Minah Hashim
Minah Hashim | |
---|---|
Kelahiran | Aminah binti Hashim 1927 |
Meninggal dunia | 1973 (berumur 45–46) Johor, Malaysia |
Sebab kematian | Kencing manis |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6 Muar, Johor |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1963–1973 |
Terkenal kerana | Watak Mak Minah dalam filem Masam-Masam Manis |
Pasangan | Hashim Sukor |
Anak-anak | 3 |
Aminah Hashim atau lebih dikenali sebagai Minah Hashim (1927 – 1973) merupakan seorang pelakon seniwati Melayu. Beliau dikenali setelah membintangi filem Masam-Masam Manis arahan P. Ramlee.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Mak Minah atau nama sebenarnya Aminah binti Hashim dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1927. Dia mula bergiat aktif di pentas bangsawan pada usia 11 tahun. Salah satu grup bangsawan yang disertainya ialah Bangsawan Aman Belon.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Mak Minah mengikat kontrak dengan Studio Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 1963. Tahun itu saja Mak Minah telah berlakon sebagai 4 buah filem di mana filem pertamanya berjudul Tangkap Basah, diikuti dengan Fajar Menyingsing, Ibu Ayam, dan Anak Manja. Selepas itu, Mak Minah terus berlakon dalam filem Tun Mandan, Hujan Darah, Jauh Di Mata, Sitora Harimau Jadian, Dajal Suchi, Masam-Masam Manis, Ragam P. Ramlee, Bumiputra, Gadis Langkawi, Do Re Mi, Keluarga 69, Anak Bapak, Ahmad Albab, Kanchan Tirana, Enam Jahanam, Keranda Jingga, Kembang Layu, Gelora dan terakhir Putus Sudah Kaseh Sayang.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1973 di usia 45 atau 46 tahun akibat kencing manis. Minah Hashim dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6 Muar, Johor.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1963 | Tangkap Basah | Filem pertama, pelakon tambahan | |
Fajar Menyinsing | |||
Ibu Ayam | |||
Anak Manja | |||
1964 | Tun Mandan | Chik Sembok | |
Jauh Di Mata | |||
Sitora Harimau Jadian | Tok Bomoh | ||
Ragam P. Ramlee | Mak | Segmen: "Damaq" | |
1965 | Hujan Darah | ||
Masam-Masam Manis | Mak Minah | ||
Dajal Suchi | Tok Bomoh @ Nenek | ||
Bumiputra | |||
1966 | Gadis Langkawi | ||
Do Re Mi | Ibu Minah | ||
1967 | Keluarga 69 | Timah | |
1968 | Ahmad Albab | Ibu Syawal | |
Anak Bapak | Mak Halimah | ||
1969 | 6 Jahanam | Isteri Saranggabuana | |
Kanchan Tirana | Isteri Pendekar Sahamboi | ||
Keranda Jingga | Isteri Sarangga | ||
1970 | Kembang Layu | ||
Gelora | |||
1971 | Putus Sudah Kaseh Sayang | Pekerja Kelab Malam | Filem terakhir |