Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Muhammadiyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muhammadiyah
Persyarikatan Muhammadiyah (id) Sunting nilai ini di Wikidata
Kerangka
Jenis/bentuk sahOrganisasi Masyarakat Islam
TujuanKeagamaan, pendidikan, dan sosial
IndustriReligious congregations and associations Sunting ini di Wikidata
Keanggotaan 50 juta
Tapak webmuhammadiyah.or.id
Sejarah
Dibentuk8 Zulhijah 1330 H (18 November 1912; 112 tahun yang lalu (1912-11-18)) di Kota Yogyakarta Sunting ini di Wikidata
PengasasK.H. Ahmad Dahlan
Pengurusan
Ketua UmumProf. Dr. KH. Haedar Nashir, M.Si. [id]
Lokasi
Ibu pejabat
Lokasi
Kawasan perkhidmatanIndonesia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Muhammadiyah ialah sebuah organisasi Islam yang besar di Indonesia. Nama organisasi ini diambil dari nama Nabi Muhammad SAW, sehingga Muhammadiyah juga dapat dikenal sebagai orang-orang yang menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW. Muhammadiyah memiliki arti pengikut Nabi Muhammad.

Tujuan utama Muhammadiyah ialah mengembalikan seluruh penyimpangan yang terjadi dalam proses dakwah. Penyimpangan ini sering menyebabkan ajaran Islam bercampur dengan adat di kawasan tertentu kerana alasan adaptasi.

Gerakan Muhammadiyah dicirikan oleh semangat membina ketertiban sosial dan pendidikan awam yang lebih maju dan berpendidikan. Menunjukkan ajaran Islam bukan hanya agama yang bersifat peribadi dan statik, tetapi dinamis dan diposisikan sebagai sistem kehidupan manusia dalam semua aspeknya.

Dalam pembentukannya, Muhammadiyah banyak memperhatikan perintah Al-Quran, termasuk surah Ali 'Imran ayat 104 yang berbunyi: (dalam Bahasa Indonesia) Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. Ayat tersebut menurut tokoh-tokoh Muhammadiyah, ini mengandungi isyarat untuk pergerakan umat dalam melaksanakan dakwah Islam secara terorganisasi, yang juga mengandungi penegasan mengenai kehidupan berorganisasi. Maka dalam poin ke-6 Muqaddimah dari Tataurusan Muhammadiyah dinyatakan, (dalam Bahasa Indonesia) melancarkan amal-usaha dan perjuangan dengan ketertiban organisasi, yang bermakna kepentingan organisasi sebagai alat pergerakan yang diperlukan.

Sebagai dampak positif dari organisasi ini, sekarang ada banyak hospital, panti asuhan, dan pusat pendidikan di seluruh Indonesia.

Pusat Dakwah Muhammadiyah di Jakarta

Muhammadiyah didirikan di Kampung Kauman Yogyakarta pada 8 Dzulhijjah 1330 H/18 November 1912 oleh Muhammad Darwis yang kemudian dikenali sebagai K.H. Ahmad Dahlan.

Beliau adalah pegawai kesultanan Keraton Yogyakarta sebagai seorang khatib dan sebagai pedagang. Melihat keadaan umat Islam pada waktu itu dalam keadaan jumud, beku dan penuh dengan amalan-amalan yang bersifat mistik, beliau tergerak hatinya untuk mengajak mereka kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Oleh kerana itu beliau memberikan pengertian keagamaan di rumahnya di tengah kesibukannya sebagai Khatib dan pedagang.

Semula ajaran ini ditolak, namun berkat ketekunan dan kesabarannya, akhirnya mendapat sambutan dari keluarga dan rakannya. Profesinya sebagai pedagang sangat mendukung ajakan beliau, sehingga dalam waktu singkat ajakannya menyebar ke luar kampung Kauman bahkan sampai ke luar daerah dan ke luar daripada Pulau Jawa. Untuk mengorganisasi kegiatan tersebut maka didirikan Persyarikatan Muhammadiyah. Dan kini Muhammadiyah telah ada di seluruh penjuru negeri.

Di samping memberikan pelajaran/pengetahuannya kepada laki-laki, beliau juga memberi pelajaran kepada kaum perempuan muda dalam forum pengajian yang disebut "Sidhratul Muntaha". Pada siang hari pelajaran untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Pada malam hari untuk kanak-kanak yang telah dewasa.

Di samping memberikan kegiatan kepada laki-laki, pengajian kepada ibu-ibu dan kanak-kanak, beliau juga mendirikan sekolah-sekolah. Tahun 1913 sampai tahun 1918 beliau telah mendirikan sekolah dasar sejumlah 5 buah, pada tahun 1918 mendirikan Hogere School Muhammadiyah ialah sekolah lanjutan semula namanya Al-Qismul Arqa. Tahun 1921 diganti namanya menjadi Kweek School Muhammadiyah, tahun 1923, dipecah menjadi dua, laki-laki sendiri perempuan sendiri, dan akhirnya pada tahun 1930 namanya diubah menjadi Muallimin dan Muallimat

Organisasi autonomi

[sunting | sunting sumber]

Muhammadiyah juga memiliki beberapa organisasi autonomi, yaitu:

Senarai Pemimpin Muhammadiyah

[sunting | sunting sumber]
# Foto Nama Masa Jabatan Tempat Musyawarah
1. K.H. Ahmad Dahlan 1 Agustus 1912–23 Februari 1923 Yogyakarta
2. K.H. Ibrahim 23 Februari 1923–13 Oktober 1932 Yogyakarta
3. K.H. Hisyam 10 November 1934-20 Mei 1936 Yogyakarta
4. K.H. Mas Mansur 25 Jun 1937–25 April 1942 Yogyakarta
5. Ki Bagoes Hadikoesoemo 24 November 1944–4 November 1953 Yogyakarta
6. Buya A.R. Sutan Mansur 4 November 1953–25 Mac 1959 Purwokerto
7. K.H. M. Yunus Anis 25 Mac 1959–3 Jun 1962 Palembang
8. K.H. Ahmad Badawi 3 Jun 1962–25 April 1968 Jakarta
9. K.H. Faqih Usman 25 April 1968–3 Oktober 1968 Palembang
10. K.H. Abdul Rozak Fachruddin 3 Oktober 1968-17 Mac 1971 Fait Accompli
17 Mac 1971–15 Disember 1990 Makasar
11. K.H. Ahmad Azhar Basyir 15 Disember 1990-28 Jun 1995 Yogyakarta
12. Prof. Dr. H. Amien Rais 28 Jun 1995–26 April 1998 Banda Aceh
13. Prof. Dr. H. Ahmad Syafi'i Ma'arif 26 April 1998-31 Mei 2000 Sesi Pleno Tanwir & Mesyuarat
31 Mei 2000–25 November 2005 Jakarta
14. Prof. Dr. K.H. Din Syamsuddin, M.A. 31 Ogos 2005–8 Julai 2010 Malang
8 Julai 2010–6 Mei 2015 Yogyakarta
15. Dr. K.H. Haedar Nashir 7 Mei 2015 – Penyandang jawatan Makassar

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b www.muhammadiyah.or.id. "Kantor"

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]