Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Hinokitiol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hinokitiol[1]
Skeletal formula of hinokitiol
Ball-and-stick model of the hinokitiol molecule
Nama
Nama IUPAC
2-Hidroksil-6-propan-2-ilsiklohepta-2,4,6-trien-1-one
Nama lain
β-Thujaplicin; 4-Isopropyltropolone
Pengecam
Imej model 3D Jmol
ChEBI
ChEMBL
ChemSpider
ECHA InfoCard 100.007.165
KEGG
UNII
  • InChI=1S/C10H12O2/c1-7(2)8-4-3-5-9(11)10(12)6-8/h3-7H,1-2H3,(H,11,12) ☑Y
    Key: FUWUEFKEXZQKKA-UHFFFAOYSA-N ☑Y
  • InChI=1/C10H12O2/c1-7(2)8-4-3-5-9(11)10(12)6-8/h3-7H,1-2H3,(H,11,12)
    Key: FUWUEFKEXZQKKA-UHFFFAOYAT
  • O=C1/C=C(\C=C/C=C1/O)C(C)C
Sifat
C10H12O2
Jisim molar 164.20 g·mol−1
Rupa bentuk Tidak berwarna hingga kristal kuning pucat
Takat lebur 50 hingga 52 °C (122 hingga 126 °F; 323 hingga 325 K)
Takat didih 140 °C (284 °F; 413 K) at 10 mmHg
Bahaya
Takat kilat 140 °C (284 °F; 413 K)
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu☑Y/N?)
Rujukan kotak info

Hinokitiol (β-thujaplicin) adalah monoterpenoid semula jadi yang boleh ditemui dalam batang kayu pokok dari keluarga Cupressaceae. Ia adalah terbitan dari tropolon dan salah satu daripada thujaplicins.[2] Hinokitiol digunakan secara meluas dalam produk rawatan dan penjagaan mulut disebabkan oleh ciri tindakan antiviral spektrum luasnya,[3] antimikrobial[4] dan anti radang.[5] Hinokitiol terdiri daripada Zink dan Zat Besi Ionofor, yang mana bahan-bahan ini diluluskan sebagai bahan tambahan makanan.[6]

Nama Hinokitiol berasal daripada fakta bahawa pada mulanya ia diasingkan daripada batang pokok hinoki Taiwan pada tahun 1936.[7] Ia sebenarnya hampir tiada dalam batang pokok hinoki Jepun sementara kandungan kepekatannya adalah tinggi (sekitar 0.04% daripada jisim batang pokok tua) dalam Juniperus cedrus, kayu Cedar Hiba (Thujopsis dolabrata) dan Cedar Merah Barat (Thuja plicata). Ianya sedia diekstrak daripada kayu cedar menggunakan pelarut dan gelombang pemisah ultrasonik.[8]

Struktur Hinokitiol mempunyai kaitan dengan tropolon, iaitu ianya kekurangan pengganti isopropil. Tropolon lebih dikenali sebagai ejen pengelatan.

Aktiviti Hinokitiol

[sunting | sunting sumber]

Aktiviti Antimikrobial

[sunting | sunting sumber]

Hinokitiol mempunyai aktiviti biologi yang meluas rangkaiannya, banyak yang telah diterokai dan dicirikan dalam penerbitan. Pertama sekali, dan yang paling dikenali, adalah kemampuan aktiviti antimikrobialnya untuk melawan berbagai jenis bakteria dan kulat, walaupun jika ia tahan terhadap antibiotik.[9][10]  Secara khususnya, hinokitiol dilihat telah menunjukkan keberkesanannya melawan jangkitan kuman Streptococcus pneumoniae, Streptococcus mutans dan Staphylococcus Aureus, patogen biasa pada manusia.[11] [12] Sebagai tambahan, hinokitiol telah menunjukkan bahawa ia mempunyai kesan perencatan ke atas Chlamydia trachomatis dan mungkin memberi manfaat secara klinikal untuk digunakan sebagai ubat topikal.[13][14]

Aktiviti Antiviral

[sunting | sunting sumber]

Kajian terbaru juga menunjukkan bahawa Hinokitiol mempunyai tindakan antiviral apabila digunakan bersama-sama sebatian zink dalam melawan beberapa jenis virus yang menjangkiti manusia termasuk virus Rhino, virus Coxsackie dan Mengovirus.[15] Menyembuhkan jangkitan virus berpotensi untuk menambahkan hasil ekonomi dan pastinya sangat penting kepada institusi global seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Dengan merosakkan pemprosesan poliprotein pada virus, Hinokitiol menghalang replikasi virus – walaubagaimanapun, kebolehan ini bergantung kepada ketersediaan ion keluli dengan dua valensi, kerana Hinokitiol adalah pengelatannya sendiri.[16] Kehadiran zink dalam kombinasinya bersama Hinokitiol menyokong kebolehan-kebolehan ini dan dibincangkan di bawah.

Aktiviti lain

[sunting | sunting sumber]

Sebagai tambahan kepada aktiviti antimikrobial berspektrum luas, hinokitiol juga mempunyai aktiviti anti keradangan dan anti ketumbuhan, dicirikan dalam beberapa kajian sel in vitro dan dalam kajian haiwan in vivo. Hinokitiol mencegah tanda dan laluan keradangan utama, seperti TNF-a dan NF-kB, dan potensinya untuk merawat keradangan kronik atau keadaan autoimun sedang diterokai. Hinokitiol telah didapati mengerahkan sitotoksik pada beberapa sel kanser yang menonjol dengan cara menggalakkan proses autophagy.[17][18]

Penyelidikan Koronavirus

[sunting | sunting sumber]

Potensi kesan antiviral hinokitiol terhasil daripada tindakannya sebagai zink ionofor. Hinokitiol membolehkan ion zink masuk ke dalam sel, dan ia mencegah penggandaan virus RNA, dan sekaligus penggandaan virus itu sendiri.[19] Beberapa jenis RNA virus yang diketahui termasuklah virus influenza manusia, SARS.[20] Ion-ion zink mampu mencegah penggandaan viral dalam sel-sel dengan ketara, dan membuktikan bahawa keadaan tersebut bergantung kepada kemasukan zink. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan zink ionofor pirition, yang berfungsi hampir sama dengan hinokitiol.[21]

Dalam kultur sel, hinokition mencegah penggandaan rhinovirus manusia, virus coxsackie, dan mengovirus. Hinokitiol mengganggu pemprosesan poliprotein virus, sekaligus menghalang penggandaan picornavirus. Hinokitiol menghalang penggandaan virus-virus picorna dengan merencatkan proses poliprotein virus tersebut dan aktiviti antiviral hinokitiol adalah bergantung kepada ketersediaan ion-ion zink.[22]

Zat besi ionofor

[sunting | sunting sumber]

Hinokitiol didapati boleh memulihkan penghasilan hemoglobin pada tikus. Hinokitiol bertindak sebagai zat besi ionofor untuk menyalurkan zat besi ke dalam sel,[23][24] sekaligus meningkatkan paras zat besi intraselular. Lebih kurang 70% daripada zat besi dalam badan seorang manusia berada di dalam sel darah merah dan secara spesifiknya, protein hemoglobin. Zat Besi adalah amat penting kepada hampir semua organism hidupan, dan merupakan elemen kritikal kepada beberapa fungsi anatomi seperti sistem pengangkutan oksigen, proses sintesis asid deoxiribonuklik (DNA), dan pengangkutan elektron. Kekurangan zat besi boleh mengakibatkan gangguan darah seperti Anemia yang mana ianya dengan ketara boleh memudaratkan prestasi secara fizikal dan mental.[25]

Sinergi zink

[sunting | sunting sumber]

Hinokitiol adalah zink ionofor dan keadaan ini dipercayai mampu untuk merencatkan penggandaan virus. Ringkasnya, sebagai zink ionofor, Hinokitiol membantu dalam pengangkutan molekul-molekul ke dalam sel-sel badan melalui membran plasma atau membran intraselular, seterusnya meningkatkan kepekatan intraselular pada molekul-molekul tertentu (contohnya zink). Oleh sebab itu, dengan mengambil kesempatan terhadap ciri-ciri antiviral pada Zink, beserta dengan kombinasi penggunaannya bersama Hinokitiol, penyerapan Zink dapat dipercepatkan.[26]

Penyelidikan Kanser

[sunting | sunting sumber]

Dalam pengkulturan sel dan kajian haiwan, Hinokitiol telah dilihat dapat mencegah metastasis[27][28] dan mempunyai kesan anti proliferatif kepada sel-sel kanser.[29][30][31][32][33][34]

Kekurangan Zink

[sunting | sunting sumber]

Kekurangan zink telah didapati berlaku dalam beberapa sel kanser dan mengembalikan tahap optimum intraselular zink boleh mendorong kepada perencatan pertumbuhan sel tumor. Hinokitiol adalah Zink Ionofor yang didokumenkan, walaubagaimanapun lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan buat masa ini untuk mendapatkan tahap kepekatan yang berkesan dalam kaedah penggunaan Hinokitiol dan Zink.

Antara tajuk-tajuk kajian yang telah dibuat adalah:

  • "Kesan-kesan pemakanan zink ke atas pertumbuhan melanoma dan pengkajian metastasis..."[35]
  • "Kekurangan zink pemakanan mendorong kepada perkembangan kanser esofagus melalui tanda-tanda keradangan yang berbeza..."[36]
  • "Perkaitan antara tahap serum zink dan kanser paru-paru: satu analisis meta terhadap kajian pemerhatian..."[37]
  • "Kemajuan penyelidikan terhadap hubungan antara kekurangan zink, mikroRNA yang berkaitan, dan karsinoma esofagus..."[38]

Produk Yang Mengandungi Hinokitiol

[sunting | sunting sumber]

Hinokitiol digunakan secara meluas dalam produk-produk pengguna am termasuklah: kosmetik, ubat gigi, semburan oral, pelindung matahari dan produk pertumbuhan rambut. Salah satu jenama terkemuka yang menghasilkan produk untuk pengguna am berasaskan Hinokitiol adalah Hinoki Clinical. Hinoki Clinical (ditubuhkan pada tahun 1956) telah ditubuhkan tidak lama selepas ‘pengekstrakan Hinokitiol secara industri’ yang pertama bermula pada tahun 1955.[39] Hinoki, pada masa kini mempunyai lebih daripada 18 rangkaian produk yang berbeza dengan Hinokitiol sebagai bahan utama. Jenama lain iaitu 'Relief Life',[40] mendedahkan hasil jualannya yang mencecah satu juta jualan melalui ubat gigi ‘Siri Penjagaan Gigi’ yang mengandungi Hinokitiol.[41] Pengeluar produk berasaskan Hinokitiol yang lain pula adalah Otsuka Pharmaceuticals, Kobayashi Pharmaceuticals, Taisho Pharmaceuticals, dan SS Pharmaceuticals. Selain Asia, syarikat seperti Swanson Vitamins® telah mula memanfaatkan penggunakan Hinokitiol dalam produk pengguna am di pasaran seperti di Amerika Syarikat[42] dan Australia[43] sebagai serum antioksidan dan dalam usaha-usaha yang lain. Pada tahun 2006, Hinokitiol telah dikategorikan dibawah Senarai Bahan-Bahan Domestik sebagai bahan tidak tetap, tidak bioakumulatif, dan bahan bukan toksik kepada organisma akuatik.[44] Sebuah kumpulan aktivis persekitaran di Amerika Syarikat, Environmental Working Group (EWG), telah mendedikasikan sebuah laman maya mengenai kandungan Hinokitiol yang menyatakan bahawa Hinokitiol adalah 'sangat kurang berbahaya' dalam bidang seperti "Alergi dan Imunotoksik", "Kanser" & "Ketoksikan Perkembangan & Pembiakan"[45] memberikan markah 1-2 kepada Hinokitiol.


Dr ZinX

Pada 2 April 2020, Advance Nanotek,[46] sebuah syarikat pengeluar zink oksida dari Australia, telah mengemukakan permohonan paten bersama dengan AstiVita Limited,[47] untuk komposisi antiviral yang menyenaraikan produk penjagaan mulut  yang mengandungi Hinokitiol sebagai komponen penting. Jenama yang kini mewakili ciptaan baru ini dinamakan sebagai Dr ZinX dan berkemungkinan besar akan melancarkan produk kombinasi Zink + Hinokitiol pada tahun 2020.[48][49] Pada 18 Mei 2020, Dr ZinX telah mengeluarkan keputusan ujian mengenai “Ujian penggantungan kuantitif untuk penilaian aktiviti menyahaktifkan virus dalam bidang perubatan”[50][51] memberikan pulangan '3.25 log' pengurangan (pengurangan sebanyak 99.9%) pada kepekatan rapi selama 5 minit melawan COVID-19 menggantikan Feline Coronavirus.[52] Zink adalah pemakanan tambahan yang penting dan elemen asas dalam tubuh badan. Secara global, dijangkakan sebanyak 17.3% daripada populasi mengambil zink pemakanan yang tidak mencukupi.[53][54]

Harapan Masa Depan

[sunting | sunting sumber]

Bermula pada tahun 2000-an, penyelidik mula mengiktiraf bahawa Hinokitiol mempunyai nilai dalam bidang farmaseutikal, terutamanya untuk mencegah bakteria Chlamydia trachomatis.

Ahli kimia Martin Burke dan rakan-rakannya di University of Illinois di Urbana–Champaign dan institusi-institusi lainnya telah menemui penggunaan perubatan yang signifikan pada Hinokitiol. Matlamat Burke adalah untuk mengatasi pengangkutan zat besi yang tidak sekata dalam haiwan. Ketidakcukupan beberapa jenis protein boleh mendorong kepada kekurangan zat besi dalam sel-sel badan (anemia) atau kesan berlawanannya, Hemochromatosis.[55] Menggunakan kultur yis yang dikurangkan gen-nya sebagai pengganti, para pengkaji memeriksa sekumpulan kecil biomolekul untuk mencari tanda-tanda pengangkutan zat besi dan dengan itu, menghasilkan pertumbuhan sel. Hinokitiol muncul sebagai bahan yang memulihkan fungsi sel. Kajian selanjutnya oleh kumpulan tersebut membuktikan mekanisme yang mana Hinokitiol memulihkan atau mengurangkan zat besi pada sel.[56] Mereka kemudiannya menukar subjek kajian mereka ke atas mamalia dan mendapati bahawa apabila tikus yang telah direkayasakan agar kekurangan “protein zat besi” diberi makan Hinokitiol, tikus tersebut mendapat semula kandungan zat besi dalam perutnya. Dalam kajian yang hampir serupa pada ikan zebra, molekul tersebut memulihkan penghasilan Hemoglobin.[57] Sebuah ulasan ke atas hasil kerja Burke et al. nama panggilan Hinokitiol - “Molekul Iron Man”. Ini sangat sesuai/ironik kerana nama pertama Nozoe, orang yang menemui Hinokitiol boleh diterjemahkan ke Bahasa Inggeris sebagai “iron man”.

Penyelidikan signifikan juga telah dijalankan ke atas penggunaan Hinokitiol secara oral disebabkan pemintaan yang tinggi terhadap produk penjagaan mulut berasaskan Hinokitiol. Salah satu kajian yang menggabungkan 8 institusi berbeza di Jepun, bertajuk: "Aktiviti Antibakteria oleh Hinokitiol Melawan Bakteria Yang Tahan Antibiotik dan Terdedah Kepada Patogen Yang Mendominasi Di Dalam Rongga Mulut dan Saluran Pernafasan Atas” membuat kesimpulan bahawa "Hinokitiol menunjukkan terdapat aktiviti antibakteria yang melawan bakteria patogenik berspektrum luas dan mempunyai kadar sitotoksik yang rendah kepada sel epitelium manusia."[58]

  1. ^ β-Thujaplicin Diarkibkan 2011-07-16 di Wayback Machine at Sigma-Aldrich
  2. ^ Chedgy RJ, Lim YW, Breuil C (May 2009). "Effects of leaching on fungal growth and decay of western redcedar". Canadian Journal of Microbiology. 55 (5): 578–86. doi:10.1139/W08-161. PMID 19483786.
  3. ^ Krenn BM, Gaudernak E, Holzer B, Lanke K, Van Kuppeveld FJ, Seipelt J (January 2009). "Antiviral activity of the zinc ionophores pyrithione and Hinokitiol against picornavirus infections". Journal of Virology. 83 (1): 58–64. doi:10.1128/JVI.01543-08. PMC 2612303. PMID 18922875.
  4. ^    ^ Inamori Y, Shinohara S, Tsujibo H, Okabe T, Morita Y, Sakagami Y, et al. (September 1999). "Antimicrobial activity and metalloprotease inhibition of Hinokitiol-related compounds, the constituents of Thujopsis dolabrata S. and Z. hondai MAK". Biological & Pharmaseutical Bulletin. 22 (9): 990–3. doi:10.1248/bpb.22.990. PMID 10513629.
  5. ^    ^ Ye J, Xu YF, Lou LX, Jin K, Miao Q, Ye X, Xi Y (July 2015). "Anti-inflammatory effects of Hinokitiol on human corneal epithelial cells: an in vitro study". Eye. 29 (7): 964–71. doi:10.1038/eye.2015.62. PMC 4506343. PMID 25952949.
  6. ^  "Stress Check System". Health evaluation and promotion. 43 (2): 299–303. 2016. doi:10.7143/jhep.43.299. ISSN 1347-0086.
  7. ^ Murata I, Itô S, Asao T (December 2012). "Tetsuo Nozoe: chemistry and life". Chemical Record. 12 (6): 599–607. doi:10.1002/tcr.201200024. PMID 23242794.
  8. ^ Chedgy RJ, Daniels CR, Kadla J, Breuil C (2007). "Screening fungi tolerant to Western red cedar (Thuja plicata Donn) extractives. Part 1. Mild extraction by ultrasonication and quantification of extractives by reverse-phase HPLC". Holzforschung. 61 (2): 190–194. doi:10.1515/HF.2007.033.
  9. ^ Shih YH, Chang KW, Hsia SM, Yu CC, Fuh LJ, Chi TY, Shieh TM (June 2013). "In vitro antimicrobial and anticancer potential of Hinokitiol against oral pathogens and oral cancer cell lines". Microbiology Research. 168 (5): 254–62. doi:10.1016/j.micres.2012.12.007. PMID 23312825.
  10. ^ Morita Y, Sakagami Y, Okabe T, Ohe T, Inamori Y, Ishida N (September 2007). "The mechanism of the bactericidal activity of Hinokitiol". Biocontrol Science. 12 (3): 101–10. doi:10.4265/bio.12.101. PMID 17927050.
  11. ^ Wang TH, Hsia SM, Wu CH, Ko SY, Chen MY, Shih YH, et al. (2016-09-28). "Evaluation of the Antibacterial Potential of Liquid and Vapor Phase Phenolic Essential Oil Compounds against Oral Microorganisms". PloS One. 11 (9): e0163147. Bibcode:2016PLoSO..1163147W. doi:10.1371/journal.pone.0163147. PMC 5040402. PMID 27681039.
  12. ^ Domon H, Hiyoshi T, Maekawa T, Yonezawa D, Tamura H, Kawabata S, et al. (June 2019). "Antibacterial activity of Hinokitiol against both antibiotic-resistant and -susceptible pathogenic bacteria that predominate in the oral cavity and upper airways". Microbiology and Immunology. 63 (6): 213–222. doi:10.1111/1348-0421.12688. PMID 31106894.
  13. ^ Yamano H, Yamazaki T, Sato K, Shiga S, Hagiwara T, Ouchi K, Kishimoto T (June 2005). "In vitro inhibitory effects of Hinokitiol on proliferation of Chlamydia trachomatis". Antimicrobial Agents and Chemotherapy. 49 (6): 2519–21. doi:10.1128/AAC.49.6.2519-2521.2005. PMC 1140513. PMID 15917561.
  14. ^ Chedgy R (2010). Secondary metabolites of Western red cedar (Thuja plicata): their biotechnological applications and role in conferring natural durability. LAP Lambert Academic Publishing. ISBN 978-3-8383-4661-8.
  15. ^ Krenn BM, Gaudernak E, Holzer B, Lanke K, Van Kuppeveld FJ, Seipelt J (January 2009). "Antiviral activity of the zinc ionophores pyrithione and Hinokitiol against picornavirus infections". Journal of Virology. 83 (1): 58–64. doi:10.1128/JVI.01543-08. PMC 2612303. PMID 18922875.
  16. ^ Krenn, B. M.; Gaudernak, E.; Holzer, B.; Lanke, K.; Van Kuppeveld, F. J. M.; Seipelt, J. (January 2009). "Antiviral Activity of the Zinc Ionophores Pyrithione and Hinokitiol against Picornavirus Infections". Journal of Virology. 83 (1): 58–64. doi:10.1128/JVI.01543-08. ISSN 0022-538X. PMC 2612303. PMID 18922875.
  17. ^ Lee TB, Jun JH (2019-06-30). "Can Hinokitiol Kill Cancer Cells? Alternative Therapeutic Anticancer Agent via Autophagy and Apoptosis". Korean Journal of Clinical Laboratory Science. 51 (2): 221–234. doi:10.15324/kjcls.2019.51.2.221.
  18. ^ te Velthuis AJW, van den Worm SH, Sims AC, Baric RS, Snijder EJ, van Hemert MJ (November 2010). "Zn(2+) inhibits coronavirus and arterivirus RNA polymerase activity in vitro and zinc ionophores block the replication of these viruses in cell culture". PLoS Pathogens. 6 (11): e1001176. doi:10.1371/journal.ppat.1001176. PMC 2973827. PMID 21079686.
  19. ^ Krenn BM, Gaudernak E, Holzer B, Lanke K, Van Kuppeveld FJ, Seipelt J (January 2009). "Antiviral activity of the zinc ionophores pyrithione and Hinokitiol against picornavirus infections". Journal of Virology. 83 (1): 58–64. doi:10.1128/JVI.01543-08. PMC 2612303. PMID 18922875.
  20. ^ te Velthuis AJW, van den Worm SH, Sims AC, Baric RS, Snijder EJ, van Hemert MJ (November 2010). "Zn(2+) inhibits coronavirus and arterivirus RNA polymerase activity in vitro and zinc ionophores block the replication of these viruses in cell culture". PLoS Pathogens. 6 (11): e1001176. doi:10.1371/journal.ppat.1001176. PMC 2973827. PMID 21079686.
  21. ^ te Velthuis AJW, van den Worm SH, Sims AC, Baric RS, Snijder EJ, van Hemert MJ (November 2010). "Zn(2+) inhibits coronavirus and arterivirus RNA polymerase activity in vitro and zinc ionophores block the replication of these viruses in cell culture". PLoS Pathogens. 6 (11): e1001176. doi:10.1371/journal.ppat.1001176. PMC 2973827. PMID 21079686.
  22. ^ Krenn BM, Gaudernak E, Holzer B, Lanke K, Van Kuppeveld FJ, Seipelt J (January 2009). "Antiviral activity of the zinc ionophores pyrithione and Hinokitiol against picornavirus infections". Journal of Virology. 83 (1): 58–64. doi:10.1128/jvi.01543-08. PMC 2612303. PMID 18922875.
  23. ^ Grillo AS, SantaMaria AM, Kafina MD, Cioffi AG, Huston NC, Han M, et al. (May 2017). "Restored iron transport by a small molecule promotes absorption and hemoglobinization in animals". Science. 356 (6338): 608–616. doi:10.1126/science.aah3862. PMC 5470741. PMID 28495746.
  24. ^ Service RF (2017-05-11). "Iron Man molecule restores balance to cells". Science. AAAS. doi:10.1126/science.aal1178.
  25. ^ Abbaspour N, Hurrell R, Kelishadi R (February 2014). "Review on iron and its importance for human health". Journal of Research in Medical Sciences. 19 (2): 164–74. PMC 3999603. PMID 24778671.
  26. ^ "Ionophores - an overview | ScienceDirect Topics". www.sciencedirect.com. Retrieved 2020-06-25.
  27. ^ Jayakumar T, Liu CH, Wu GY, Lee TY, Manubolu M, Hsieh CY, et al. (March 2018). "Hinokitiol Inhibits Migration of A549 Lung Cancer Cells via Suppression of MMPs and Induction of Antioxidant Enzymes and Apoptosis". International Journal of Molecular Sciences. 19 (4). doi:10.3390/ijms19040939. PMC 5979393. PMID 29565268.
  28. ^ "Hinokitiol reduces tumor metastasis by inhibiting heparanase via extracellular signal-regulated kinase and protein kinase B pathway". www.medsci.org. Retrieved 2020-06-17.
  29. ^ Lee TB, Jun JH (2019-06-30). "Can Hinokitiol Kill Cancer Cells? Alternative Therapeutic Anticancer Agent via Autophagy and Apoptosis". The Korean Journal of Clinical Laboratory Science. 51 (2): 221–234. doi:10.15324/kjcls.2019.51.2.221.
  30. ^ Tu DG, Yu Y, Lee CH, Kuo YL, Lu YC, Tu CW, Chang WW (April 2016). "Hinokitiol inhibits vasculogenic mimicry activity of breast cancer stem/progenitor cells through proteasome-mediated degradation of epidermal growth factor receptor". Oncology Letters. 11 (4): 2934–2940. doi:10.3892/ol.2016.4300. PMC 4812586. PMID 27073579.
  31. ^ Zhang G, He J, Ye X, Zhu J, Hu X, Shen M, et al. (March 2019). "β-Thujaplicin induces autophagic cell death, apoptosis, and cell cycle arrest through ROS-mediated Akt and p38/ERK MAPK signaling in human hepatocellular carcinoma". Cell Death & Disease. 10 (4): 255. doi:10.1038/s41419-019-1492-6. PMID 30874538.
  32. ^ Huang CH, Jayakumar T, Chang CC, Fong TH, Lu SH, Thomas PA, et al. (September 2015). "Hinokitiol Exerts Anticancer Activity through Downregulation of MMPs 9/2 and Enhancement of Catalase and SOD Enzymes: In Vivo Augmentation of Lung Histoarchitecture". Molecules. 20 (10): 17720–34. doi:10.3390/molecules201017720. PMID 26404213.
  33. ^ Lee, Tae-Bok; Seo, Eun-Ju; Lee, Ji-Yun; Jun, Jin Hyun (2018-12-01). "Synergistic Anticancer Effects of Curcumin and Hinokitiol on Gefitinib Resistant Non-Small Cell Lung Cancer Cells". Natural Product Communications. 13 (12): 1934578X1801301223. doi:10.1177/1934578X1801301223.
  34. ^ Shih YH, Chang KW, Hsia SM, Yu CC, Fuh LJ, Chi TY, Shieh TM (June 2013). "In vitro antimicrobial and anticancer potential of Hinokitiol against oral pathogens and oral cancer cell lines". Microbiological Research. 168 (5): 254–62. doi:10.1016/j.micres.2012.12.007. PMID 23312825.
  35. ^ Murray, Michael J.; Erickson, Kent L.; Fisher, Gerald L. (1983-12-01). "Effects of dietary zinc on melanoma growth and experimental metastasis". Cancer Letters. 21 (2): 183–194. doi:10.1016/0304-3835(83)90206-9. ISSN 0304-3835.
  36. ^ Taccioli C, Chen H, Jiang Y, Liu XP, Huang K, Smalley KJ, et al. (October 2012). "Dietary zinc deficiency fuels esophageal cancer development by inducing a distinct inflammatory signature". Oncogene. 31 (42): 4550–8. doi:10.1038/onc.2011.592. PMID 22179833.
  37. ^ Wang Y, Sun Z, Li A, Zhang Y (May 2019). "Association between serum zinc levels and lung cancer: a meta-analysis of observational studies". World Journal of Surgical Oncology. 17 (1): 78. doi:10.1186/s12957-019-1617-5. PMC 6503426. PMID 31060563.
  38. ^ Liu CM, Liang D, Jin J, Li DJ, Zhang YC, Gao ZY, He YT (November 2017). "Research progress on the relationship between zinc deficiency, related microRNAs, and esophageal carcinoma". Thoracic Cancer. 8 (6): 549–557. doi:10.1111/1759-7714.12493. PMC 5668500. PMID 28892299.
  39. ^ "Hinoki Clinical History". Hinoki Clinical. Retrieved 19 May2020.
  40. ^ "Real Life Product Line". Anshin Tsuuhan. Retrieved 19 May 2020.
  41. ^ "Dental Series Product Page". Rakuten. Retrieved 19 May2020.
  42. ^ "Antioxidant Serum". Swanson Vitamins US. Retrieved 19 May 2020.
  43. ^ "Antioxidant Serum AU". Swanson Vitamins Australia. Retrieved 19 May 2020.
  44. ^ Secretariat, Treasury Board of Canada; Secretariat, Treasury Board of Canada. "Detailed categorization results of the Domestic Substances List - Open Government Portal". open.canada.ca. Retrieved 2020-06-17.
  45. ^ "EWG Skin Deep® | What is HINOKITIOL". EWG. Retrieved 2020-06-17.
  46. ^ "Advance NanoTek | Zinc Oxide Powder". Advance NanoTek. Retrieved 2020-05-20.
  47. ^ "Health And Beauty | AstiVita" Diarkibkan 2020-06-11 di Wayback Machine. Health And Beauty | AstiVita. Retrieved 2020-05-20.
  48. ^ "Patent Update AstiVita" (PDF). Australian Stock Exchange. 20 May 2020.
  49. ^ "Zinc + Hinokitiol". Dr ZinX. Retrieved 2020-05-20.
  50. ^ Barrett M (18 May 2020). "AstiVita - Testing Results for Dr Zinx Zinc + Hinokitiol Combination" (PDF). ASX (Australian Stock Exchange). Retrieved 20 May 2020.
  51. ^ Barrett M (18 May 2020). "Dr ZinX Test Results" Diarkibkan 2020-06-11 di Wayback Machine. Dr Zinx Oral Spray. Retrieved 20 May 2020.
  52. ^ Administration, Australian Government Department of Health Therapeutic Goods (2020-05-07). "Surrogate viruses for use in disinfectant efficacy tests to justify claims against COVID-19". Therapeutic Goods Administration (TGA). Retrieved 2020-05-20.
  53. ^ Wessells KR, Brown KH (2012-11-29). "Estimating the global prevalence of zinc deficiency: results based on zinc availability in national food supplies and the prevalence of stunting". PloS One. 7 (11): e50568. Bibcode:2012PLoSO...750568W. doi:10.1371/journal.pone.0050568. PMC 3510072. PMID 23209782.
  54. ^ Ervin RB, Kennedy-Stephenson J (November 2002). "Mineral intakes of elderly adult supplement and non-supplement users in the third national health and nutrition examination survey". The Journal of Nutrition. 132 (11): 3422–7. doi:10.1093/jn/132.11.3422. PMID 12421862.
  55. ^ "Hinokitiol". American Chemical Society. Retrieved 2020-05-20.
  56. ^ Grillo AS, SantaMaria AM, Kafina MD, Cioffi AG, Huston NC, Han M, et al. (May 2017). "Restored iron transport by a small molecule promotes absorption and hemoglobinization in animals". Science. 356 (6338): 608–616. Bibcode:2017Sci...356..608G. doi:10.1126/science.aah3862. PMC 5470741. PMID 28495746.
  57. ^ Service RF (May 2017). "Iron Man molecule restores balance to cells". Science Magazine. AAAS. Retrieved 2020-05-20.
  58. ^ Domon H, Hiyoshi T, Maekawa T, Yonezawa D, Tamura H, Kawabata S, et al. (June 2019). "Antibacterial activity of Hinokitiol against both antibiotic-resistant and -susceptible pathogenic bacteria that predominate in the oral cavity and upper airways". Microbiology and Immunology. 63 (6): 213–222. doi:10.1111/1348-0421.12688. PMID 31106894.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

1.    Wang WK, Chen SY, Liu IJ, Chen YC, Chen HL, Yang CF, et al. (July 2004). "Detection of SARS-associated coronavirus in throat wash and saliva in early diagnosis". Emerging Infectious Diseases. 10 (7): 1213–9. doi:10.3201/eid1007.031113. PMC 3323313. PMID 15324540.

2.    Xu H, Zhong L, Deng J, Peng J, Dan H, Zeng X, et al. (February 2020). "High expression of ACE2 receptor of 2019-nCoV on the epithelial cells of oral mucosa". International Journal of Oral Science. 12 (1): 8. doi:10.1038/s41368-020-0074-x. PMC 7039956. PMID 32094336.

3.    Dong LC, Pollock-Dove C, Wong PS (2009), "CHRONSET™: An OROS® Delivery System for Chronotherapy", Chronopharmaceutics, John Wiley & Sons, Inc., pp. 175–186, doi:10.1002/9780470498392.ch8, ISBN 978-0-470-49839-2

4.    JA 2019077617, "Antiviral agent and throat candy, gargle, and mouthwash using the same", issued 2017-10-20

5.    Arima Y, Hatanaka A, Tsukihara S, Fujimoto K, Fukuda K, Sakurai H (1997). "Acavenging activities of α-, β-, γ-thujaplicins against active oxygen species". Chemical & Pharmaceutical Bulletin. 45 (12): 1881–1886. doi:10.1248/cpb.45.1881.

6.    Hiyoshi T, Domon H, Maekawa T, Yonezawa D, Kunitomo E, Tabeta K, Terao Y (April 2020). "Protective effect of Hinokitiol against periodontal bone loss in ligature-induced experimental periodontitis in mice". Archives of Oral Biology. 112: 104679. doi:10.1016/j.archoralbio.2020.104679. PMID 32062102.

7.    Yamane M, Adachi Y, Yoshikawa Y, Sakurai H (December 2005). "A New Anti-diabetic Zn(II)–Hinokitiol (β-Thujaplicin) Complex with Zn(O 4 ) Coordination Mode". Chemistry Letters. 34 (12): 1694–1695. doi:10.1246/cl.2005.1694. ISSN 0366-7022.

8.    Naito Y, Yoshikawa Y, Shintani M, Kamoshida S, Kajiwara N, Yasui H (2017). "Anti-hyperglycemic Effect of Long-Term Bis(Hinokitiolato)zinc Complex ([Zn(hkt)2]) Ingestion on Insulin Resistance and Pancreatic Islet Cells Protection in Type 2 Diabetic KK-Ay Mice". Biological & Pharmaceutical Bulletin. 40 (3): 318–326. doi:10.1248/bpb.b16-00797. PMID 28250273.

9.   "Hinokitiol Discovery". Hinoki. Retrieved 20 May 2020.

10.  Baosaree J, Rakharn N, Kammee D, Pengpajon P, Sriaphai S, Sittijanda S, et al. (2018-02-01). "The Effect of Rice Husk Charcoal and Sintering Temperature on Porosity of Sintered Mixture of Clay and Zeolite". Indian Journal of Science and Technology. 11 (8): 1–12. doi:10.17485/ijst/2018/v11i8/104310. ISSN 0974-5645.

11.  Murata I, Ito S, Toyonobu, Asao (2004). "Tesuo Nozoe (1902–1996". European Journal of Organic Chemistry. European Chemical Societies Publishing: 899–928.

12.  Nozoe T (March 1936). "Über eie Farbstoffe im Holzteile des "Hinokl"-Baumes. I. Hinokitin Und Hinokitiol (Vorläufige Mitteilung)". Bulletin of the Chemical Society of Japan. 11 (3): 295–298. doi:10.1246/bcsj.11.295.

13.  Fujimori K, Kaneko A, Kitamori Y, Aoki M, Makita M, Masuda N, Hokari K (November 1998). "Hinokitiol (β-Thujaplicin) from the Essential Oil of Hinoki [Chamaecyparis obtusa (Sieb. et Zucc.) Endl.]". Journal of Essential Oil Research. 10 (6): 711–712. doi:10.1080/10412905.1998.9701018. ISSN 1041-2905.

14.  Nozoe T (June 1951). "Substitution products of tropolone and allied compounds". Nature. 167 (4261): 1055–7. Bibcode:1951Natur.167.1055N. doi:10.1038/1671055a0. PMID 14843174.

15.  Kaji M (17 January 2018). "Development of the Natural Products Chemistry by Tetsuo Nozoe in Taiwan". Igniting the Chemical Ring of Fire. World Scientific. pp. 357–368. doi:10.1142/9781786344557_0012. ISBN 978-1-78634-454-0.

16.  Lo TB (February 2015). "Professor Tetsuo Nozoe and Taiwan". Chemical Record. 15 (1): 373–82. doi:10.1002/tcr.201402099. PMID 25597491.