Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Majlis Syura Ulamak PAS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis Syura Ulamak PAS
Kerangka
Jenis/bentuk sahBadan penasihat Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan20 Oktober 1987; 37 tahun yang lalu (1987-10-20)
Pengurusan
PengerusiYusuf Rawa, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Haron Din, Hashim Jasin Sunting ini di Wikidata
Mursyidul AmHashim Jasin
Timbalan Mursyidul AmAhmad Yakob
SetiausahaNik Muhammad Zawawi Salleh
Organisasi indukParti Islam Se-Malaysia
GabunganParti Islam Se-Malaysia Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatPejabat Agung PAS, Kuala Lumpur
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Syura Ulamak PAS merupakan salah sebuah entiti tertinggi dalam Parti Islam Se-Malaysia. Ia merupakan sebuah badan yang diberi kuasa untuk menafsir, menjelas dan menghuraikan dasar PAS, menafsir Perlembagaan PAS, mengeluarkan arahan supaya dasar PAS dipatuhi, memelihara supaya dasar dan ketetapan PAS dipatuhi serta mengawal tatatertib PAS. Ia menjadi badan tertinggi dalam PAS walaupun ia tidak memiliki kuasa eksekutif.

Ia dianggotai tidak lebih daripada 17 orang ulamak dan alimat PAS yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat seramai 4 orang, Dewan Ulamak PAS Pusat seramai 4 orang, Dewan Pemuda PAS Malaysia seramai 2 orang, Dewan Muslimat PAS Malaysia seramai 2 orang dan Majlis Syura Ulamak PAS sendiri seramai 5 orang.

Majlis Syura Ulamak PAS merupakan institusi kepada kepemimpinan ulamak dalam PAS telah ditubuhkan hasil dari keputusan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-28 pada 23-24 Oktober 1982. Usul Dewan Pemuda PAS Pusat yang diterima oleh Muktamar PAS itu menghendaki PAS menginstitusikan kepemimpinan ulamak. Hasilnya, satu kajian untuk meminda Perlembagaan PAS (Pindaan) 1977 telah dibuat bagi memperkasakan semula organisasi PAS dan pada 31 Ogos 1983, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah meluluskan cadangan-cadangan yang dikemukakan, termasuk cadangan menubuhkan Majlis Syura Ulamak PAS. Majlis Syura Ulamak PAS yang dianggotai oleh 12 orang ulamak dengan diketuai oleh seorang Mursyidul Am adalah bertanggungjawab mengawal dasar dan tatatertib parti, selain berkuasa menafsirkan Perlembagaan PAS. Cadangan ini telah diluluskan kemudiannya oleh Muktamar Tahunan PAS Ke-29 pada 30 April - 1 Mei 1983.[1]

Walaupun keseluruhan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS telah dilantik pada 20 Oktober 1987, namun perlantikan ini tidak melibatkan jawatan Mursyidul Am PAS. Mursyidul Am PAS yang pertama, Ustaz Haji Yusof Rawa hanya dilantik pada 16 November 1987, iaitu dalam mesyuarat mereka yang kedua.[1]

Pada 8 November 1992, satu pindaan Perlembagaan PAS telah dibuat dalam Muktamar Khas PAS yang antara lain untuk mewujudkan jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS yang berfungsi untuk “membantu tugas-tugas Mursyidul Am PAS dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS semasa ketiadaan Mursyidul Am PAS.[2]

Keanggotaan semasa (2020-2025)

[sunting | sunting sumber]

Senarai Anggota Majlis Syura Ulamak PAS sesi kesepuluh (2020-2025), berkuat kuasa 15 Disember 2020.

Jawatan Nama Catatan
Mursyidul Am Hashim Jasin, Tuan Guru Dato' Haji
Timbalan Mursyidul Am Ahmad Yakob, YAB Datuk Bentara Kanan, Dato' Haji
Setiausaha Nik Muhammad Zawawi Salleh, Datuk Dr
Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri, YB Dato' Dr Sehingga 10 Februari 2022[3]
Ahli (Lantikan Jawatankuasa

Kerja Pusat)

Abdul Hadi Awang, YB Tan Sri Tuan Guru Haji
Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Dato' Sri Haji
Idris Ahmad, YB Senator Datuk Ustaz Haji
Ahli (Lantikan Dewan

Ulamak)

Nik Muhammad Zawawi Salleh, YB Datuk Dr
Johari Mat, Dato' Dr
Mahfodz Mohamed, Tuan Guru Dato' Dr.
Taib Azamudden Mohd Taib, Dato' Haji
Ahli (Lantikan Majlis Syura

Ulamak)

Ahmad Ali, Tuan Guru Haji
Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Profesor Datuk Dr
Shukeri Mohamad, Profesor Madya Dr
Ahli (Lantikan Dewan

Pemuda)

Hishamuddin Abdul Karim, YB Ustaz Merangkap Bendahari
Aminurraasyid Yatiban, Prof Madya Dr
Ahli (Lantikan Dewan

Muslimat)

Wahibah Tahir, Dr
Norhafizah Musa, Datuk Dr

Sumber: [4]

Sejarah keanggotaan

[sunting | sunting sumber]

Sesi Kesembilan (2015 - 2020)

[sunting | sunting sumber]

Senarai Anggota Majlis Syura Ulamak PAS sesi 2015-2020 :

Jawatan Nama Catatan
Mursyidul Am Hashim Jasin, Tuan Guru Dato' Haji Bermula 09.10.2016
Haron Din, Tuan Guru Dato' Dr (Allahyarham) Sehingga 16.09.2016
Timbalan Mursyidul Am Ahmad Yakob, YAB Datuk Bentara Kanan, Dato' Haji
Setiausaha Nik Muhammad Zawawi Salleh, YB Dr
Ahli (Lantikan Jawatankuasa

Kerja Pusat)

Abdul Hadi Awang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji
Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Dato' Haji
Idris Ahmad, Ustaz Haji
Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Haji
Ahli (Lantikan Dewan

Ulamak)

Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.
Johari Mat, Dato' Dr
Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri, YB Dato' Dr
Ahli (Lantikan Majlis Syura

Ulamak)

Taib Azamudden Mohd Taib, Dato' Haji
Husain Awang, YB Senator Dato' Haji
Ahmad Ali, Tuan Guru Haji
Ahli (Lantikan Dewan

Pemuda)

Nasruddin Hassan, Ustaz
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, YB Ustaz
Ahli (Lantikan Dewan

Muslimat)

Wahibah Tahir, Dr
Nadzirah Mohd, Dr

Sumber: [5]

Sesi Kelapan (2010 - 2015)

[sunting | sunting sumber]

Senarai Anggota Majlis Syura Ulamak PAS sesi 2010-2015 :

Jawatan Nama Catatan
Mursyidul Am Haron Din, Tuan Guru Dato' Dr (Allahyarham) Bermula 08.03.2015
Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dato' Haji (Allahyarham)[6] Hingga 12.02.2015
Timbalan Mursyidul Am Ahmad Yakob, YAB Datuk Bentara Kanan, Dato' Haji Bermula 08.03.2015
Haron Din, Tuan Guru Dato' Dr (Allahyarham) Hingga 08.03.2015
Setiausaha (Lantikan Dewan

Ulamak)

Nik Muhammad Zawawi Salleh, YB Dr
Ahli (Lantikan Jawatankuasa

Kerja Pusat)

Abdul Hadi Awang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji
Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Dato' Haji
Abdul Halim Abdul Rahman, YB Dato’ Ustaz Haji
Idris Ahmad, Ustaz Haji Bermula 12.04.2014
Nasharuddin Mat Isa, Ustaz[7] 24.03.2010 - 13.01.2013
Ahli (Lantikan Dewan

Ulamak)

Ahmad Yakob, YAB Datuk Bentara Kanan, Dato' Haji 24.03.2010 - 08.03.2015
Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.
Johari Mat, Dato' Dr Bermula 22.11.2013
Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri, YB Dato' Dr Bermula 22.11.2013
Harun Taib, YB Dato’ Tuan Guru Ustaz Haji (Allahyarham) hingga 25.01.2014
Ahli (Lantikan Majlis Syura

Ulamak)[6]

Hashim Jasin, Tuan Guru Dato' Haji Bermula 29.03.2010
Azizan Abdul Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz Haji (Allahyarham) 29.03.2010 - 26.09.2013
Hassan Shukri, Ustaz (Allahyarham) 29.03.2010 - 14.06.2010
Ahli (Lantikan Dewan

Pemuda)

Nasruddin Hassan, Ustaz
Zaharudin Muhammad, Ustaz
Ahli (Lantikan Dewan

Muslimat)

Wahibah Tahir, Dr
Nadzirah Mohd, Dr

Bermula 24 Mac 2010. Sumber: [8]

Sesi Ketujuh (2007 - 2010)

[sunting | sunting sumber]
Jawatan Nama Catatan
Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dato' Haji
Timbalan Mursyidul Am Haron Din, Tuan Guru Dato' Dr
Setiausaha Abdul Ghani Samsudin, Ustaz

Sesi Keenam (2004 - 2007)

[sunting | sunting sumber]
Jawatan Nama Catatan
Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dato' Haji
Timbalan Mursyidul Am Haron Din, Tuan Guru Dato' Dr
Setiausaha Idris Ahmad, Ustaz Haji

Sesi Kelima (2000 - 2004)

[sunting | sunting sumber]
Jawatan Nama Catatan
Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dato' Haji
Timbalan Mursyidul Am Idris Omar, Ustaz
Setiausaha Abdul Ghani Samsudin, Ustaz

Sesi Keempat (1997 - 2000)

[sunting | sunting sumber]
Jawatan Nama Catatan
Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dato' Haji
Timbalan Mursyidul Am Idris Omar, Ustaz
Setiausaha Yahya Othman, Ustaz hingga 1999
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz bermula 1999

Sesi Ketiga (1994 - 1997)

[sunting | sunting sumber]
Jawatan Nama Catatan
Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dato' Haji
Timbalan Mursyidul Am Idris Omar, Ustaz
Setiausaha Yahya Othman, Ustaz

Sesi Kedua (1991 - 1994)

[sunting | sunting sumber]
Jawatan Nama Catatan
Mursyidul Am Yusuf Abdullah Rawa, Tuan Guru Haji
Timbalan Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dato' Haji bermula 1992
Setiausaha Yahya Othman, Ustaz bermula 1993
Hassan Shukri, Ustaz hingga 1993

Sesi Pertama (1987 - 1991)

[sunting | sunting sumber]

Senarai Anggota Majlis Syura Ulamak PAS sesi pertama :

Jawatan Nama Catatan
Mursyidul Am Yusuf Abdullah Rawa, Tuan Guru Bermula 16.11.1987
Setiausaha Hassan Shukri Bermula 20.10.1987
Ahli (Lantikan Jawatankuasa

Kerja PAS Pusat)

Fadzil Mohd Noor Bermula 21.06.1987
Abdul Hadi Awang Bermula 21.06.1987
Mohd Nakhaie Ahmad 21.06.1987 - 30.10.1988
Haron Din Bermula 30.10.1988
Ahli (Lantikan Dewan

Ulamak PAS Pusat)

Nik Abdul Aziz Nik Mat Bermula 21.06.1987
Yahya Junid Bermula 21.06.1987
Azhari Abdul Razak Bermula 21.06.1987
Yahya Othman Bermula 21.06.1987
Ahli (Lantikan Majlis Syura

Ulamak PAS)

Harun Taib Bermula 20.10.1987
Daeng Sanusi Daeng Mariok Bermula 20.10.1987
Idris Omar Bermula 20.10.1987
Mohd Akhir Yaakob Bermula 20.10.1987

Senarai setiausaha

[sunting | sunting sumber]

Baca lagi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b https://www.pas.org.my/arkib/hari-ini-dalam-sejarah-pas/9704-hari-ini-dalam-sejarah-pas-mesyuarat-pertama-majlis-syura-ulamak-pas-merasmikan-kepemimpinan-ulamak-dalam-pas-20-oktober-1987
  2. ^ https://www.pas.org.my/arkib/hari-ini-dalam-sejarah-pas/9497-hari-ini-dalam-sejarah-pas-tuan-guru-nik-abdul-aziz-dilantik-mursyidul-am-pas-18-september-1994
  3. ^ Zatul Iffah Zolkiply (Februari 11, 2022). "Khairuddin digugurkan jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS". Bharian. Dicapai pada 14 Februari 2022.
  4. ^ Mohd Hafiz Abd Mutalib (15 Disember 2020). "Hashim Jasin kekal Mursyidul Am Pas, Ahmad Timbalan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ https://pas.org.my/senarai-majlis-syura-ulamak-sesi-2015-2020/
  6. ^ a b "Nik Aziz antara dilantik semula ke Majlis Syura". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-25. Dicapai pada 2020-03-25.
  7. ^ Nasharuddin akan terus berada dalam PAS
  8. ^ https://pas.org.my/senarai-majlis-syura-ulamak-sesi-2011-2015/