Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Lakshmi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lakshmi

Lakshmi atau Mahalakshmi atau disebut juga Adi Parakshakti (Sanskrit: लक्ष्मी lakṣmī) adalah dewi kekayaan dan cinta kasih untuk agama Hindu. Gambaran Lakshmi (atau Shridevi Niladevi Bhudevi Vrajadevi) juga dijumpai di monumen-monumen agama Jain dan Buddha, selain daripada di kuil-kuil Hindu. Lakshmi adalah permaisuri dewa Vishnu dan mengahwini salah satu penjelmaan semula Vishnu, iaitu Rama (di mana dia menjelma semula sebagai Vedavati dan Sita) dan dengan Krishna sebagai Radhika dan Rukmini istri istri Krishna sekaligus Permaisuri Agungnya dan Permaisuri Utamanya.

Kemunculan dewi Lakshmi berkaitan dengan sebuah cerita zaman silam. Durvasa, seorang pendeta yang panas darah pernah pada suatu ketika mempersembahkan kepada Indra, raja segala dewa, sekalung bunga yang tidak akan layu. Indra memberi kalungan bunga itu kepada gajahnya Airavata. Pendeta Darvasa dapati yang gajah Indra telah memijak kalungan bunganya dan menyumpah Indra kerana tidak menunjukkan hormat kepadanya. Pendeta itu menyumpah Indra dan dewa-dewa yang lain yang mereka akan kehilangan segala kuasa mereka kerana menjadi bongkak kerananya. Disebabkan sumpahan itu, dewa-dewa itu diusir dari syurga.

Dewa-dewa ini cuba mendapat pertolongan dari dewa Brahma yang menyuruh mereka menggodak lautan susu, Ksheersagar untuk mendapatkan nektar kehidupan abadi. Dewa-dewa ini kemudian pergi ke dewa Vishnu untuk mendapat bantuannya. Vishnu menggunakan pertolongan Kurma si Kura-Kura, Manthara Parvata (gunung) sebagai alat penggodak, dan Vasuki sebagai tali penggodak untuk membantu mereka melakukan tugas itu.

Dari lautan susu yang bergodak itu timbul dewi Lakshmi yang kemudian memilih Vishnu sebagai suaminya. Disebabkan ini, Lakshmi juga digelar "Anak Perempuan Lautan". Bersama Lakshmi juga timbul bulan yang merupakan saudara Laskhmi dan dewi malapetaka Alakshmi, kakaknya. [1][2]

Menurut kitab Vishnu Purana, Lakshmi adalah anak perempuan Bhrigu dan Khyaati dan duduk di Swarga tetapi disebabkan sumpahan pendeta Durvasa, dia meninggalkan Swarga dan tinggal di Ksheersagar, lautan susu itu.

  1. ^ Pattanaik, Devdutt. Lakshmi: The Goddess of Wealth and Fortune-An Introduction. Vakils Feffer & Simons Ltd, 2003 (ISBN 81-87111-58-5)
  2. ^ Pattanaik, Devdutt. Lakshmi: Or how my Kaamwali came to be named so?. Vakils Feffer & Simons Ltd, 2005 (ISBN 8187134385)