Dajal Suchi
Dajal Suchi | |
---|---|
Pengarah | Dhiresh Ghosh |
Dibintangi | |
Muzik oleh | P. Ramlee |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
Tarikh tayangan | 1965 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Dajal Suchi merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1965. Filem Dajal Suchi diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Pengarah
[sunting | sunting sumber]P. Ramlee dikatakan pada mulanya berhasrat untuk mengarah filem ini dengan Tajuk "Syaitan Ke Syurga". Ketika menyiapkan skrip filem ini dengan dibantu oleh Yusnor Ef, Dhiresh Ghosh yang ketika itu baru berpindah dari MFP ke Studio Merdeka setelah diambil alih (dibeli) oleh Shaw Brothers, berminat untuk mengarahkan filem itu dan ditukar tajuknya kepada "Dajal Suchi" Filem Dajal Suchi kemudiannya diarah oleh pengarah Dhiresh Ghosh pada 1965.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Ceritanya mengenai seorang budak bernama Sulaiman. Mukanya cacat. Dia disisih oleh orang-orang kampung kerana mereka percaya dia membawa sial. Pada hari dia dilahirkan sekumpulan nelayan yang turun ke laut mati akibat ribut taufan. Mereka tidak menghiraukan amaran pihak berkuasa tetapi sebaliknya percayakan cakap bomoh kampung yang mengatakan tiada ribut akan berlaku. Apabila orang kampung marah kepada bomoh itu, dia menunjukkan kepada mereka Sulaiman yang mukanya cacat. Bomoh itu menuduh bahawa ribut itu akibat sial yang dibawa oleh Sulaiman.
Selepas beberapa tahun menderita kesempitan hidup, Melati (ibu Sulaiman) menerima "tawaran" pergi ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai "anak joget" demi mencari rezeki. Lelaki (Budiman) yang membawanya sebenarnya berniat buruk terhadap dirinya. Budiman melarang Melati membawa Sulaiman ke Kuala Lumpur. Selepas Pak Cik Musa (seorang daripada nelayan yang terselamat daripada ribut taufan itu) menawarkan untuk menjaga Sulaiman, Melati pun pergilah ke Kuala Lumpur bersama Budiman.
Dipendekkan cerita, Melati "berjaya" dalam bidang joget dan kemudian menjadi penyanyi bergaji 500 ringgit sebulan, disediakan rumah besar dan orang gaji. Lama-kelamaan dia terbawa-bawa dengan hidup di Kuala Lumpur hinggakan tidak lagi menulis surat kepada Sulaiman di kampung.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Sophia Ibrahim sebagai Melati
- Ali Rahman sebagai Ghazali
- Mahmud Jun sebagai Pak Cik Musa
- Abdul Ghani Aziz sebagai Sulaiman @ Leman
- Minah Hashim sebagai Tok Bomoh @ Nenek
- Idris Hashim sebagai Alang
- Badariah sebagai Intan
- Darus Shah
- P. Ramlee sebagai Penyanyi undangan
- Saloma sebagai Penyanyi undangan
Runut
[sunting | sunting sumber]- Lagu Kisah Mahjong (P Ramlee)
- Lagu Madahku (P. Ramlee)
- Harapan Bonda (Saloma)