Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Pemerolehan bahasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Linguistik
Linguistik teori
Fonetik
Fonologi
Morfologi
Sintaksis
Semantik
Semantik leksikal
Semantik statistik
Semantik struktur
Semantik prototaip
Stilistik
Preskripsi
Pragmatik
Linguistik gunaan
Pemerolehan bahasa
Psikolinguistik
Sosiolinguistik
Linguistik generatif
Linguistik kognitif
Linguistik pengiraan
Linguistik perihalan
Linguistik sejarah
Linguistik perbandingan
Etimologi
Sejarah linguistik
Senarai ahli linguistik
Masalah yang belum diatasi

Templat:Pertumbuhan dan perkembangan manusia

Pemerolehan bahasa ialah proses di mana manusia memperoleh keupayaan mengamati dan memahami bahasa (dalam kata lain, mendapat kebolehan menyedari bahasa dan memahaminya), serta menghasilkan dan menggunakan perkataan dan ayat untuk berkomunikasi.

Pemerolehan bahasa melibatkan struktur, peraturan dan perwakilan. Keupayaan menggunakan bahasa dengan jayanya memerlukan seseorang memperoleh pelbagai alat termasuk fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, dan perbendaharaan kata yang banyak. Bahasa boleh dibunyikan seperti dalam pertuturan, atau manual seperti dalam isyarat. Keupayaan bahasa manusia diwakilkan dalam otak. Walaupun keupayaan bahasa manusia adalah terbatas, seseorang boleh bercakap dan memahami sebilangan ayat yang tidak terbatas, yang berasaskan prinsip sintaksis yang dipanggil rekursi. Bukti mencadangkan bahawa setiap individu mempunyai tiga mekanisme ulang yang membenarkan ayat pergi dengan tidak tentu. Tiga mekanisme ini ialah: relativisasi, pelengkapan dan persetaraan.[1]

Terdapat dua prinsip pedoman yang utama dalam pemerolehan bahasa pertama: persepsi ujaran selalu mendahului pengeluaran pertuturan, dan beransur-ansur mengembangkan sistem di mana seorang kanak-kanak mempelajari suatu bahasa terbina satu langkah pada satu masa, bermula dengan pembezaan antara setiap fonem.[2]

Ahli linguistik yang berminat dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak telah bertahun-tahun mempersoal cara bahasa diperoleh. Lidz et al. menyatakan "Soalan cara struktur ini diperoleh, kemudian, lebih difahami dengan betul sebagai soalan cara pelajar mengambil bentuk permukaan dalam input dan menukarkannya kepada peraturan dan perwakilan linguistik yang abstrak."[3]

Pemerolehan bahasa biasanya merujuk kepada pemerolehan bahasa pertama, yang mengkaji pemerolehan bayi terhadap bahasa asal mereka, sama ada ia bahasa lisan atau bahasa isyarat akibat kepekakan pralingua, walaupun ia juga boleh merujuk kepada pemerolehan bahasa pertama dwibahasa (BFLA), yang merujuk kepada pemerolehan serentak bayi terhadap dua bahasa asal.[4] Hal ini dibezakan daripada pemerolehan bahasa kedua, yang membicarakan pemerolehan (dalam kedua-dua kanak-kanak dan orang dewasa) bahasa-bahasa tambahan. Tambahan pula dengan pertuturan, membaca dan menulis bahasa dengan suatu tulisan yang berbeza sepenuhnya menambahkan lagi kerumitan true celik huruf bahasa asing yang sebenar. Pemerolehan bahasa ialah salah satu contoh unggul ciri manusia.[5][6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Lightfoot, David (2010). "Language acquisition and language change". Wiley Interdisciplinary Reviews: Cognitive Science. 1 (5): 677–684. doi:10.1002/wcs.39. ISSN 1939-5078. PMID 26271652.
  2. ^ Fry, Dennis (1977). Homo loquens, Man as a talking animal. Cambridge University Press. m/s. 107–108. ISBN 978-0-521-29239-9.
  3. ^ Lidz, Jeffrey; Waxman (16 April 2003). "What infants know about syntax but couldn't have learned:experimental evidence for syntactic structure at 18 months" (PDF). Cognition 89 (2003) B65-B73. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 12 December 2017. Dicapai pada 12 December 2017 – melalui Elsevier science.
  4. ^ See, fex., Bergman, C. (1976). 'Interference vs. independent development in infant bilingualism'. In: Bilingualism in the bicentennial and beyond. Ed. by G. Keller, R. Teschner, and S. Viera. New York: Bilingual Press/Editorial Bilingüe, pp. 86-96. Genesee, F. (1989). 'Early bilingual development: One language or two?' In: Journal of Child Language 6, pp. 161-179. Houwer, A. de (1990). The acquisition of two languages from birth: A case study. Cambridge: CUP. Houwer, A. de (1995). 'Bilingual language acquisition.' In: Handbook on child language. Ed. by P. Fletcher and B. MacWhinney. Oxford: Blackwell. Hulk, A. and Müller, N. (2000). 'Bilingual first language acquisition at the interface between syntax and pragmatics'. In: Bilingualism: Language and Cognition 3 (3), pp. 227-244. Paradis, J. and F. Genesee (1996). 'Syntactic Acquisition in Bilingual Children: Autonomous or Interdependent?' In: Studies in Second Language Acquisition 18, pp. 1-25. Serratrice, L., Sorace, A. and S. Paoli. (2004). 'Crosslinguistic influence at the syntax-pragmatics interface: Subjects and objects in English-Italian bilingual and monolingual acquisition'. In: Bilingualism: Language and Cognition 7 (3), pp. 183-205.
  5. ^ Friederici, AD. (Oct 2011). "The brain basis of language processing: from structure to function". Physiol Rev. 91 (4): 1357–92. CiteSeerX 10.1.1.385.5620. doi:10.1152/physrev.00006.2011. PMID 22013214.
  6. ^ Kosslyn, Stephen M.; Osherson, Daniel N. (1995). An invitation to cognitive science. Cambridge, Mass.: MIT Press. ISBN 978-0-262-65045-8. OCLC 613819557.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]