Markas Medan Bersepadu
Markas Medan Bersepadu atau Unified Combatant Command (UCC) ialah sebuah markas pemerintahan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang merangkumi pasukan-pasukan tentera dari dua Jabatan Tentera dan mempunyai misi yang luas dan berterusan. Pemerintahan-pemerintahan ini ditubuhkan bagi menyediakan perintah dan kawal angkatan tentera AS secara efektif, tanpa menghiraukan cabang perkhidmatan, di masa aman dan perang. Ia disusun mengikut asas geografi (dikenali sebagai "Kawasan Tanggungjawab", (Area of Responsibility-AOR) atau mengikut asas kefungsian. UCC merupakan markas pemerintahan "bersama" dengan lencana spesifik yang melambangkan penggabungan mereka.
Pelan Markas Bersepadu atau Unified Command Plan (UCP) dikemaskini setiap tahun sempena DOD Tahun Fiskal dan boleh mengubah suai kawasan tanggungjawab atau penjajaran pemerintahan medan atau tugasan. Sehingga bulan Ogos 2019, terdapat sebelas markas Pemerintahan Medan Bersepadu sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 10 dan UCP tahunan terkini. Tujuh mempunyai tanggungjawab serantau (bergeografi), dan empat mempunyai tanggungjawab kefungsian (fungsional). Setiap kali Pelan Pemerintahan Bersepadu dikemaskini, penganjuran pemerintahan medan dikaji untuk kecekapan dan keberkesanan tentera, serta berketerampilan dengan dasar negara.
Setiap pemerintahan bersepadu dipimpin oleh seorang Panglima Medan atau Combatant Commander (CCDR), yang berpangkat Jeneral atau Laksamana empat bintang. CCDR menggerakkan combatant command (COCOM), sejenis kuasa perintah yang tidak boleh dipindah milik ke atas tentera yang ditugaskan, tanpa mengira cabang perkhidmatan, yang hanya diperuntukkan pada CCDR oleh undang-undang persekutuan dalam 10 U.S.C. 10 / 164.html § 164 . Rantaian Pemerintah bagi tujuan operasi (mengikut Akta Goldwater–Nichols) bermula dari Presiden menerusi Setiausaha Pertahanan ke Panglima-Panglima Medan.
Markas medan bergeografi
[sunting | sunting sumber]- Empat markas medan bergeografi mempunyai ibupejabat yang terletak diluar kawasan tanggungjawab geografi mereka.
Lambang | Markas | Akronim | Ditubuhkan | Ibupejabat |
---|---|---|---|---|
Markas Afrika Amerika Syarikat | USAFRICOM | Oktober 1, 2008[1] | Berek Kelley, Stuttgart, Jerman | |
Markas Tengah Amerika Syarikat | USCENTCOM | Januari 1, 1983 | Pangkalan Udara MacDill, Florida | |
Markas Eropah Amerika Syarikat | USEUCOM | Ogos 1, 1952 | Berek Patch, Stuttgart, Jerman | |
Markas Indo-Pasifik Amerika Syarikat | USINDOPACOM | Januari 1, 1947 | Kem H. M. Smith, Hawaii | |
Markas Utara Amerika Syarikat | USNORTHCOM | Oktober 1, 2002 | Pangkalan Udara Peterson, Colorado | |
Markas Selatan Amerika Syarikat | USSOUTHCOM | Jun 6, 1963 | Doral, Florida | |
Markas Angkasa Amerika Syarikat | USSPACECOM | September 1985[2] | Pangkalan Udara Peterson, Colorado (sementara)[3][4] |
Markas medan fungsional
[sunting | sunting sumber]Lambang | Markas | Akronim | Ditubuhkan | Ibupejabat |
---|---|---|---|---|
Markas Siber Amerika Syarikat | USCYBERCOM | Mei 4, 2018[5] | Fort George G. Meade, Maryland | |
Markas Operasi Khas Amerika Syarikat | USSOCOM | April 16, 1987 | Pangkalan Udara MacDill, Florida | |
Markas Strategik Amerika Syarikat | USSTRATCOM | Jun 1, 1992 | Pangkalan Udara Offutt, Nebraska | |
Markas Pengangkutan Amerika Syarikat | USTRANSCOM | Julai 1, 1987 | Pangkalan Udara Scott, Illinois |
Kawasan lindungan UCC mengikut negara
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Pentagon - (Ibupejabat Jabatan Pertahanan AS)
- Angkatan Tentera Amerika Syarikat
- Tentera Darat Amerika Syarikat
- Tentera Udara Amerika Syarikat
- Tentera Laut Amerika Syarikat
- Kor Marin Amerika Syarikat
- Biro Pengawal Kebangsaan
- Pengawal Pantai Amerika Syarikat
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Note: U.S. Africa Command was established on October 1, 2007 as a sub-unified command under U.S. European Command. It separated from U.S. European Command and was elevated to full unified command status on October 1, 2008.
- ^ Note: U.S. Space Command was originally established as a unified combatant command in September 1985. It was disestablished in Oktober 2002 and reestablished on Ogos 29, 2019.
- ^ http://www.airforcemag.com/Features/Pages/2019/August%202019/US-Space-Command-Takes-Reins-on-Space-Ops-But-Questions-Remain.aspx
- ^ https://www.spacecom.mil/MEDIA/NEWS-ARTICLES/Article/1948103/us-space-command-establishment-ceremony-launches-new-era-of-space-superiority-c/
- ^ Note: U.S. Cyber Command was established on June 23, 2009 as a sub-unified command under U.S. Strategic Command. It separated from U.S. Strategic Command and was elevated to full unified command status on May 4, 2018.
- ^ ISO 3166-1 alpha-2
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 10 U.S.C. § 161.
- "AFRICOM FAQs". United States Africa Command. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2010. Dicapai pada 27 August 2010.
- "DefenseLINK - Unified Command Plan". United States Department of Defense. Dicapai pada 15 January 2009.
- Holder, Leonard; Murray, Williamson (Spring 1998), "Prospects for Military Education", Joint Force Quarterly, 18, diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-20, dicapai pada 2021-08-30
- Joint Chiefs of Staff (20 December 1977). "History of the Unified Command Plan, 1946-1977" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 28 May 2010. Dicapai pada 21 August 2010.
- Joint Chiefs of Staff (July 1985). "History of the Unified Command Plan, 1977-1983" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 28 May 2010. Dicapai pada 21 August 2010.
- "Joint Publication 1, Doctrine for the Armed Forces of the United States" (PDF). Joint Chiefs of Staff. 20 March 2009. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 October 2011. Dicapai pada 22 August 2009.
- "Joint Publication 1-02, Department of Defense Dictionary of Military and Associated Terms" (PDF). Joint Chiefs of Staff. 31 January 2011. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-02-28. Dicapai pada 24 March 2011.
- "Joint Warfighting Center History". United States Joint Forces Command. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2006. Dicapai pada 6 February 2007.
- "Specified Command". Naval Advancement. Dicapai pada 21 August 2016.
- Story, William C. (21 June 1999). "Military Changes to the Unified Command Plan: Background and Issues for Congress" (PDF). Congressional Research Service. Dicapai pada 22 August 2010.
- "US Creating New Africa Command To Coordinate Military Efforts". United States Department of State. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2012. Dicapai pada 12 August 2013.
- "U.S. Central Command Area of Responsibility Countries". USCENTCOM. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 August 2013. Dicapai pada 12 August 2013.
- "The Region EUCOM, Stronger Together". USEUCOM. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 August 2013. Dicapai pada 12 August 2013.
- "USNORTHCOM 101". NRT. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2014. Dicapai pada 12 August 2013.
- "ADM Keating's Letter" (PDF). USPACOM. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-10-11. Dicapai pada 12 August 2013.
- "Area of Responsibility (USSOUTHCOM)". USSOUTHCOM. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 August 2013. Dicapai pada 12 August 2013.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Markas Medan Bersepadu. |
- Interactive Map - US Africa Command (USAFRICOM) area of operation from the United States Army Africa
- Unified Command Plan Diarkibkan 2010-08-28 di Wayback Machine Department of Defense
- Unified Command Plan GlobalSecurity.org