Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Wahibah Tahir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ustazah Dr
Wahibah Tahir
Ph.D (UKM)
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
Menyandang jawatan
2015
Maklumat peribadi
Parti politik PAS
PasanganProfesor Madya Dr Abu Hassan bin Abdul
PekerjaanAhli akademik, politik

Ustazah Dr Wahibah binti Twahir @ H. Tahir (Jawi: واهبة بنت طاهر) ialah seorang ahli akademik wanita Malaysia. Beliau merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Kemanusiaan, Jabatan Pengajian Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dalam bidang politik, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak Parti Islam Se-Malaysia (PAS)[1][2].

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Wahibah memperoleh ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam Sejarah Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2014. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Tamadun Islam dari Fakulti Usuluddin, Universiti Malaya pada 1998. Terdahulu pada tahun 1989, beliau telah menamatkan ijazah Sarjana Muda Usuluddin di universiti yang sama, Universiti Malaya.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Wahibah Twahir @ Tahir (1995). Ketokohan Wanita Dalam Sejarah Pendidikan Islam di. Malaysia: Kajian Khusus di Negeri Kelantan. Kuala Lumpur: Fakulti Usuluddin Akademi Islam Universiti Malaya.
  • Wahibah Twahir @ Tahir (2014). Kulliyyah Al-Banāt Al-Islāmiyyah Universiti Al-Azhar (KBIUA): sejarah perkembangan dan sumbangan wanita lulusannya dalam Pendidikan Islam di Malaysia (1964-1994). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
  1. ^ "Senarai Majlis Syura Ulamak PAS 2015-2020". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-22. Dicapai pada 2016-06-10.
  2. ^ Mohd Hafiz Abd Mutalib (15 Disember 2020). "Hashim Jasin kekal Mursyidul Am Pas, Ahmad Timbalan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]