Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Golongan kata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam aspek tatabahasa, golongan kata (juga dikenali sebagai kelas kata atau kategori tatabahasa[1][2])) ialah penggolongan perkataan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, seperti kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis, dan kriteria semantik.[3] Ia merupakan ialah sejenis kategori kata (atau, lebih umum, daripada item leksikal) yang mempunyai sifat tatabahasa yang serupa. Perkataan yang dikelaskan bawah golongan kata yang sama secara amnya memaparkan tingkah laku sintaksis yang serupa (ia memainkan peranan yang serupa dalam struktur tatabahasa ayat), kadangkala turut melibatkan tingkah laku morfologi yang serupa, kerana golongan kata yang sama mengalami pentasrifan untuk sifat yang serupa dan juga tingkah laku semantik yang serupa. Antara golongan kata bahasa Melayu yang umum termasuklah kata nama, kata kerja, kata sifat, kata keterangan, kata ganti nama, kata sendi, kata hubung, kata seru, angka, kata sandang dan kata penentu.

Istilah selain golongan kata —terutamanya dalam klasifikasi linguistik moden, yang sering membuat perbezaan yang lebih tepat berbanding skema tradisional—termasuklah juga kelas kata, kelas leksikal dan kategori leksikal. Sesetengah pengarang mengehadkan istilah kategori leksikal untuk merujuk hanya kepada jenis kategori sintaksis tertentu; bagi mereka istilah tersebut mengecualikan golongan kata yang dianggap sebagai kata fungsi, seperti kata ganti nama. Istilah kelas bentuk juga digunakan, walaupun frasa ini mempunyai pelbagai definisi yang bercanggah.[4] Kelas kata boleh dikelaskan sama ada terbuka atau tertutup: kelas kata terbuka (biasanya termasuk kata nama, kata kerja dan kata sifat) mempunyai masukan perkataan baharu secara berterusan, manakala kelas kata tertutup (seperti kata ganti nama dan kata sendi) jarang memperoleh masukan kata baharu.

Hampir semua bahasa mempunyai pengelasan kata kepada kata nama dan kata kerja, tetapi golongan kata yang selain dua jenis ini pula terdapat variasi ketara bergantung kepada bahasa apa.[5] Contohnya:

Disebabkan variasi dalam bilangan kategori dan sifat mengenal pastinya, analisis bahagian pertuturan mesti dilakukan untuk setiap bahasa individu. Namun begitu, label bagi setiap kategori ditetapkan berdasarkan kriteria universal.[5]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jangan terkeliru dengan kategori tatabahasa.
  2. ^ Payne, Thomas E. (1997). Describing morphosyntax: a guide for field linguists. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 9780511805066.
  3. ^ Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood. 2008. Tatabahasa Dewan ed. Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  4. ^ John Lyons, Semantics, CUP 1977, p. 424.
  5. ^ a b Krueger, Paul (2005). Analyzing Grammar: An Introduction. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 35. ISBN 978-0-521-01653-7.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Untuk senarai kata menyenaraikan golongan kata yang diketahui dalam mana-mana bahasa, lihat kategori Golongan kata di Wikikamus, kamus bebas
Untuk senarai kata kosa kata bahasa Melayu yang disusun mengikut golongan kata, lihat kategori Lema bahasa Melayu di Wikikamus, kamus bebas