indonesia, Singapura dan Brunei.[11][12] Nama Shiha semakin bersinar di Indonesia. Bakatnya semakin terserlah dan sering diundang mengadakan persembahan di Indonesia.

Pada Julai 2019, Shiha ialah salah seorang peserta dalam rancangan Muzikal Lawak Superstar di Astro Warna.[13] Beliau merakamkan semula lagu "Pilihlah Aku" nyanyian asal penyanyi Indonesia, Krisdayanti.[14][15][16]

Beliau ialah salah seorang peserta rancangan TV realiti muzikal Astro Ria, Dansa Dan Sing yang turut disertai oleh Sophia Liana dan Arja Lee.[17][18]

Pada tahun 2020, Shiha melancarkan single terbarunya, "AEWO" menampilkan duet bersama Noki dari kumpulan K-Clique.[19] Melengkapkan portfolio kerjaya seninya, Shiha menjadi penyampai radio di stesen radio Era.[20]

Beliau menjadi pelakon utama bersama Syazwan Zulkifly dalam Ada Apa Dengan Saka yang bersiaran di TV9 dengan melakonkan watak sebagai Aina.[21]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Shiha dilahirkan dan dibesarkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Beliau mempunyai hobi termasuk bermain boling atau pergi karaoke di waktu luang.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Butiran album
Shiha
Single
Tajuk Tahun
"Jagakan Dia" 2017
"Makrifat Cinta" 2018
"Seperti Novel Cinta"
"Pipiyama" 2019
"Pilihlah Aku" 2020
"AEWO"
"Irama" 2021
"Kalam" 2023
"Makin Sinar"
"Angan" (duet bersama Ben Ladin)
"This & That" 2024

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 Hantu Bonceng 2.0 Ayu Filem pertama
Hantu Ke Lima Oya / Soraya
2022 Remp-It 2 Youtuber 1
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Gerak Khas (Musim 11) Rita TV2 Episod: "Kaki Buli"
Jas Episod: "Geng Ragut"
2010 Gerak Khas (Musim 12) Lily Episod: "Mangsa"
2011 Bujang Sepah Lalalitamplom Astro Prima
2012 Metro Skuad (Musim 1) Zita TV2 Episod: "Asid"
2013 Terukir Di Bintang Jee TV3
2015 Gerak Khas (Musim 15) Zara TV2 Episod: "Murtad"
Abang Sado Kau Ado Sofea TV3
2016 Tak Beli Tak Cinta
2021 Madam E-Wallet Nad
Perisik Cinta Tak Diundang Medina Mikayla
2022 Ada Apa Dengan Saka Aina TV9
2023 My Name is Lola Sofia TV3
Melastik Ke Hatimu 2 Hanis
2024 Jabatan Call Centre Bashira Sitkom

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 Sutun 2 Astro Ria Telefilem pertama
2013 Rantai Kunci Reban Ayam Tasha TV1
2019 Dari Jauh Emi TV3
2020 Validasi Nina
Matilah Nak Pontianak Matilah Astro Citra
2021 Matilah Nak Kembali Matilah
Live! Dari Kafe Kak Kona Kak Kona TV3
2022 Kami Blackpinky Jannah Awesome TV
2023 Cik Diva Balik Kampung Dibah TV3

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2005 Akademi Fantasia (musim 3) Peserta Astro Ria
2011 Mentor (musim 5) TV3
2014 Jalan-Jalan Cari Makan Pengacara
2015 Kaki Bola TV9
D'Academy Asia Indonesia (Musim 1) Peserta Indosiar
2019 Big Stage (musim 2) Artis jemputan Astro Ria
Muzikal Lawak Superstar (musim 1) Peserta (Kumpulan Voices) Astro Warna bersama Chiwan Chilok & Sharif Zero
2020 Jenaka Kampung Kalut (Musim 6) Popie TV3 Episod: "Cinta Buta"
2021 Ceria Popstar (musim 5) Pengacara Astro Ceria mengacara bersama Danial Zaini
Luar Biasa Astro Prima bersama Norman Hakim
The Masked Singer Malaysia Reunion 2021 Peserta/Artis Jemputan Astro Warna Sebagai topeng Cik Musang
2022 Muzikal Lawak Superstar (musim 3) Peserta (Kumpulan Cili) bersama Achey Bocey & Ali Puteh
Terpaling Juara Pengacara TV3 mengacara bersama Haziq Hussni
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Finalis
Mic ON! Selebriti Pengacara Awesome TV mengacara bersama Jaa Suzuran
I Can See Your Voice Malaysia (musim 6) TV3 mengacara bersama Izzue Islam
2024 Melodi Pengacara Jemputan
I Can See Your Voice Malaysia (musim 7) Pengacara mengacara bersama Izzue Islam
2024 Famili Duo (musim 4) Peserta bersama Ieda Zikir

Radiografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Stesen
2021–2022 Rancak Sabtu ERA & Carta Era 40 Era

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
2021 InterContinental Music Awards Best Of Asian "AEWO" Menang [22]
Asia Model Star Awards 2021 Malaysia Model Star Award Dirinya sendiri Menang [23]
2022 Anugerah Juara Lagu ke-36 Finalis Top 12 AEWO (Shiha Zikir & Noki K-Clique) Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2021 Grup/Duo MeleTOP Era "AEWO" (Shiha Zikir & Noki K-Clique) Menang [24][25]
Bintang Filem MeleTOP Hantu Bonceng 2.0 Menang
Artis Versatil MeleTOP Dirinya sendiri Menang
Artis Top Top MeleTOP (Wanita) Menang
Lagu MeleTOP "AEWO" (Shiha Zikir & Noki K-Clique) Menang
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Persembahan Terbaik Dirinya sendiri Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
  1. ^ Nor Fatihah Ismail (18 November 2018). "Shiha mahu karya berkualiti". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-02. Dicapai pada 18 November 2018.
  2. ^ Mohd Haikal Isa (13 Ogos 2018). "Shiha Zikir percaya rezeki". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-02. Dicapai pada 14 Ogos 2018.
  3. ^ Sudirman Mohd Tahir (26 Disember 2018). "Shiha fokus pada pasaran Indonesia". Harian Metro. Dicapai pada 26 Disember 2018.
  4. ^ Zulqarnain Abu Hassan (4 Mei 2018). "Sekarang tak boleh harap satu kerja sahaja: Shiha Zikir". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-10. Dicapai pada 14 Ogos 2018.
  5. ^ Siti Athirah Dzulkifly (18 Oktober 2015). "Dikutuk Shiha tak peduli". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2015. Dicapai pada 26 April 2016.
  6. ^ Zaidi Mohamad (9 Jun 2015). "Shiha Zikir pegang ilmu Kak Pah". Berita Harian. Dicapai pada 9 Jun 2015.
  7. ^ Zaidi Mohamad (27 Julai 2015). "Arwah Kak Pah nak saya jadi kuat - Shiha Zikir". Berita Harian. Dicapai pada 9 Jun 2015.
  8. ^ Deel Anjer (19 Julai 2012). "Shiha tunggu lama untuk kepuasan". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-04. Dicapai pada 16 Februari 2014.
  9. ^ Mohd Haikal Isa (27 Oktober 2017). "Aura positif Shiha Zikir". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-08. Dicapai pada 8 November 2018.
  10. ^ Budiey (18 Julai 2012). "Gambar Shiha Mentor di pelancaran album Shiha". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 Februari 2017.
  11. ^ Zaidi Mohamad (27 Disember 2015). "Shiha Zikir mara ke peringkat akhir dAcademy Asia". Berita Harian. Dicapai pada 28 Mac 2016.
  12. ^ "Shiha Zikir harap kisah getir jadi teladan buat bakat baru". Malaysiakini. 21 Jun 2018. Dicapai pada 31 Mei 2019.
  13. ^ Zuqarnain Abu Hassan (2 Julai 2019). Cuba apa sahaja bidang: Shiha Zikir Sinar Harian. Dicapai pada 22 Januari 2020.
  14. ^ Shiha Zikir rakam semula lagu Krisdayanti Sinar Harian (23 Disember 2019). Dicapai pada 22 Januari 2020.
  15. ^ Georgie Joseph (3 September 2019). Shiha Zikir teruja nyanyi semula lagu Pilihlah Aku Harian Metro. Dicapai pada 22 Januari 2020.
  16. ^ Zaidi Mohamad (23 Disember 2019). 'KD beri izin' Berita Harian. Dicapai pada 28 Mac 2020.
  17. ^ Norhayati Nordin (10 Januari 2020). Tidak yakin tampil solo Harian Metro. Dicapai pada 3 Februari 2020.
  18. ^ Syafil Syazwan Jefri (18 Disember 2019). "Shiha Zikir artis pertandingan?". Harian Metro. Dicapai pada 18 Disember 2019.
  19. ^ Aqmar Mustaza (10 Ogos 2020). "Muzik video AEWO dikritik: "Semuanya berbalik pada niat" - Shiha Zikir". Sinar Harian. Dicapai pada 16 Februari 2021.
  20. ^ Syafil Syazwan Jefri (16 September 2021). "Shiha cuba bakat jadi penyampai radio pula..." Harian Metro. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  21. ^ Nur Emira Saizali (25 Mei 2022). "Shiha Zikir, tamak atau versatil?". Kosmo!. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  22. ^ Georgie Joseph (17 Julai 2021). "Shiha Zikir raih kejayaan antarabangsa". Harian Metro. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  23. ^ Georgie Joseph (20 Disember 2021). "Pencapaian Shiha Zikir dalam kerjaya seni diiktiraf di Korea Selatan". Harian Metro. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  24. ^ Norhayati Nordin (30 Mei 2022). "Rezeki besar Shiha Zikir". Harian Metro. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  25. ^ Norhayati Nordin (30 Mei 2022). "Khai Bahar, Shiha Zikir bolot anugerah MeleTOP Era". Harian Metro. Dicapai pada 31 Mei 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]