Rais Yatim
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim PSM; SJMK (Kel); SPMP (Pls); SSAP (Phg); SPNS (NS); SPDK (Sbh) | |
---|---|
Yang di-Pertua Dewan Negara | |
Dalam jawatan 2 September 2020 – 16 Jun 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Didahului oleh | Vigneswaran Sanasee |
Digantikan oleh | Wan Junaidi Tuanku Jaafar |
Ahli Dewan Negara | |
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 16 Jun 2020 – 16 Jun 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Negeri Sembilan | |
Dalam jawatan 18 September 2018 – 7 September 2020 | |
Digantikan oleh | Eddin Syazlee Shith |
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan | |
Dalam jawatan 2009–2013 | |
Didahului oleh | Ahmad Shabery Cheek |
Digantikan oleh | Ahmad Shabery Cheek |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Jelebu | |
Dalam jawatan 1999–2013 | |
Didahului oleh | Yunus Rahmat |
Digantikan oleh | Zainudin Ismail |
Dalam jawatan 1982–1990 | |
Didahului oleh | Abdul Samad Idris |
Digantikan oleh | Ibrahim Sareh |
Dalam jawatan 1974–1978 | |
Didahului oleh | Perlembagaan baharu |
Digantikan oleh | Abdul Samad Idris |
Menteri Besar Negeri Sembilan | |
Dalam jawatan 1978–1982 | |
Didahului oleh | Mansor bin Othman |
Digantikan oleh | Isa Samad |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Pertang | |
Dalam jawatan 1978–1982 | |
Didahului oleh | Aminuddin Abdul Manap |
Digantikan oleh | Abdul Kadir Kassim |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Rais bin Yatim 15 April 1942 Kuala Klawang, Negeri Sembilan, Tanah Melayu British (kini Malaysia) |
Parti politik | GR-S46 (1989-1996) BN-UMNO (1967-1988; 1996–2018) PH-BERSATU (2018-2020) PN-BERSATU (2020- kini) |
Pasangan | Puan Sri Masnah Muhamat |
Anak |
|
Kediaman | Ampang, Selangor |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim (lahir 15 April 1942) merupakan ahli politik Malaysia yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara pada 2 September 2020 lalu.[1] Sebelum itu, beliau ialah menteri di pelbagai kerajaan persekutuan dari 1974 hingga 2013 dan Menteri Besar Negeri Sembilan dari 1978-1982. Beliau memegang kerusi Jelebu di Parlimen Malaysia sehingga 2013.
Beliau mempunyai sejarah perjuangan yang panjang dan merupakan antara tiga tokoh veteran yang kekal relevan serta menjadi rujukan banyak pihak iaitu Rais, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau merupakan tokoh yang dihormati dan mencipta rekod sebagai satu-satunya menteri yang berkhidmat di bawah lima Perdana Menteri sejak tahun 1974. Rais juga merupakan antara Menteri Besar termuda iaitu berusia 36 tahun ketika memimpin Negeri Sembilan.
Memulakan langkah politik, beliau menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan muncul antara pemimpin yang penuh berkarismatik. Dalam politik, Rais menganggap Dato’ Seri Harun Idris sebagai mentor dan Tun Razak pula merupakan Perdana Menteri yang banyak membuka ruang untuk beliau menapak dalam politik. Rais menjadi Timbalan Presiden parti Semangat 46 (1987-1996) susulan pertembungan di antara Team A dan Team B dalam UMNO dan kini bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai Penasihat BERSATU Negeri Sembilan.
Pertembungan Team A dan Team B dalam UMNO itu dianggap sebagai ‘fight of the Titans’ sehingga membawa kepada terjadinya pengharaman UMNO dan tertubuhnya Parti Semangat 46. Selepas kekalahan tipis team B, Rais dan Tengku Razaleigh memilih untuk meletak jawatan Menteri pada 29 April 1987. Keputusan Rais meletak jawatan itu mendapat ulasan daripada Dr. Mahathir. Beliau dilaporkan Utusan Malaysia sebagai berkata: “Saya memahami dan menghargai keputusan peletakan jawatan yang dibuat oleh Rais Yatim. Tidak ada yang berani mengeluarkan pendapat seperti beliau. Dukacita kerana sokongan Rais tidak diberikan kepada saya,”.
Rais juga diingati dengan kenyataan “membakar jambatan” tetapi beliau menjelaskan Team B bukan menentang UMNO, sebaliknya hendak memulihkan UMNO kerana, UMNO bukan milik individu. Bahkan Rais menjelaskan kemudiannya mengenai kenyataan itu dengan rangkap pantun:
Pokok lada tepi tempayan,
Kalau dibakar menjadi abu,
Apa ada pada jambatan,
Kalau terbakar binalah yang baru.
Dalam sejarah politik tanah air, Rais merupakan satu-satunya Menteri yang menjawat Jawatan Menteri Luar sebanyak dua kali. Kepercayaan yang diberikan Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi itu merupakan manifestasi kepada kebolehan serta ketokohan Rais khususnya dalam menterjemahkan dasar-dasar luar Malaysia di samping kepakarannya dalam sesi rundingan.
Beliau juga merupakan Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan (bertaraf Menteri) dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari 2013 hingga 2018.
Rais juga merupakan sosok yang dianggap sebagai tokoh dalam jurusan perundangan dan perlembagaan. Beliau kerap menjadi rujukan dalam isu-isu perundangan dan perlembagaan, memandangkan jurusan undang-undang merupakan sebahagian daripada kepakaran Rais. Malah, tesis Ph.D beliau yang bertajuk Rule Of Law and Executive Supremacy in Malaysia kekal menjadi rujukan akademik sehingga kini.
Tersohor sebagai budayawan, kecintaan Rais terhadap seni dan budaya diakui semua pihak melalui dasar, tindakan serta kenyataannya yang konsisten sejak dulu hingga sekarang. Beliau merupakan sebahagian kecil tokoh yang giat mempertahankan seni sebagai warisan dan ketamadunan bangsa, dengan terbaharu pada 12 April 2021 lalu, dijayakan Pameran Jawi Jiwa Bangsa, Seni Tonggak Budaya yang bersekali dengan pelancaran buku Budi Asas Tamadun, disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam lapangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pula, Rais bertanggungjawab mengasaskan Pertubuhan Anti Dadah Malaysia (PEMADAM) dan menjadi Presiden dari 1976 hingga 1987. Beliau juga merupakan Presiden Persekutuan Pertubuhan Bukan Kerajaan Antarabangsa (IFNGO) dari tahun 1980 hingga 1987. Rais turut bertanggungjawab mengasas dan mengepalai Badan Kebajikan dan Pelajaran Jelebu (1995-2013) dan sekarang memimpin Yayasan BUDI selaku Pengasas dan Pengerusi sejak 2014. Yayasan BUDI ini diwujudkan bagi membantu golongan kurang bernasib baik, di samping memperjuangkan seni dan budaya.
Sepanjang penglibatannya dalam gerakan siasah dan perjuangan memartabatkan budaya, banyak anugerah diterima Rais antaranya Anugerah Tokoh Buku Negara 2010. Anugerah ini sebagai menghargai jasa beliau dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Pada 2016, Rais menerima Anugerah Ph.D Kehormat daripada Universitas Andalas, Padang, Indonesia dalam bidang hukum dan kemasyarakatan. Setahun selepas itu pula, Rais menerima Anugerah Ph.D Kehormat daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam bidang warisan. Beliau juga turut menerima Anugerah Ph.D Kehormat dari dua buah universiti lagi iaitu Universiti Multimedia Malaysia (2012) dan Universiti Istanbul (2015).
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan di Jelebu, Negeri Sembilan. Rais lahir daripada pasangan asal Minangkabau, Mohammad Yatim alias Jatin bin Tahir gelar Pandeka Takue (bapa) dan Siandam (ibu).[2] Bapanya merupakan seorang pedagang yang berasal dari Palupuh, Agam, Sumatera Barat.[3] Pada tahun 1920-an, bapanya pergi merantau ke Klang dan terus ke Gagu. Sedangkan ibunya, Siandam, berasal dari Kampung Sipisang, Palupuh, Agam. Ketika berumur belasan tahun, ibunya pergi merantau ke Sungai Serai, kemudian Kampung Katub, Lenggeng dan akhirnya di Jelebu. Rais mempunyai 3 adik-beradik yang lebih tua iaitu Naam (lahir 1927), Suri (lahir 1932) dan paling bongsu iaitu Atan (lahir 1934).
Ibunya meninggal dunia pada 31 Januari 1954 iaitu ketika Rais baru memasuki usia 12 tahun (tetapi masih berumur 11 tahun 9 bulan, sebab peristiwa sedih itu berlaku 3 bulan lebih sebelum hari ulangtahun kelahirannya) akibat diserang demam panas secara tiba-tiba walaupun adik-beradiknya yang lebih tua sudah beranjak usia dewasa muda iaitu ketika berumur 27, 22 dan 20 tahun. Bapanya pula meninggal dunia 32 tahun kemudian iaitu pada 20 Mei 1986 ketika berumur 82 tahun (semasa Rais menjadi Menteri Penerangan). Semasa usia kanak-kanak dan remajanya, Rais banyak bergaul dengan masyarakat Cina sehingga memungkinkan beliau mampu bertutur dialek Kantonis dengan baik.
Rais melalui pendidikan awal Darjah I dan II di Sekolah Melayu Triang (sekarang Sekolah Kebangsaan Triang), kemudian beralih pula ke Sekolah Melayu Gagu dan seterusnya terpilih memasuki kelas Special Malay Class (SMC) aliran Inggeris di Government English School (GES) Jelebu di Kuala Klawang. Semasa di GES, kemahiran menulis menggunakan unsur seni dan bahasa-bahasa indah serta minat membaca Rais mula dibentuk, yang menjadi identiti kepada gaya penulisan dan pengucapannya kini. Beliau didedahkan kepada dialog Shakespeare terutamanya King Henry V, Hamlet, Midsummer Night Dream, Romeo and Juliet dan lain-lain.
Selepas lulus Sijil Persekolahan Senior Cambridge (CSC), Rais bertugas sebagai guru sementara di Sekolah Kebangsaan Astana Raja, di Rembau. Pada 1963, Rais diterima masuk ke Maktab Penguruan Bahasa (LI) sebagai guru pelatih selama 2 tahun. Semasa di LI, selain tugasnya sebagai guru pelatih, Rais banyak menghasilkan rencana yang disiarkan Utusan Zaman, Dewan Masharakat, Mastika dan Dewan Bahasa.
Pada 1965 hingga 1966, Rais dan beberapa guru pelatih LI telah dihantar ke Amerika Syarikat (AS) untuk mengajar bahasa Melayu kepada sukarelawan American Peace Corps di Universiti Northern Illinois DeKalb, dekat Chicago dan di Hilo, Hawai. Semasa di Hilo, Rais bertindak sebagai Language Co-Ordinator. Sekembalinya daripada AS, Rais mengajar bahasa Inggeris, Sejarah, Sains dan Lukisan di Sekolah Menengah Undang Jelebu dan kemudian pada tahun 1967, beliau ditugaskan pula di Sekolah Menengah Bandar Tinggi.
Ketika menjadi guru di Sekolah Menengah Bandar Tinggi (SMBT), Rais mendaftar di Stamford Collage dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Singapura dalam jurusan Undang-Undang. Di Universiti Singapura, antara tokoh yang menjadi rakan kuliah beliau adalah Ramachandran Naidu (bekas jurubahasa mahkamah di Kuala Lumpur), Sulaiman Abdullah (peguam terkenal) dan Dr. Chandra Muzafar (bekas Naib Presiden PKR).
Rais sangat aktif mengambil bahagian dalam pertandingan debat serta pidato semasa di Universiti Singapura dan sering bertembung dengan Chandra dalam pertandingan berkenaan. Beliau memenangi anugerah Beasley Shield untuk kategori pidato umum, manakala Chandra memenangi pertandingan debat.
Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang LL.B (Hons.) pada tahun 1973 dan mendapat markah A dalam kertas “Comparative Law” yang memperhalusi tentang perbandingan Adat Perpatih dengan Common Law. Rais kemudian menyambung pengajian peringkat Sarjana Undang-Undang LL.M di universiti sama.
Semasa dalam pengajian di Universiti Singapura, Rais juga pernah bertugas sebagai penterjemah di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1971 selain menjadi pensyarah sambilan dalam jurusan Undang-Undang Perdagangan di Institut Teknologi Mara (kini UiTM).
Pada 1973 beliau menjadi peguam dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan kemudiannya pada 1998 menjadi peguam di Singapura. Pada tahun yang sama juga, Rais menubuhkan firma guaman Ram Rais & Yap. Beliau seterusnya memperolehi ijazah kedoktoran (Ph.D) undang-undang dari King’s College University of London pada 1994 dan tesisnya adalah Rule Of Law and Executive Supremacy in Malaysia.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau berkahwin dengan Masnah Rais pada 14 Jun 1975 dan mempunyai empat orang anak iaitu Malini Rais, Dino Rais, Danni Rais dan Ronni Rais. Beliau juga seorang penulis dan banyak menulis mengenai undang-undang, politik, dan isu-isu masyarakat. Hobinya dalam bidang fotografi, seni-budaya serta menggembara.
Rais sangat meminati fotografi. Kamera pertamanya yang dibeli pada 1956 ialah Kodak II. Kualiti kamera itu bagaimanapun tidak memuaskan Rais kerana negatifnya kecil dan gambarnya kurang terang. Kamera keduanya pula adalah Agfa Clack, iaitu kamera buatan Jerman bernegatif besar yang dibeli melalui parcel post dari syarikat Hagameyer, di Kuala Lumpur dengan harga RM28. Rais juga memiliki antaranya kamera Minolta HR-7 Twin Lens, yang dibelinya dengan harga RM120 pada tahun 1965. Kamera tersebut merupakan satu-satunya kamera jenis 35 mm yang dianggap canggih pada masa itu. Semenjak 1956 hingga sekarang lebih 100 buah kamera pelbagai jenis menjadi koleksinya yang disimpan di kediamannya di Ampang Jaya.
Selain berkemahiran tinggi dalam fotografi, Rais juga berbakat dalam melukis. Beliau memperoleh markah A dalam peperiksaan Higher School Certificate (HSC). Rais malah menghasilkan sebuah mural besar untuk Dunearn Road Hostel di Universiti Singapura dan mural itu masih dipaparkan di Dewan Besar Shears Hall di Kent Ridge.
Politik
[sunting | sunting sumber]Rais mula berjinak dengan politik (melalui UMNO) sejak 1962 semasa mengajar sebagai guru sementara di Sekolah Kebangsaan Astana Raja, Rembau. Dalam UMNO, Rais memegang nombor keahlian 05186. Pada 1974, Rais yang membuat kemunculan pertamanya apabila bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN), berjaya memenangi kerusi Parlimen Jelebu-Jempol dengan majoriti besar iaitu 10,562. Tiga hari selepas kemenangan tersebut, Rais diangkat sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (1974-1976).
Selepas itu, karier politik Rais terus bersinar dengan menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Undang-undang (1976-1977), dan Timbalan Menteri Dalam Negeri (1977-1978). Menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dari tahun 1978 hingga 1982. Beliau kemudiannya menjadi Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah (1982-1984); Menteri Penerangan (1984-1986); Menteri Luar Negeri (1986-1987). Beliau bersama Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa pemimpin dari Team B menubuhkan Parti Semangat 46 selepas pergolakan politik yang menyaksikan UMNO lama diharamkan. Namun setelah Semangat 46 dibubarkan, beliau kembali ke pangkuan UMNO.
Selepas Pilihan Raya Umum 1999, Rais dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) dari tahun 1999 hingga 2003 dan seterusnya Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) dari 2004 hingga 2008. Bermula 2008 hingga 2009 pula, beliau berada dalam Kabinet sebagai Menteri Luar Negeri sebelum muncul sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (2009-2013).
Semasa dalam Kabinet, banyak pembaharuan yang dibawa Rais dan ia diterjemahkan ke atas setiap kementerian yang diterajuinya. Semasa Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (1982-1984), Rais mensohorkan istilah “peserta” dan bukannya “peneroka” melibatkan peserta FELDA, FELCRA, RISDA, KEJORA, PERDA, KETENGAH dan DARA. Beliau juga berjaya menyelesaikan permasalahan kebajikan yang menjadi isu berbangkit dalam kalangan peserta tanah rancangan sehingga menyaksikan kejadian seorang Pengurus Rancangan Tanah Belia dikurung oleh para peserta di Lakai, Jelebu. Dalam kejadian itu, Rais sendiri turun padang berunding dengan para peserta.
Ketika menerajui Kementerian Penerangan pada 1984 hasil rombakan Kabinet oleh Dr. Mahathir, berlaku insiden hitam dalam sejarah politik tanah air apabila tercetusnya tragedi berdarah Memali yang meragut 18 nyawa termasuk 4 anggota polis. Selaku Menteri Penerangan, Rais dilantik menjadi jurucakap Kabinet. Kes tersebut walaupun cukup panas tetapi melalui sesi penerangan berkesan menerusi televisyen, radio dan akhbar, suasana dapat diredakan di samping langkah undang-undang berkesan yang dikuatkuasakan kerajaan.
Di Wisma Putra pula, ketika pertama kali menerajui kementerian tersebut (1986-1987) Rais menganjurkan beberapa dasar untuk diimplimentasikan oleh para duta. Satu daripadanya adalah setiap duta bertanggungjawab mewujudkan sistem sahabat Malaysia di negara yang didutainya. Selain itu, kursus dalaman tentang perkembangan terkini di Malaysia juga dianjurkan di sesuatu wilayah kedutaan. Semasa memegang jawatan inilah berlakunya krisis dalam UMNO yang menyaksikan wujudnya Team A dan Team B.
Pada kemuncak pergolakan, Rais meletakkan jawatannya. Dalam satu acara bagi meraikan beliau dan Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir susulan peletakkan jawatan itu, Tan Sri Zainal Abidin Sulong (KSU Kementerian Luar) mengucapkan dalam bahasa Inggeris: “We at Wisma will always miss your company and leadership...who knows one day Datuk Rais will return to lead us once again at Wisma Putra,”. Telahan itu ternyata tepat apabila 21 tahun kemudian iaitu pada tahun 2008 hingga 2009, Rais kembali ke Wisma Putra sebagai Menteri Luar.
Pilihan raya Malaysia 2008
[sunting | sunting sumber]Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Rais Yatim bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Jelebu, negeri Negeri Sembilan. Rais Yatim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 19737.
Calon lawannya ialah Norman bin Ipin dari PAS yang mendapat 8,127 lantas kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 75 %. Undi rosak sebanyak 769.
Penulisan
[sunting | sunting sumber]Antara buku hasil tulisan beliau ialah:
1. Pola-Pola Antropologi, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 1973 (Terjemahan).
2. The Hierarchy of Adat Perpatih in Negeri Sembilan (1974).
3. Faces in the Corridors of Power – A Pictorial Depiction of Malaysians in Position
of Power Pelanduk Publications, Lumpur (1987)
4. Freedom Under Executive Power in Malaysia, Endowment Publications, Kuala Lumpur (1995)
5. Zaman Beredar Pusaka Bergilir (2000).
6. Jelebak-Jelebu : Corat-Coret Anak Kampung, Dawama Kuala Lumpur 2004.
7. Cabinet Governing in Malaysia, (2006), Dawama, Kuala Lumpur
8. Perjuangan Pri-Bumi 2009.
9. Perjuangan Asas Bangsa 2009.
10. Kabinet 1Malaysia: Mengimbas Kembali Tadbir Urus Kabinet 2011.
11. 1Malaysia Cabinet: Reflecting on Cabinet Governing 2011.
12. King Ghaz: A Man of His Time (Ed.) 2011.
13. Tunku: Still the Greatest Malaysian (Ed.) 2012.
14. Pantun & Bahasa Indah: Jendela Budaya Melayu 2013.
15. Meniti Badai Perjuangan 2013.
16. Adat: The Legacy of Minangkabau 2015
17. Antara Cakap dan Pemikiran 2019.
18. Peribahasa Melayu-Cina (2020).
19. Budi Asas Tamadun (2021).
Garis masa sebagai Ahli Parlimen
[sunting | sunting sumber]Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Rais Yatim dimasyhurkan sebagai Speaker Dewan Negara ke-18
- ^ Menbudpar Indonesia-Malaysia Bertemu, Antara News.com, 20 May 2013
- ^ Yatim, Rais (1995). Freedom Under Executive Power in Malaysia: A Study of Executive Supremacy, p. xii. Endowment Publications. ISBN 983-99984-0-4.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Negeri Sembilan 12 Julai 1978 – 29 April 1982 |
Penyandang Kemudian |
Dato' Mansor bin Othman | Tan Sri Isa Abdul Samad |
Penyandang Terdahulu | Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan 30 Mac 2004 – 8 Mac 2008 |
Penyandang Kemudian |
??? | Mohd Shafie Apdal |
Penyandang Terdahulu | Menteri Luar Negeri 19 Mac 2008 – 9 April 2009 |
Penyandang Kemudian |
Syed Hamid Albar | Anifah Aman |
{{#switch:||Kategori=
- Pages using the EasyTimeline extension
- Kelahiran 1942
- Orang hidup
- Muslim Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Minangkabau
- Orang dari Negeri Sembilan
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Menteri Besar Negeri Sembilan
- Menteri Kerajaan Malaysia
- Peguam Malaysia
- Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia
- Bekas anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Anggota Parti Melayu Semangat 46
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-14
- Yang di-Pertua Dewan Negara
- Menteri Luar Negeri Malaysia
- Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Undang-undang)
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-4
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-6
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-7
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Penerima Darjah Seri Utama Negeri Sembilan
- Menteri Besar daripada UMNO
- Penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis
- Penerima Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu
- Penerima Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan ke-5
- Setiausaha parlimen kementerian Malaysia
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-15