Sophia Ibrahim
Sophia Ibrahim | |
---|---|
Kelahiran | Safiah binti Ibrahim 20 Januari 1948 Negeri-Negeri Selat (kini Singapura) |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
Tahun aktif | 1963–kini |
Anak-anak | 4 (termasuk Hairee Kool) |
Ibu | Siti Mariam Syed Abdul Rahman |
Bapa | Ibrahim Abu Hassan |
Saudara |
|
Safiah "Sophia" Ibrahim (lahir pada 20 Januari 1948 di Singapura) adalah seorang seniwati.
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Sophia berasal dari keluarga anak wayang kerana arwah datuknya, Aman Belon mempunyai grup bangsawan tahun 1950-an. Aman Belon sezaman dengan kumpulan bangsawan Wayang Kasim, Bangsawan Zanibar Royal Theaterical Company of Singapore ; dan Yap Chow Tong Opera. Antara pelakon Bangsawan ketika itu ialah Khairuddin Thairo dan Wan Yet Al-Kaf.[1]
Sophia Ibrahim tidak pernah merasa kekok untuk bergelar anak wayang. Beliau anak sulung daripada 10 orang adik beradik. Beliau mempunyai empat orang anak dan nenek kepada lapan orang cucu. Kini mereka tinggal di rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Adiknya penyanyi popular 1970-an 80an, Datuk Khadijah Ibrahim (Khaty) manakala Adik lelakinya yang juga penyanyi dan pelakon 1970-an Latif Ibrahim meninggal dunia pada 20 Februari 2012.
Lakonan
[sunting | sunting sumber]Selama empat tahun beliau berlakon dalam filem-filem Melayu terbitan Studio Merdeka di, Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Filem pertama lakonan Sophia ialah Ragam P. Ramlee (1964) sebagai Safiah, pendukung watak utama dalam filem tersebut walaupun umur beliau ketika itu hanya lima belas tahun serta salah satu pelakon tambahan daripada golongan remaja atau belia pada zaman itu.
1965 berlakon filem Dajal Suchi. Tahun 1970, bersama rakan seangkatannya, Datuk Sarimah Ahmad sebagai pelakon utama menerusi filem Dr. Rushdi. Filem lain ialah Cinta 200 Ela (2002), Pontianak Harum Sundal Malam (2004) serta dua filem arahan Aziz M. Osman, Puteri Impian dan Puteri Impian 2.
Nyanyian
[sunting | sunting sumber]Sophia atau 'Mummy' menyanyi di kelab-kelab malam, bermula di kelab Kowloon dan kerjaya itu seiring dengan lakonan.[2]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1963 | Jambatan Maut | Hamidah | Filem pertama |
1964 | Ragam P. Ramlee | Safiah | Segmen: "Mintak Nombor Ekor" |
Jauh Di Mata | Hasnah | ||
1965 | Dajal Suchi | Melati | |
Bumiputra | |||
1966 | Gadis Langkawi | ||
1970 | Dr. Rushdi | Mariana | |
1997 | Puteri Impian | Permaisuri / Bonda | |
1998 | Iman Alone | Hajjah Takyah | |
Puteri Impian 2 | Bonda | ||
2002 | Cinta 200 Ela | Datin | |
2004 | Pontianak Harum Sundal Malam | Datin | |
2021 | Budak Kripto | Datin Mira | |
2023 | Imam | Hajah Syamsiah |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Tanah Kubur (Musim 2) | Mak Wan | Astro Oasis | Episod: "Tak Bayar Zakat" |
2022 | Juliet | Matilda | TV1 |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1992 | Duri-duri Bandaraya | TV3 |