Julai 2009
Penampilan
Julai 2009 ialah bulan ketujuh untuk tahun 2009. Ia bermula pada hari Rabu dan berakhir selepas 31 hari pada hari Jumaat.
Portal:Hal semasa
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 31 Julai - Gazprom melancarkan pembinaan saluran paip gas asli Sakhalin–Khabarovsk–Vladivostok.
- 31 Julai - Mahkamah Agung Pakistan mendapat bahawi darurat November 2007 yang diisytiharkan bekas Presiden Pervez Musharraf tidak sah.
- 29 Julai - Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 diadakan di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Petra Jaya, Sarawak.
- 29 Julai - Suruhanjaya diraja dan inkues kes Teo Beng Hock ditubuhkan berikutan kematian Teoh Beng Hock selepas disoalsiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
- 28 Julai - Amerika Syarikat dan Republik Rakyat China mengadakan Dialog Ekonomi dan Strategik AS.-China yang pertama (gambar sesi pembukaan).
- 24 Julai - Kelahiran Panda Gergasi pertama yang ibunya dibuntingi dengan sperma beku diumumkan di Sichuan, China.
- 23 Julai - Susilo Bambang Yudhoyono terpilih semula sebagai Presiden Indonesia.
- 22 Julai - Selangor FA memenangi Liga Super Malaysia 2009.
- 21 Julai - Gerhana matahari penuh paling lama abad ke-21 berlaku di sebahagian Asia dan Lautan Pasifik (gambar gerhana separa).
- 17 Julai - Letupan bom di Jakarta, Indonesia, membunuh sekurang-kurangnya 9 orang dan mencederakan lebih 50 lagi.
- 12 Julai - Javier Velásquez menjadi Perdana Menteri Peru.
- 9 Julai - Satu siri serangan siber terancang menyerang tapak web awam dan persendirian utama Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
- 8 Julai - Kerajaan Malaysia bersetuju memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
- 5 Julai - Sekurang-kurangnya 192 orang terbunuh dan 1,680 lagi cedera dalam rusuhan di Ürümqi, Republik Rakyat China (gambar).
- 5 Julai - Pertubuhan Negara-negara Amerika menggantung keahlian Honduras disebabkan krisis politiknya baru-baru ini.
- 2 Julai - Diplomat Jepun Yukiya Amano dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (gambar bendera).