Syahir Sulaiman
Yang Berhormat Tuan Syahir Sulaiman | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Bachok, Kelantan | |
Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
Didahului oleh | Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz |
Majoriti | 30,163 (PRU-15) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd Syahir bin Che Sulaiman (1983-03-30) 30 Mac 1983 (umur 41) Kota Bharu, Kelantan |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Tempat belajar | Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Pekerjaan | ahli politik |
YB Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman (lahir 30 Mac 1983) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bachok.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau bersekolah peringkat menengah di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh, Perak pada tahun 1996 hingga 2000 dan merupakan pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Pada tahun berikutnya, beliau melanjutkan pengajian di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sehingga tahun 2002. Kemudian beliau menyambungkan pengajian Sarjana Muda Ekonomi di UIAM sehingga tahun 2006. Di UIAM, beliau telah bergraduasi dengan memperoleh Kepujian Kelas Pertama dan memperoleh pengiktirafan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan (Kulliyyah Ekonomi)[1], Anugerah Rektor UIAM[2] dan Anugerah Khas Unvar Rahman[3].
Pada tahun 2013, beliau melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan memperoleh Sarjana Pengajian Pembangunan dari Universiti Malaya pada 2017.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau pernah menjadi pelatih di sebuah firma perakaunan yang beroperasi di Kuala Lumpur, PricewaterhouseCoopers (PwC). Sejurus graduasi, beliau memulakan kerjaya sebagai akauntan pengurusan di Shell Malaysia Exploration & Production (SMEP) yang beroperasi di Sarawak, Malaysia. Kemudian beliau berkhidmat di Sime Darby sebagai Eksekutif Kanan, Kewangan Korporat dan menjadi Pegawai Khas kepada Ketua Pegawai Operasi Kumpulan. Seterusnya, beliau diberikan tanggungjawab sebagai Penolong Naib Presiden, Pembangunan Perniagaan dan Perancangan Strategik di Sime Darby Property[4] sebelum menjadi Penolong Naib Presiden, Strategi Pembangunan (Malaysia Vision Valley) di syarikat sama.
Beliau melepaskan jawatan beliau di Sime Darby Property apabila dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Presiden PAS bermula Julai 2018 sehingga kini.
Politik
[sunting | sunting sumber]Beliau aktif dalam Parti Islam Se-Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua PAS Cawangan Bandar Tun Hussein Onn pada 2011 hingga 2015, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang pada 2017 hingga 2019. Beliau juga merupakan Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor sejak 2015 sehingga 2019.
Di peringkat nasional, beliau merupakan Pengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Malaysia[5][6] sejak Jun 2015 dan Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat sejak Januari 2020[5][6][7].
Selain itu, beliau turut aktif dalam menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar sekolah dan universiti, serta terlibat dalam aktiviti sukarelawan dan kemasyarakatan seperti Penyelaras Yayasan Amal Cawangan Miri, Penasihat Kelab Belia Prihatin Serdang, Ketua Biro Pemuda Masjid Bandar Tun Hussein Onn, dan Setiausaha Surau Al Amin Cheras. Beliau juga gemar berkongsi pandangan berkaitan isu politik, ekonomi dan belia melalui penulisan artikel dan sering dijemput sebagai panelis forum di universiti dan saluran media.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Syahir Sulaiman di Facebook
- Syahir Sulaiman di Twitter
- Syahir Sulaiman di Instagram
- Syahir Sulaiman di LinkedIn
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ LinkedIn Syahir Sulaiman
- ^ [1] PAS
- ^ TMI Forum: The Malaysian Identity Series
- ^ Rozana Sani, The study of growth disparities and differences New Straits Times
- ^ a b Takiyuddin Hassan Syahir Sulaiman Setiausaha Presiden PAS yang baharu 1Media
- ^ a b Takiyuddin Hassan, Kenyataan Media PAS Pusat, Pelantikan Setiausaha Politik Presiden PAS. PAS.
- ^ Mohd Azlim Zainury, Mohd Syahir dilantik Penolong Setiausaha Agung Pas Sinar Harian, 13 Januari 2020
Parti komponen Perikatan Nasional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||