Siti Ashah Ghazali
Yang Berhormat Dato' Hajah Siti Ashah Ghazali DSDK, AMK (Kedah) | |
---|---|
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmi Kemiskinan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Menyandang jawatan 2020 | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Merbau Pulas | |
Menyandang jawatan 2008 | |
Didahului oleh | Mohd Hadzir Ismail (BN-UMNO) |
Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah | |
Menyandang jawatan 2007 | |
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | (1962-10-03) 3 Oktober 1962 (umur 62) |
Parti politik | PAS |
Kediaman | Kedah |
Pekerjaan | Ahli politik, pendakwah |
Yang Berhormat Ustazah Dato' Hajah Siti Ashah Ghazali adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas, Kedah bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan Negeri Kedah. Ketika berlakunya kemelut politik Kedah 2020, beliau dipilih semula menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dan mengetuai Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan Negeri Kedah
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jeneri, Sik, dari tahun 1969 sehingga tahun 1971 sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Cemara, Jeniang. Pada tahun 1973, beliau berpindah pula ke Sekolah Kebangsaan Paya Mengkuang, Gurun, Kedah. Seterusnya beliau telah menyambung pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Taufiqiah Khairiah Halimiah, Batu 16, Padang Lumat dari tahun 1975 hingga tahun 1981. Pada tahun 1988, beliau telah menerima Diploma Tasawwur Islam dari ILHAM.[1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]- Guru Agama Sek. Keb. Permatang Tok Dik, Padang Serai, Kedah (1988-1985)
- Guru Agama (Sandaran) Sek. Keb. Bukit Selarong, Padang Serai, Kedah (1986)
- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah 2008-2013
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah
- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah 2020-kini
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan Negeri Kedah
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]- Kedah
- Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) - Dato' - 2012
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ YB Ustazah Hajjah Siti Aishah binti Hj Ghazali Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah 2020–kini | |
---|---|
Menteri Besar | |
Eksekutif Negeri |
Parti komponen Perikatan Nasional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

- Kelahiran 1962
- Muslim Malaysia
- Ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu
- Anggota wanita Parti Islam Se-Malaysia
- Orang hidup
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah ke-14
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah ke-13
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah ke-15
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah ke-12