Lotek
Penampilan
Lotek (Tulisan Sunda Baku: ᮜᮧᮒᮦᮊ᮪, Loték, bahasa Jawa: Lothèk) adalah makanan dari Jawa Barat yang mudah dijumpai di seluruh Jawa Barat.[1] Pada pandangan pertama, lotek ini hampir mirip dengan Gado-gado, yang merupakan makanan dalam bentuk rebusan sayur-sayuran segar yang dibasahi dalam bentuk sos cili yang dicampur dengan kuah kacang.
Keunikannya ialah tempe sering ditambahkan ke dalam kuah kacang dan bumbu ditambah dengan pes udang, gula perang dan bawang putih. Secara umum, lotek amat berbeza daripada pecal, ketoprak atau gado-gado.[2]
Lotek dapat disajikan dengan lontong atau nasi hangat, disertai dengan keropok dan bawang goreng.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Rencana ini diterjemahkan dari Wikipedia bahasa Indonesia, Wikipedia bahasa Sunda dan Wikipedia bahasa Jawa.
- ^ (Indonesia) Lotek, Makanan Tradisional Sunda yang Tak Lekang oleh Waktu
- ^ (Indonesia) Perbedaan Gado-Gado, Lotek, Karedok dan Ketoprak. Sudah Tahu?
- ^ (Indonesia) Lotek, Peluang Perniagaan Masih Dibuka
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikibuku mempunyai maklumat lanjut berkenaan topik: Lotek |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Lotek. |