Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Pidato

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran Cicero berpidato di hadapan Senat Rom - Cicerone denuncia Catilina (1889), lukisan fresco karya Cesare Maccari

Pidato (barangkali daripada kata Sanskrit: पदार्थ, rumi: padārtha padārtha "inti pati, bahan"[1]; bahasa Inggeris: public speaking) difahamkan sebagai pengucapan kata-kata dalam gaya yang teratur dan formal kepada pendengar[2] sama ada secara perseorangan mahupun di hadapan khalayak ramai.[3][2]

Pidato yang baik dapat memberikan suatu kesan positif bagi orang-orang yang mendengar pidato tersebut. Kemampuan berpidato atau berbicara yang baik di depan umum dapat membantu untuk mencapai jenjang karier yang baik.

Seni ini muncul dengan seberapa faktor pendorong yang utama:

  • Memudahkan komunikasi antara pihak atasan dan bawahan serta sesama anggota organisasi.
  • Menciptakan suatu keadaan yang kondusif di mana hanya seorang sahaja yang diperlukan menyampaikan kandungan isi tersebut.

Pengucapan dan penyampaian kata-kata ini lazim dilakukan di situasi rasmi seperti majlis kenegaraan, sambutan keraian seperti hari lahir atau acara besar-besaran, mahupun sebagai pembangkit semangat sebelum memulakan kegiatan tertentu.

Cara penyampaian

[sunting | sunting sumber]

Pemidatoan sangat menumpukan kepada penampilan, gaya bahasa isi serta ekspresi yang perlu disampaikan kepada ramai secara yakin dan percaya diri agar orang yang melihat pidato kita pun tertarik dan terpengaruh oleh pidato yang disampaikan. Maka, pengasahan gaya pidato menumpu kepada kecekalan mengawal dan membentuk ciri-ciri tertentu termasuklah:

Teknologi bantuan

[sunting | sunting sumber]

Teknologi multimedia termasuk penerapan klip video, kesan bunyi, animasi malah penggunaan alat penunjuk seperti laser kawalan jauh[4] dapat diterapkan untuk memberikan kelainan kepada kandungan lalu menarik perhatian. Sistem siar raya dilengkapi mikrofon dan pembesar suara juga membantu mencapai suara yang diucapkan sejauh mungkin; telekomunikasi dan sidang video antara wahana kemudahan yang diterima mengatasi masalah jarak dan kedudukan sangat langkau.[5]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "padārtha". Sanskrit Dictionary for Former Sanskrit. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  2. ^ a b "'pidato' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 31 Disember 2019.
  3. ^ General Purposes of Speaking. 2012 – melalui [books.lardbucket.org Lardbucket]. |access-date= requires |url= (bantuan)
  4. ^ Ridgley, Stanley K. (2012). The Complete Guide to Business School Presenting: What your professors don't tell you... What you absolutely must know. Anthem Press.
  5. ^ Fetterman, David M. (1997) Videoconferencing over the Internet. Stanford University