Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Lemon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lemon
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. limon
Nama binomial
Citrus limon
Pengeluaran buah lemon and limau nipis pada 2012
Sinonim[1]
Senarai
  • Citrus × aurantium subsp. bergamia (Risso & Poit.) Engl.
  • Citrus aurantium subsp. bergamia (Risso) Wight & Arn.
  • Citrus aurantium var. bergamia (Risso) Brandis
  • Citrus × aurantium var. mellarosa (Risso) Engl.
  • Citrus × bergamia Risso & Poit.
  • Citrus × bergamia subsp. mellarosa (Risso) D.Rivera & al.
  • Citrus × bergamota Raf.
  • Citrus × limodulcis D.Rivera, Obón & F.Méndez
  • Citrus × limonelloides Hayata
  • Citrus × limonia Osbeck
  • Citrus × limonia var. digitata Risso
  • Citrus × limonum Risso
  • Citrus medica var. limon L.
  • Citrus medica f. limon (L.) M.Hiroe
  • Citrus medica f. limon (L.) Hiroë
  • Citrus medica subsp. limonia (Risso) Hook. f.
  • Citrus × medica var. limonum (Risso) Brandis
  • Citrus × medica subsp. limonum (Risso) Engl.
  • Citrus medica var. limonum (Risso) Brandis
  • Citrus × mellarosa Risso
  • Citrus × meyeri Yu.Tanaka
  • Citrus × vulgaris Ferrarius ex Mill.
  • Limon × vulgaris Ferrarius ex Miller

Lemon (Jawi: ليمون , nama botani: Citrus limon) ialah pokok kecil dalam keluarga Rutaceae yang malar hijau dan juga mengeluarkan sejenis buah limau bujur yang berwarna kuning dan tebal kulitnya serta masam rasanya. Ia berasal dari Asia, paling utamanya di Assam barat laut India, utara Myanmar atau China.[2]

Buahnya diperah untuk mendapatkan jus yang istimewa dan bahan penting dalam makanan, minuman dan perubatan.[2] Isi dan kulitnya juga digunakan dalam masakan dan tujuan lain. Jus lemon mempunyai 5% hingga 6% asid sitrik dengan pH 2.2 yang menyebabkan rasanya masam.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Perkataan lemon diserap daripada bahasa Perancis Kuno limon daripada bahasa Itali limone daripada bahasa Arab ليمونlaymūn atau līmūn berasal daripada kata bahasa Parsi لیمو līmū.[3] Kata bahasa Parsi ini seasal dengan kata nimbū dalam bahasa Sanskrit yang boleh jadi diserap daripada kata bahasa Melayu "limau"[4] daripada akar Melayu-Polinesia Barat *limaw yang sama maksudnya.[5]

Asal tepat dari lemon masih misteri, walaupun dianggap secara meluas bahawa lemon pertama tumbuh di India, utara Burma dan China.[2][6][7] Di Asia Tenggara dan Selatan, ia dikenali kerana sifat antiseptik dan digunakan sebagai penawar untuk pelbagai racun. Lemon masuk ke Eropah (di dekat Itali selatan) paling lambat pada abad ke-1 Masihi, pada masa Rom Kuno. Namun, tidak banyak yang ditanam. Lemon kemudian diperkenalkan ke Parsi dan kemudian ke Iraq dan Mesir sekitar tahun 700 Masihi.[2]

Lemon pertama kali tercatat dalam kesusasteraan dalam risalah Arab abad ke-10 mengenai pertanian, dan juga digunakan sebagai tanaman hias di kebun Islam awal. Ia diedarkan secara meluas di seluruh dunia Arab dan wilayah Mediterranean antara 1000 dan 1150 M. Asal genetik lemon bagaimanapin, dilaporkan merupakan hibrid antara oren pahit dan sitron.

Penanaman lemon besar pertama di Eropah bermula di Genoa pada pertengahan abad ke-15. Buah lemon kemudian diperkenalkan ke Amerika tahun 1493 ketika Christopher Columbus membawa biji lemon ke Hispaniola sepanjang perjalanan itu. Penaklukan Empayar Sepanyol di seluruh Dunia Baru membantu menyebarkan biji lemon yang ditanam dan digunakan sebagai perhiasan dan ubat. Pada abad-abad ke-18 dan 19, lemon semakin banyak ditanam di Florida dan California.[2]

Pada 1747, ujian James Lind pada pelaut yang menderita penyakit skurvi melibatkan penambahan vitamin C dalam diet mereka dengan jus lemon.[8]

Baka 'Bonnie Brae' berbentuk segi empat panjang, halus, berkulit nipis dan tanpa biji. Ia kebanyakannya ditanam di San Diego County, Amerika Syarikat.[9] 'Eureka' tumbuh dengan banyak sepanjang tahun. Ia dikenali sebagai gedung lemon dan juga sebagai 'Four Seasons' (Quatre Saisons) kerana kemampuannya menghasilkan buah dan bunga sepanjang tahun. Varieti ini juga tersedia sebagai tumbuhan untuk para pelanggan domestik. Terdapat juga lemon Eureka dengan isi berwarna merah jambu manakala kulit luarnya pula berwarna hijau dan kuning.

Lemon Lisbon hampir sama dengan Eureka dan merupakan satu lagi gedung lemon yang biasa. Ia lebih halus daripada Eureka, mempunyai kulit yang lebih nipis dan biji yang kurang atau tidak ada langsung. Ia menghasilkan lebih banyak jus daripada Eureka, secara am.

Baka 'Femminello St. Teresa' atau 'Sorrento'[10] berasal dari Itali. Kulit buah ini mengandungi kandungan minyak lemon yang tinggi. Buah ini merupakan jenis yang digunakan secara tradisional dalam pembuatan "limoncello".

Yen Ben' merupakan sejenis kultivar Australasia.[11]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Citrus limon (L.) Osbeck". World Flora Online. The World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 23 Julai 2022.
  2. ^ a b c d e Morton, Julia F. (1987). "Fruits of Warm Climates". Miami, FL.: Purdue University Center for New Crops and Plant Products. m/s. 160–168.
  3. ^ Douglas Harper. "lemon". Online Etymology Dictionary.
  4. ^ Blench, Roger (2008). "A history of fruits on the Southeast Asian mainland" (PDF). Occasional Paper 4: Linguistics, Archaeology and the Human Past. Cambridge, UK: Kay Williamson Educational Foundation: 115–137. Dicapai pada 19 Januari 2015.
  5. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*limaw — lime, citrus fruit". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 19 Januari 2015.
  6. ^ Wright, A. Clifford. "History of Lemonade".
  7. ^ "The origins". Limmi. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2011.
  8. ^ Lind, James (1757). "Case 3: Naval Medicine: The Fight Against Scurvy". A treatise on the scurvy (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). London: A. Millar. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2009 – melalui Koleksi Sejarah St. Thomas 28.b.9, King's College, London.
  9. ^ Carque, Otto (1923). Rational Diet: An Advanced Treatise on the Food Question. Los Angeles, California: Kessinger Publishing. m/s. 195. ISBN 978-1-4286-4244-7.
  10. ^ "Taste of a thousand lemons". Los Angeles Times. 8 September 2004. Dicapai pada 19 September 2021.
  11. ^ "New Zealand Citrus". ceventura.ucdavis.edu. Dicapai pada 13 Jun 2010.