Mukim Glami Lemi
Glami Lemi | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Jelebu |
Pentadbiran | |
• Jenis | Tempatan |
• Badan | Majlis Daerah Jelebu |
• Yang Dipertua | Abdul Rahim A. Aziz |
• Pegawai Daerah | Abdul Rahim A. Aziz |
Keluasan | |
• Jumlah | 143.9 km2 (55.6 batu persegi) |
Penduduk (2010) | 9,675 orang |
• Kepadatan | 67.23/km2 (174.1/batu persegi) |
Mukim Glami Lemi merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Negeri Sembilan.
Negeri Sembilan dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Mukim Glami Lemi merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam Negeri Sembilan, dan juga merupakan satu mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Jelebu.[1]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Glami Lemi merupakan sebuah mukim di daerah Jelebu bersempadan mukim Kenaboi di utara, mukim Hulu Teriang, Kuala Kelawang dan Peradong di selatan serta mukim Ulu Semenyih, Selangor di barat.[1] Mukim ini juga mempunyai keluasan 143.9 kilometer persegi.[2]
Bentuk muka bumi di mukim Glami Lemi ialah tanah tinggi iaitu kebanyakannya di bahagian utara dan timur mukim ini. Antara gunung yang terletak di mukim Glami Lemi ialah Bukit Batu Hangus[3] dan Bukit Rekah Dagang[4].
Demografi
[sunting | sunting sumber]Jumlah penduduk di mukim Glami Lemi ialah seramai 9,675 orang mengikut bancian Malaysia 2010 dengan kepadatan penduduk 67 orang perkilometer persegi dan dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di sini berbangsa Cina iaitu 50.4% peratus dari jumlah penduduk.[2]Majoriti penduduk di sini juga berumur antara 15 hingga 64 tahun.[5]
Kategori | Kaum | Bilangan |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Cina | 4,731 |
Bumiputera | 4,321 | |
India | 305 | |
Lain-lain | 23 | |
Bukan warganegara | - | 295 |
Peringkat Umur | Bilangan |
---|---|
65 tahun ke atas | 864 |
15 hingga 64 tahun | 6,281 |
0 hingga 14 tahun | 2,530 |