Jakarta Globe
Jenis | Akhbar harian |
---|---|
Format | Digital sahaja |
Diasaskan | 2008 |
Bahasa | Inggeris |
Ibu pejabat | Plaza BeritaSatu Jl. Jend. Gatot Subroto 35-36 Jakarta, Indonesia |
Pemilik | BeritaSatu Media Holdings |
Laman sesawang | jakartaglobe.id |
Jakarta Globe adalah akhbar harian berbahasa Inggeris dalam talian di Indonesia, yang dilancarkan pada November 2008.[1]
Akhbar ini awalnya dikeluarkan dengan rata-rata 48 halaman sehari, dan diterbitkan pada hari Isnin hingga Sabtu. Ia memiliki tiga bagian, dan berisi (di bagian A) pelbagai berita umum, termasuk liputan berita metropolitan dan kebangsaan serta berita antarabangsa, ditambah komen, (di bahagian B) perniagaan dan sukan Indonesia dan dunia ditambah bahagian iklan diklasifikasikan, dan (di bahagian C) fitur dan liputan gaya hidup yang luas serta hiburan, senarai dan perkhidmatan pembaca dan halaman teka-teki/kartun. Akhbar itu kemudian menambah edisi Sunday Jakarta Globe. Akhbar ditukarkan dari lembaran lebar ke format tabloid pada Mei 2012, dan kemudian diterbitkan dalam talian hanya dari 15 Disember 2015.[2]
Tujuan utamanya adalah membawa berita dan maklumat yang objektif, menghibur yang relevan dengan kehidupan pembaca di Jakarta dan Indonesia serta berfungsi sebagai jendela yang dapat dipercaya ke Indonesia. Ia dipasarkan terutamanya di Indonesia dan ekspatriat yang kosmopolitan dan berpendidikan tinggi.
Pemilik akhbar itu, PT Jakarta Globe Media, adalah sebahagian dari BeritaSatu Media Holdings, sebuah syarikat bersekutu kepada Lippo.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Indonesia: New Year, New Look for Newspapers Diarkibkan 2016-03-03 di Wayback Machine. (dalam bahasa Inggeris) Mindanao Examiner. 6 Februari 2009.
- ^ "Lippo Readies $65m for All-Digital Jakarta Globe" (dalam bahasa Inggeris). Jakarta Globe. 15 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-20. Dicapai pada 16 Disember 2015.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web rasmi (dalam bahasa Inggeris)
- Laman web rasmi (versi lama) Diarkibkan 2019-01-07 di Wayback Machine (dalam bahasa Inggeris)