Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Nor Mohamed Yakcop

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nor Mohamed Yakcop
Ahli Majlis Pemulihan Negara
Dalam jawatan
21 Julai 2021 – 21 Disember 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
Anwar Ibrahim
PengerusiMuhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Unit Perancang Ekonomi
Dalam jawatan
10 April 2009 – 5 Mei 2013
Perdana MenteriNajib Razak
Didahului olehAmirsham Abdul Aziz
Digantikan olehAbdul Wahid Omar
Menteri Kewangan Kedua
Dalam jawatan
27 Mac 2004 – 9 April 2009
Perdana MenteriAbdullah Ahmad Badawi
Menteri BesarNajib Razak
Didahului olehJamaluddin Jarjis
Digantikan olehAhmad Husni Hanadzlah
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Tasek Gelugor, Pulau Pinang
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Didahului olehMohd. Shariff Omar
Digantikan olehShabudin Yahaya
Maklumat peribadi
Lahir
Nor Mohamed bin Yakcop

(1947-08-24) 24 Ogos 1947 (umur 77)
Pulau Pinang Pulau Pinang
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganPuan Sri Fawziah Begum Abu Bakar
Anak3
Tempat belajarUniversiti Malaya
Catholic University of Leuven
PekerjaanAhli ekonomi, Ahli politik

Tan Sri Dato' Seri Nor Mohamed bin Yakcop (lahir 24 Ogos 1947) dilahirkan di Pulau Pinang. Beliau dilantik menjadi Senator seterusnya menjawat jawatan Menteri Kewangan Kedua di bawah Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Dato' Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2008, beliau telah menang di parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen hingga Mei 2013. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi) dari 2009 hingga 2013.

Nor Mohamed Yaacop berkahwin dengan Puan Sri Fawziah Begum Abu Bakar, bekas pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mereka mempunyai tiga anak.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau bersekolah di Sekolah St Xavier dan menjadi pengawas sekolah ketika itu. Beliau berulang-alik dengan basikal dari Butterworth ke Georgetown, Pulau Pinang untuk ke sekolah.[1] Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya pada tahun 1972 dan Ijazah Sarjana Ekonomi dalam Pentadbiran Perniagaan daripada Catholic University of Leuven di Belgium pada tahun 1979.

Selepas habis belajar di Tingkatan 6 pada tahun 1968, beliau menerima tiga tawaran kerja iaitu di Bernama, NST dan Bank Negara Malaysia. Bernama ketika itu menawarkan jawatan wartawan kadet, dengan gaji sebanyak RM240, dicampur elaun mesin taip RM30 dan elaun pengangkutan RM30. NST pula menawarkan gaji serupa tapi jawatan yang diberi ialah pemberita, tak begitu glamor bunyinya. Wartawan kadet lebih glamor. Beliau memilih kerani di Bank Negara kerana gaji lebih sedikit iaitu RM328.

Bermula daripada seorang kerani hingga meningkat naik menjadi penasihat khas BNM, bertanggungawab menasihati gabenor BNM mengenai dasar kewangan pada 7 September 1998 hingga 23 April 2000.Beliau berkhidmat di Bank Negara dari 1968-1994 dan menyertai sektor swasta. Beliau kembali ke Bank Negara dari September 1998-Mei 2000.[2]

Antara tugas beliau di Bank Negara ialah memastikan pelaksanaan sistem perbankan Islam di Malaysia, sistem Ar-Rahnu (pajak gadai Islam), memperkenalkan mekanisme pembayaran dua hala di antara Bank Negara Malaysia dan Bank-bank Pusat negara Selatan-Selatan, penubuhan Suruhanjaya Sekuriti, Cagamas Berhad dan Rating Agency Malaysia Berhad.

Kali kedua beliau di Bank Negara, beliau ditugaskan untuk menstrukturkan UEM, MRCB, MAS, Tabung Haji, Johor Corp., KUB, dan syarikat-syarikat keretapi transit aliran ringan (PUTRA dan STAR); mewujudkan skim PROSPER bagi meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang peruncitan.

Beliau pernah menjadi Ahli Lembaga Suruhanjaya Sekuriti, Cagamas Berhad, Malaysia Airlines, Kumpulan Wang Amanah Pencen, Tabung Amanah Warisan Johor dan Pengurusan Pelaburan ASN Berhad.[3]

Menteri Kewangan II

[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Mei 2000, beliau dilantik sebagai penasihat khas ekonomi kepada Perdana Menteri Tun (ketika itu Datuk Seri) Dr. Mahathir Mohamad. Ketika ini berlaku spekulasi mata wang hingga menyebabkan berlakunya Krisis Kewangan Asia (1997-98).

Pada 2002, beliau dilantik sebagai Pengarah Khazanah Nasional - satu entiti bagi menyelamatkan beberapa buah syarikat GLC yang berhadapan Krisis Kewangan 1997-1998 seperti United Engineers Malaysia Berhad dan Malaysia Airline.

Beliau dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Kewangan II dari 2004 hingga 9 April 2009. Kemudian beliau diganti oleh Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dari Tambun, Perak.

Beliau dilantik sebagai Senator di Dewan Negara untuk dua penggal (Januari 2004) dan bertanding di parlimen Tasek Gelugor Pulau Pinang dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008. Beliau menggantikan Datuk Mohd. Shariff Omar di Tasek Gelugor.

Pada April 2009 susulan kepada penstrukturan semula Kabinet, beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerajui Unit Perancang Ekonomi dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta.

Pilihan raya Malaysia 2008

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Nor Md Bin Yakcop menang bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional menentang Ismail Salleh dari PAS di parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Beliau telah menang dengan mendapat undi sebanyak 20448. Calon lawan mendapat 15,901 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 87%. Undi rosak sebanyak 600.

Kehormatan Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Isu kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Little Nor Mohamed

[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Mei 2010, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menafikan penglibatan beliau dalam Pos Malaysia sehingga kerugian RM546 juta dalam tempoh 3 tahun. Kementerian Kewangan tidak dirujuk. Keputusan membeli Transmile Group Berhad dibuat oleh lembaga pengarah Pos Malaysia, termasuk Khazanah Nasional Bhd. Dakwaan Tan Sri Adam Kadir telah dijawab oleh Khazanah.

Beliau bukan ‘little Nor Mohamed’ sebagaimana dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim. Lapan pegawai Melayu daripada Danaharta Bhd. (Danaharta) dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam GLC. Kepintaran mereka menyebabkan negara cuma menanggung kos 2.6 % daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk memulihkan ekonomi berbanding negara lain sebanyak 10 %.[4]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Duty comes first for Nor Mohamed
  2. ^ Menteri Hampir Jadi Wartawan 40 Tahun Lalu
  3. ^ "Biografi Nor Mohamed Yakcop". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-25. Dicapai pada 2012-08-03.
  4. ^ "Saya dianiaya, saya bukan 'Little Nor Mohamed'", The Malaysian Insider. 9 Mei 2010". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-11. Dicapai pada 2010-05-08.

{{#switch:||Kategori=