Kejohanan Dunia BWF
Musim ini, persaingan atau edisi: Kejohanan Dunia BWF 2023 | |
Sukan | Badminton |
---|---|
Ditubuhkan | 1977 |
Negara | Negara ahli BWF |
Kejohanan Dunia BWF (pernah dikenali sebagai Kejohanan Dunia IBF, juga dikenali sebagai Kejohanan Badminton Dunia bahasa Inggeris: BWF World Championships ) merupakan sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk mengurniakan takhta pemain badminton terbaik di dunia.
Kejohanan bermula pada 1977 dan diadakan setiap tiga tahun sejak 1983. Walau bagaimanapun, IBF menghadapi kesukaran untuk menganjurkan disebabkan dua acara pertama yang mana Persekutuan Badminton Dunia (yang mana kemudian digabungkan dengan IBF untuk membentuk satu persekutuan badminton) menganjurkan kejohanan sama pada satu-satu tahun selepas Kejohanan Dunia IBF yang mana kedua-duanya memiliki matlamat yang sama.
Bermula 1985, kejohanan ini diadakan secara dwi-tahunan dan beraksi setiap dua tahun sehingga 2005. Bermula 2006, kejohanan ini diubah kepada acara tahunan dalam kalendar BWF yang mana matlamatnya mahu memberikan peluang kepada ramai pemain untuk dikurniakan gelaran "Juara Dunia".
Walaupun demikian, kejohanan ini tidak akan diadakan setiap empat tahun bagi memberi laluan kepada penganjuran temasya Sukan Olimpik.
Lokasi penganjuran Kejohanan Dunia
[sunting | sunting sumber]Senarai di bawah memaparkan semua tuan rumah dan negara yang terlibat dalam penganjuran Kejohanan Dunia. Ini termasuk New Delhi dan Paris yang bakal menganjurkan kejohanan ini.
Nombor yang diletakkan berkaitan berapa kali bandar raya/negara pernah menganjurkan kejohanan ini. Dari 1989 hingga 2001, kejohanan dunia ini diadakan sejurus selepas Piala Sudirman di lokasi yang sama.
Kejuaraan yang lalu
[sunting | sunting sumber]Setakat ini, hanya 21 negara telah mencapai sekurang-kurangnya pingat gangsa dalam kejohanan itu: Sebelas di Asia, Lapan di Eropah, satu di Amerika Utara dan satu di Oceania. Afrika adalah satu-satunya konfederasi yang tidak memenangi pingat.
Pada usia 18 tahun, Ratchanok Intanon menjadi pemenang termuda gelaran perseorangan di Kejohanan.[1] Ratchanok kurang 3 bulan lebih tua daripada Jang Hye-ock ketika dia memenangi gelaran beregu wanita di Kejohanan 1995.[2]
Pemain dan pasukan nasional yang berjaya
[sunting | sunting sumber]Pemain yang berjaya
[sunting | sunting sumber]Beberapa pemain yang memenangi pingat emas dalam lebih daripada satu kategori bagi penerimaan solo dalam Kejohanan Dunia, ini termasuk
- Lene Køppen, 1977, beregu campuran dan perseorangan wanita
- Christian Hadinata, 1980, beregu lelaki dan beregu campuran
- Park Joo-bong, 1985, beregu lelaki dan beregu campuran, 1991, perseorangan lelaki dan beregu campuran
- Han Aiping, 1985, perseorangan wanita dan beregu wanita
- Ge Fei, 1997, beregu wanita dan beregu campuran
- Kim Dong-moon, 1999, beregu lelaki dan beregu campuran
- Gao Ling, 2001, beregu wanita dan beregu campuran
- Zhao Yunlei, 2014 & 2015, beregu wanita dan beregu campuran
- Seo Seung-jae, 2023, beregu lelaki dan beregu campuran
Dari 1977 hingga 2001, pingat ini biasanya didominasi penuh oleh lima negara seperti China, Korea, Denmark, Indonesia, Malaysia. Walau bagaimanapun, pada 2003, juara termasuk tujuh negara dan pada 2005 papan pungutan pingat mengandungi rekod tertinggi iaitu sepuluh negara.
Tony Gunawan juga memiliki kemenangan pingat emas berganda dalam acara beregu lelaki, mewakili dua negara berbeza, 2001; digandingkan dengan Halim Haryanto dari Indonesia dan pada 2005; digandingkan dengan Howard Bach untuk membolehkan Amerika Syarikat mengumpul pingat pertama bagi kejohanan ini.
Edisi 2005 memperlihatkan muka baru dalam acara beregu campuran yang mana ia sering didominasi oleh China dan Korea sejak 1997. Dengan penarikan diri juara bertahan dan juara dua kali Kim Dong-moon/Ra Kyung-min (Korea), Nova Widianto/Lilyana Natsir memenangi pingat emas pertama dalam acara beregu campuran buat Indonesia sejak 1980 yang mana Christian Hadinata/Imelda Wijuno memenangi acara itu kali terakhir buat Indonesia sebelum itu.
Berikut merupakan senara pemain paling berjaya yang memiliki 3 pingat emas.[3]
Ked. | Pemain | MS | WS | MD | WD | XD | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Lin Dan | 5 | 5 | ||||
Zhao Yunlei | 2 | 3 | 5 | ||||
Park Joo-bong | 2 | 3 | 5 | ||||
4 | Cai Yun | 4 | 4 | ||||
Chen Qingchen | 4 | 4 | |||||
Fu Haifeng | 4 | 4 | |||||
Gao Ling | 3 | 1 | 4 | ||||
Jia Yifan | 4 | 4 | |||||
Zhang Nan | 1 | 3 | 4 | ||||
Liliyana Natsir | 4 | 4 | |||||
Hendra Setiawan | 4 | 4 | |||||
12 | Ge Fei | 2 | 1 | 3 | |||
Guan Weizhen | 3 | 3 | |||||
Han Aiping | 2 | 1 | 3 | ||||
Huang Sui | 3 | 3 | |||||
Huang Yaqiong | 3 | 3 | |||||
Li Lingwei | 2 | 1 | 3 | ||||
Lin Ying | 3 | 3 | |||||
Yu Yang | 3 | 3 | |||||
Zheng Siwei | 3 | 3 | |||||
Mohammad Ahsan | 3 | 3 | |||||
Kim Dong-moon | 1 | 2 | 3 | ||||
Carolina Marín | 3 | 3 |
Di bawah ialah senarai pemain yang paling berjaya dalam setiap kategori (disenaraikan mengikut gelaran terakhir mereka):
Kategori | Pemain | Jumlah | Tahun |
---|---|---|---|
MS | Lin Dan | 5 | 2006, 2007, 2009, 2011, 2013 |
WS | Carolina Marín | 3 | 2014, 2015, 2018 |
MD | Cai Yun | 4 | 2006, 2009, 2010, 2011 (bersama Fu Haifeng) |
Fu Haifeng | 4 | 2006, 2009, 2010, 2011 (bersama Cai Yun) | |
Hendra Setiawan | 4 | 2007 (with Markis Kido), 2013, 2015, 2019 (bersama Mohammad Ahsan) | |
WD | Chen Qingchen | 4 | 2017, 2021, 2022, 2023 (bersama Jia Yifan) |
Jia Yifan | 4 | 2017, 2021, 2022, 2023 (bersama Chen Qingchen) | |
XD | Liliyana Natsir | 4 | 2005, 2007 (with Nova Widianto), 2013, 2017 (bersama Tontowi Ahmad) |
MS: Perseorangan lelaki; WS: Perseorangan wanita; MD: Beregu lelaki; WD: Beregu wanita; XD: Beregu campuran
Pasukan nasional yang berjaya
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan senarai pemenang pingat yang dipaparkan mengikut kategori dan negara selepas Kejohanan Dunia BWF 2007.
China muncul pasukan nasional paling berjaya dalam Kejohan Dunia sejak diperkenalkan pada 1977. China menjadi satu-satunya negara yang menyapu bersih pingat emas bagi kesemua kategori pada 1987 di Beijing. Mereka diikuti rapat oleh Indonesia dan Korea Selatan dengan Denmark mengetuai negara Eropah dalam senarai kejuaraan.
Ked. | Negara | 77 | 80 | 83 | 85 | 87 | 89 | 91 | 93 | 95 | 97 | 99 | 01 | 03 | 05 | 06 | 07 | 09 | 10 | 11 | 13 | 14 | 15 | 17 | 18 | 19 | 21 | 22 | 23 | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | China | 2 | 3 | 5 | 4 | 3 | 1 | 1 | 3 | 21 | 3 | 3 | 22 | 4 | 3 | 4 | 5 | 5 | 23 | 3 | 3 | 2 | 24 | 1 | 1 | 2 | 1 | 70 | ||
2 | Indonesia | 1 | 4 | 1 | 3 | 2 | 1 | 2 | 22 | 2 | 23 | 1 | 1 | 1 | 23 | |||||||||||||||
3 | Korea Selatan | 2 | 1 | 2 | 1 | 21 | 1 | 1 | 3 | 13 | ||||||||||||||||||||
4 | Denmark | 3 | 1 | 0.5 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 11.5 | ||||||||||||||||||
5 | Jepun | 1 | 1 | 24 | 2 | 2 | 1 | 9 | ||||||||||||||||||||||
6 | Sepanyol | 1 | 1 | 1 | 3 | |||||||||||||||||||||||||
Thailand | 1 | 1 | 1 | 3 | ||||||||||||||||||||||||||
8 | England | 1 | 0.5 | 1 | 2.5 | |||||||||||||||||||||||||
9 | India | 1 | 1 | |||||||||||||||||||||||||||
Malaysia | 1 | 1 | ||||||||||||||||||||||||||||
Singapura | 1 | 1 | ||||||||||||||||||||||||||||
Sweden | 0.5 | 0.5 | 1 | |||||||||||||||||||||||||||
Amerika Syarikat | 1 | 1 |
- ↑1 Korea menang di atas dua pingat perak berbanding China satu dan dengan itu Korea menjadi pemenang keseluruhan.
- ↑2 China menang dengan kelebihan empat pingat perak berbanding Indonesia dan dengan itu China menjadi pemenang keseluruhan.
- ↑3 China menang di atas dua pingat perak berbanding Indonesia tiada dan dengan itu China menjadi pemenang keseluruhan.
- ↑4 China menang dengan kelebihan empat pingat gangsa berbanding Jepun dua dan dengan itu China menjadi pemenang keseluruhan.
Juara kejohanan setiap negara
[sunting | sunting sumber]Perseorangan lelaki
[sunting | sunting sumber]Ked. | Negara | 77 | 80 | 83 | 85 | 87 | 89 | 91 | 93 | 95 | 97 | 99 | 01 | 03 | 05 | 06 | 07 | 09 | 10 | 11 | 13 | 14 | 15 | 17 | 18 | 19 | 21 | 22 | 23 | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | China | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | 14 | ||||||||||||||
2 | Indonesia | X | X | X | X | X | X | 6 | ||||||||||||||||||||||
3 | Denmark | X | X | X | X | 4 | ||||||||||||||||||||||||
4 | Jepun | X | X | 2 | ||||||||||||||||||||||||||
5 | Singapura | X | 1 | |||||||||||||||||||||||||||
Thailand | X | 1 |
Perseorangan wanita
[sunting | sunting sumber]Ked. | Negara | 77 | 80 | 83 | 85 | 87 | 89 | 91 | 93 | 95 | 97 | 99 | 01 | 03 | 05 | 06 | 07 | 09 | 10 | 11 | 13 | 14 | 15 | 17 | 18 | 19 | 21 | 22 | 23 | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | China | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | 15 | |||||||||||||
2 | Jepun | X | X | X | 3 | |||||||||||||||||||||||||
Sepanyol | X | X | X | 3 | ||||||||||||||||||||||||||
4 | Denmark | X | X | 2 | ||||||||||||||||||||||||||
Indonesia | X | X | 2 | |||||||||||||||||||||||||||
6 | India | X | 1 | |||||||||||||||||||||||||||
Thailand | X | 1 | ||||||||||||||||||||||||||||
Korea Selatan | X | 1 |
Beregu lelaki
[sunting | sunting sumber]Ked. | Negara | 77 | 80 | 83 | 85 | 87 | 89 | 91 | 93 | 95 | 97 | 99 | 01 | 03 | 05 | 06 | 07 | 09 | 10 | 11 | 13 | 14 | 15 | 17 | 18 | 19 | 21 | 22 | 23 | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Indonesia | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | 10 | ||||||||||||||||||
2 | China | X | X | X | X | X | X | X | X | 8 | ||||||||||||||||||||
3 | Korea Selatan | X | X | X | X | X | 5 | |||||||||||||||||||||||
4 | Denmark | X | X | 2 | ||||||||||||||||||||||||||
5 | Jepun | X | 1 | |||||||||||||||||||||||||||
Malaysia | X | 1 | ||||||||||||||||||||||||||||
Amerika Syarikat | X | 1 |
Beregu wanita
[sunting | sunting sumber]Ked. | Negara | 77 | 80 | 83 | 85 | 87 | 89 | 91 | 93 | 95 | 97 | 99 | 01 | 03 | 05 | 06 | 07 | 09 | 10 | 11 | 13 | 14 | 15 | 17 | 18 | 19 | 21 | 22 | 23 | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | China | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | 23 | |||||
2 | Jepun | X | X | X | 3 | |||||||||||||||||||||||||
3 | England | X | 1 | |||||||||||||||||||||||||||
Korea Selatan | X | 1 |
Beregu campuran
[sunting | sunting sumber]Ked. | Negara | 77 | 80 | 83 | 85 | 87 | 89 | 91 | 93 | 95 | 97 | 99 | 01 | 03 | 05 | 06 | 07 | 09 | 10 | 11 | 13 | 14 | 15 | 17 | 18 | 19 | 21 | 22 | 23 | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | China | X | X | X | X | X | X | X | X | X | X | 10 | ||||||||||||||||||
2 | Korea Selatan | X | X | X | X | X | X | 6 | ||||||||||||||||||||||
3 | Indonesia | X | X | X | X | X | 5 | |||||||||||||||||||||||
4 | Denmark | X | / | X | X | 3.5 | ||||||||||||||||||||||||
5 | England | / | X | 1.5 | ||||||||||||||||||||||||||
6 | Sweden | \ | \ | 1 | ||||||||||||||||||||||||||
Thailand | X | 1 |
Jadual pingat
[sunting | sunting sumber]Dikemas kini selepas edisi 2023, tidak termasuk satu pingat perak terlucut dari 2014[4]
Kedudukan | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | China | 70 | 49 | 83 | 202 |
2 | Indonesia | 23 | 20 | 37 | 80 |
3 | Korea Selatan | 13 | 15 | 33 | 61 |
4 | Denmark | 11.5 | 15 | 41 | 67.5 |
5 | Jepun | 9 | 9 | 21 | 39 |
6 | Thailand | 3 | 2 | 5 | 10 |
7 | Sepanyol | 3 | 1 | 0 | 4 |
8 | England | 2.5 | 8.5 | 13 | 24 |
9 | Malaysia | 1 | 8 | 14 | 23 |
10 | India | 1 | 4 | 9 | 14 |
11 | Sweden | 1 | 2 | 5 | 8 |
12 | Amerika Syarikat | 1 | 0 | 0 | 1 |
Singapura | 1 | 0 | 0 | 1 | |
14 | Taipei Cina | 0 | 3 | 6 | 9 |
15 | Hong Kong | 0 | 1 | 3 | 4 |
16 | Belanda | 0 | 1 | 1 | 2 |
17 | Scotland | 0 | 0.5 | 1 | 1.5 |
18 | Jerman | 0 | 0 | 5 | 5 |
19 | New Zealand | 0 | 0 | 1 | 1 |
Perancis | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Vietnam | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Jumlah (21 negara) | 140 | 139 | 280 | 559 |
Pembahagian pingat
[sunting | sunting sumber]Perseorangan lelaki
[sunting | sunting sumber]Sehingga edisi 2023 Disebabkan kehilangan kelayakan kerana disyaki melanggar peraturan anti-doping, pemenang pingat perak 2014 Lee Chong Wei telah dilucutkan pingatnya dan dengan itu kiraan pingat tidak bertambah.[4]
Kedudukan | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | China | 14 | 6 | 14 | 34 |
2 | Indonesia | 6 | 7 | 13 | 26 |
3 | Denmark | 4 | 5 | 14 | 23 |
4 | Jepun | 2 | 1 | 1 | 4 |
5 | Thailand | 1 | 1 | 1 | 3 |
6 | Singapura | 1 | 0 | 0 | 1 |
7 | Malaysia | 0 | 4 | 2 | 6 |
8 | India | 0 | 1 | 4 | 5 |
Korea Selatan | 0 | 1 | 4 | 5 | |
10 | Taipei Cina | 0 | 1 | 1 | 2 |
11 | Vietnam | 0 | 0 | 1 | 1 |
Sweden | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Jumlah (12 negara) | 28 | 27 | 56 | 111 |
Perseorangan wanita
[sunting | sunting sumber]Sehingga edisi 2023
Kedudukan | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | China | 15 | 16 | 25 | 56 |
2 | Jepun | 3 | 1 | 4 | 8 |
3 | Sepanyol | 3 | 1 | 0 | 4 |
4 | Indonesia | 2 | 2 | 5 | 9 |
5 | Denmark | 2 | 0 | 3 | 5 |
6 | India | 1 | 3 | 3 | 7 |
7 | Korea Selatan | 1 | 1 | 5 | 7 |
8 | Thailand | 1 | 0 | 1 | 2 |
9 | Taipei Cina | 0 | 2 | 2 | 4 |
10 | England | 0 | 1 | 2 | 3 |
11 | Hong Kong | 0 | 1 | 0 | 1 |
12 | Jerman | 0 | 0 | 4 | 4 |
13 | Belanda | 0 | 0 | 1 | 1 |
Perancis | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Jumlah (14 negara) | 28 | 28 | 56 | 112 |
Beregu lelaki
[sunting | sunting sumber]Sehingga edisi 2023
Kedudukan | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Indonesia | 10 | 6 | 10 | 26 |
2 | China | 8 | 4 | 11 | 23 |
3 | Korea Selatan | 5 | 6 | 8 | 19 |
4 | Denmark | 2 | 4 | 7 | 13 |
5 | Malaysia | 1 | 4 | 11 | 16 |
6 | Jepun | 1 | 2 | 3 | 6 |
7 | Amerika Syarikat | 1 | 0 | 0 | 1 |
8 | England | 0 | 2 | 2 | 4 |
9 | Sweden | 0 | 0 | 2 | 2 |
10 | Taipei Cina | 0 | 0 | 1 | 1 |
India | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Jumlah (11 negara) | 28 | 28 | 56 | 112 |
Beregu wanita
[sunting | sunting sumber]Sehingga edisi 2023
Kedudukan | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | China | 23 | 13 | 16 | 52 |
2 | Jepun | 3 | 3 | 10 | 16 |
3 | Korea Selatan | 1 | 5 | 12 | 18 |
4 | England | 1 | 1 | 3 | 5 |
5 | Indonesia | 0 | 3 | 4 | 7 |
6 | Denmark | 0 | 1 | 7 | 8 |
7 | Sweden | 0 | 1 | 1 | 2 |
8 | Belanda | 0 | 1 | 0 | 1 |
9 | Taipei Cina | 0 | 0 | 1 | 1 |
Thailand | 0 | 0 | 1 | 1 | |
India | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Jumlah (11 negara) | 28 | 28 | 56 | 112 |
Beregu campuran
[sunting | sunting sumber]Sehingga edisi 2023
Kedudukan | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | China | 10 | 10 | 17 | 37 |
2 | Korea Selatan | 6 | 2 | 4 | 12 |
3 | Indonesia | 5 | 2 | 5 | 12 |
4 | Denmark | 3.5 | 5 | 10 | 18.5 |
5 | England | 1.5 | 4.5 | 6 | 12 |
6 | Thailand | 1 | 1 | 2 | 4 |
7 | Sweden | 1 | 1 | 1 | 3 |
8 | Jepun | 0 | 2 | 3 | 5 |
9 | Scotland | 0 | 0.5 | 1 | 1.5 |
10 | Hong Kong | 0 | 0 | 3 | 3 |
11 | Taipei Cina | 0 | 0 | 1 | 1 |
New Zealand | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Jerman | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Malaysia | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Jumlah (14 negara) | 28 | 28 | 56 | 112 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "World champion Ratchanok Inthanon also a 'devoted' kid". The Indian Express. 12 Ogos 2013. Dicapai pada 15 Ogos 2013.
- ^ Hearn, Don (11 Ogos 2013). "WORLDS Finals – Ratchanok youngest ever singles World Champion". Badzine. Dicapai pada 16 Ogos 2013.
- ^ Die Individualweltmeisterschaften im Überblick Diarkibkan 2009-02-12 di Wayback Machine, Badminton.de
- ^ a b "Lee Chong Wei: Badminton star given eight-month ban for doping". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 27 April 2015. Dicapai pada 27 April 2015.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- BWF: Kejohanan Dunia Diarkibkan 2007-06-13 di Wayback Machine