Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Proteus (bulan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Proteus
Imej Voyager 2 (1989)
Penemuan
Ditemui olehVoyager 2
Stephen P. Synnott
Tarikh penemuan16 Jun 1989
Designasi
Sebutan/ˈprtəs/[1]
Dinamakan sempenaΠρωτεύς Prōteys
Nama alternatifS/1989 N 1
Ciri-ciri orbit
Epok 18 August 1989
Periapsis117584±10 km
Apoapsis117709±10 km
Paksi semimajor117647±1 km (4.75 RN)
Kesipian0.00053±0.00009
Tempoh orbit1.12231477±0.00000002 h
Kelajuan purata orbit7.623 km/s
Kecondongan0.524° (khatulistiwa Neptun)
0.026°±0.007° (satah Laplace)
Satelit bagiNeptun
Ciri-ciri fizikal
Dimensi424 × 390 × 396 km[2][a]
Min jejari210±7 km[5]
Luas permukaan554,200 km2[7]
Isi padu(3.4±0.4)×107 km3[2]
Jisim4.4×1019 kg (7.3672×10−6 Earths)[b]
Min ketumpatan≈ 1.3 g/cm3 (anggaran)[5]
Graviti permukaan khatulistiwa0.07 m/s2[c]
Halaju lepas0.17 km/s[d]
Tempoh putaranSegerak[2]
Kecondongan paksizero[2]
Albedo0.096[5][6]
Magnitud ketara19.7[5]

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Proteus, juga Neptun VIII, ialah bulan Neptun kedua terbesar, dan satelit dalaman terbesar Neptun. Ditemui oleh kapal angkasa Voyager 2 pada 1989, ia dinamakan sempena Proteus, dewa laut yang berubah bentuk dalam mitologi Yunani.[8] Proteus mengorbit Neptun dalam orbit hampir khatulistiwa pada jarak kira-kira 4.75 kali jejari khatulistiwa Neptun.[9]

Walaupun dengan badan yang kebanyakannya berais lebih daripada 400 km (250 bt) dalam diameter, bentuk Proteus menyimpang dengan ketara daripada ellipsoid.[4] Ia berbentuk lebih seperti polihedron yang tidak sekata dengan beberapa cekung dan timbulan setinggi 20 km. Permukaannya gelap, berwarna neutral, dan banyak kawah. Kawah terbesar Proteus ialah Pharos, lebih daripada 230 km dalam diameter. Terdapat juga beberapa alur, dan lembah yang berkaitan dengan kawah besar.

Proteus mungkin bukan badan asal yang terbentuk dengan Neptun. Ia mungkin bergumpal daripada serpihan yang terbentuk apabila satelit Neptun terbesar Triton ditangkap.[10]

Penemuan dan penamaan

[sunting | sunting sumber]
Imej Neptune dan Proteus oleh Teleskop Angkasa Hubble

Proteus ditemui daripada imej yang diambil oleh penyiasat angkasa Voyager 2 dua bulan sebelum penerbangan Neptun pada Ogos 1989. Proteus ialah bulan ketiga Neptun yang ditemui, 40 tahun selepas penemuan Nereid pada 1949.[11]

Selepas penemuan, Proteus menerima nama kod sementara S/1989 N 1. Stephen P. Synnott dan Bradford A. Smith mengumumkan penemuannya pada 7 Julai 1989, hanya bercakap mengenai "17 bingkai yang diambil selama 21 hari", yang memberikan tarikh penemuan sebelum 16 Jun.[12]

Pada 16 September 1991, S/1989 N 1 dinamakan sempena Proteus, dewa laut berubah bentuk dalam mitologi Yunani.[8]

Proteus mengorbit Neptun pada jarak kira-kira 117,647 km (73,102 bt), hampir sama dengan 4.75 kali jejari khatulistiwa planet ini. Orbit Proteus hampir bulat, mempunyai kesipian orbit yang kecil, dan condong kira-kira 0.5 darjah ke khatulistiwa Neptunus.[9] Proteus terkunci kepada Neptun, dan berputar segerak dengan gerakan orbitnya, yang bermaksud bahawa Proteus sentiasa menunjukkan muka yang sama kepada Neptun.[2]

Proteus mungkin pernah berada dalam resonans orbit 1:2 dengan Larissa, di mana Proteus membuat satu orbit bagi setiap dua orbit yang dibuat oleh Larissa. Disebabkan oleh penghijrahan pasang surut keluar Proteus pada masa lalu, resonans orbit Proteus dan Larissa tidak lagi ada.[13] Proteus mungkin telah menghentikan resonans orbital integralnya dengan Larissa beberapa ratus juta tahun yang lalu.[13][14]

Ciri-ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]

Proteus ialah bulan kedua terbesar Neptun dan merupakan bulan progred biasa yang terbesar. Diameternya kira-kira 420 km (260 bt) diameter, lebih besar daripada Nereid, bulan terbesar seterusnya. Ia tidak dapat ditemui oleh teleskop dari Bumi kerana Proteus mengorbit sangat dekat dengan Neptun sehingga ia hilang dalam silau cahaya matahari yang dipantulkan.[15]

Komposisi

[sunting | sunting sumber]

Permukaan Proteus adalah gelap kerana ia mempunyai albedo geometri kira-kira 10 peratus–bermakna permukaannya memantulkan 10 peratus cahaya yang diterima daripada Matahari. Warna permukaannya adalah neutral kerana pemantulan tidak berubah dengan ketara dengan panjang gelombang daripada ungu kepada hijau.[15] Dalam julat inframerah dekat sekitar panjang gelombang 2 μm, permukaan Proteus menjadi kurang reflektif, menunjukkan kemungkinan kehadiran sebatian organik kompleks seperti hidrokarbon atau sianida. Sebatian ini mungkin bertanggungjawab bagi albedo rendah bagi bulan dalaman Neptun. Walaupun Proteus biasanya dianggap mengandungi sejumlah besar ais air, ia tidak dikesan melalui spektroskopi di permukaan.[16]

Bentuk Proteus hampir dengan sfera dengan jejari kira-kira 210 km (130 bt), walaupun sisihan daripada bentuk sfera adalah besar—sehingga 20 km (12 bt);[4] saintis percaya ia adalah kira-kira sebesar badan dengan ketumpatannya tanpa ditarik ke dalam bentuk sfera yang sempurna oleh gravitinya sendiri.[4] Bulan Zuhal Mimas mempunyai bentuk elips walaupun sedikit kurang jisim daripada Proteus, mungkin disebabkan oleh suhu yang lebih tinggi berhampiran Zuhal atau pemanasan pasang surut. Proteus memanjang sedikit ke arah Neptun, walaupun bentuk keseluruhannya lebih dekat dengan polihedron yang tidak sekata berbanding dengan elipsoid triaksial. Permukaan Proteus menunjukkan beberapa segi rata atau sedikit cekung berukuran dari 150 hingga 200 km diameter, dan mungkin merupakan kawah hentaman yang terdegradasi.[2]

Ciri permukaan

[sunting | sunting sumber]
Imej Voyager 2 Proteus, diproses secara digital menunjukkan ciri permukaan.
Peta Proteus

Proteus mempunyai kawah yang besar dan tidak menunjukkan sebarang pengubahsuaian geologi.[15] Kawah terbesar, Pharos, mempunyai diameter dari 230 to 260 km.[4] Kedalamannya kira-kira 10–15 km.[2] Kawah ini mempunyai kubah tengah di lantainya setinggi beberapa kilometer.[2] Pharos adalah satu-satunya ciri permukaan yang dinamakan pada bulan ini: nama itu berasal Yunani, dan merujuk kepada pulau tempat Proteus memerintah.[17] Selain Pharos, terdapat beberapa kawah 50–100 km diameter dan banyak lagi dengan diameter kurang daripada 50 km.[4]

Bentuk muka bumi lain di Proteus termasuk ciri linear seperti tubir, lembah dan alur. Ciri yang paling menonjol terletak selari dengan khatulistiwa di sebelah barat Pharos. Ciri-ciri ini mungkin terbentuk akibat hentaman gergasi yang membentuk Pharos dan kawah besar lain atau akibat tekanan pasang surut dari Neptun.[2][4]

Pembentukan Proteus

[sunting | sunting sumber]

Proteus, seperti bulan dalaman Neptun lain, kurang mungkin ialah badan asal yang terbentuk bersamanya, dan lebih berkemungkinan terbentuk daripada runtuhan yang dihasilkan selepas penangkapan Triton. Orbit Triton ketika ditangkap menjadi sangat sipi, dan menyebabkan gangguan huru-hara terhadap orbit bulan Neptun dalaman asal, menyebabkan mereka berlanggar dan menjadi cakera runtuhan.[10] Hanya selepas orbit Triton membulat, beberapa cakera runtuhan bergumpal membentuk bulan Neptun masa kini.[18]

Proteus pada mulanya mempunyai orbit yang lebih kecil di sekitar Neptun, dan mungkin terbentuk lebih dekat dengan planet ini. Pada masa pembentukan Proteus, orbitnya dianggarkan 8,000 km (5,000 bt) kurang daripada jarak semasanya dari Neptun.[19] Dari masa ke masa, Proteus berhijrah keluar dari Neptun melalui interaksi pasang surut. Semasa penghijrahan keluar Proteus, perlanggaran dan peristiwa hentaman mungkin telah membentuk kawah besar dan telah mengeluarkan serpihan Proteus ke orbit sekitar Neptun. Perlanggaran Proteus dan objek lain mungkin boleh menjelaskan asal usul bulan Hippocamp lebih kecil yang mengorbit berhampiran Proteus.[19]

  1. ^ Dalam kertas terdahulu, dimensi yang sedikit berbeza telah dilaporkan. Thomas dan Veverka pada 1991 melaporkan saiz 440×416×404 km.[2][3] Croft pada 1992 pula melaporkan saiz 430×424×410 km.[4] Perbezaan ini terbit akibat penggunaan set gambar berbeza dalam kajian, dan bentuk Proteus yang sukar diterangkan sebagai elipsoid triaksial.[2]
  2. ^ Jisim melalui pendaraban isi padu oleh Stooke (1994)[2] dengan andaian ketumpatan 1,300 kg/m3. Sekiranya dimensi terdahulu yang sedikit lebih besar digunakan, jisimnya menjadi 5×1019 kg.[5]
  3. ^ Graviti permukaan terbit daripada jisim m, pemalar graviti G dan jejari r: Gm/r2.
  4. ^ Halaju lepas daripada jisim m, pemalar graviti G dan jejari r: Templat:Radical.
  1. ^ "Proteus". Lexico UK English Dictionary. Oxford University Press. Diarkibkan daripada yang asal pada March 22, 2020.
  2. ^ a b c d e f g h i j k l Stooke, Philip J. (1994). "The surfaces of Larissa and Proteus". Earth, Moon, and Planets. 65 (1): 31–54. Bibcode:1994EM&P...65...31S. doi:10.1007/BF00572198. S2CID 121825800.
  3. ^ Williams, Dr. David R. (2008-01-22). "Neptunian Satellite Fact Sheet". NASA (National Space Science Data Center). Dicapai pada 2008-12-12.
  4. ^ a b c d e f g Croft, S. (1992). "Proteus: Geology, shape, and catastrophic destruction". Icarus. 99 (2): 402–408. Bibcode:1992Icar...99..402C. doi:10.1016/0019-1035(92)90156-2.
  5. ^ a b c d e "Planetary Satellite Physical Parameters". JPL (Solar System Dynamics). 2010-10-18. Dicapai pada 2011-10-11.
  6. ^ Karkoschka, Erich (2003). "Sizes, shapes, and albedos of the inner satellites of Neptune". Icarus. 162 (2): 400–407. Bibcode:2003Icar..162..400K. doi:10.1016/S0019-1035(03)00002-2.
  7. ^ "Proteus By The Numbers". solarsystem.nasa.gov/. Dicapai pada September 4, 2020.
  8. ^ a b Marsden, Brian G. (September 16, 1991). "Satellites of Saturn and Neptune". IAU Circular. 5347. Dicapai pada 2011-10-24.
  9. ^ a b Jacobson, R. A.; Owen, W. M. Jr. (2004). "The orbits of the inner Neptunian satellites from Voyager, Earthbased, and Hubble Space Telescope observations". Astronomical Journal. 128 (3): 1412–1417. Bibcode:2004AJ....128.1412J. doi:10.1086/423037.
  10. ^ a b Goldreich, P.; Murray, N.; Longaretti, P. Y.; Banfield, D. (1989). "Neptune's story". Science. 245 (4917): 500–504. Bibcode:1989Sci...245..500G. doi:10.1126/science.245.4917.500. PMID 17750259. S2CID 34095237.
  11. ^ "Proteus In Depth". NASA Solar System Exporation. Dicapai pada 12 March 2019.
  12. ^ Green, Daniel W. E. (July 7, 1989). "1989 N 1". IAU Circular. 4806. Dicapai pada 2011-10-24.
  13. ^ a b Zhang, K.; Hamilton, D. P. (2007). "Orbital resonances in the inner Neptunian system: I. The 2:1 Proteus–Larissa mean-motion resonance". Icarus. 188 (2): 386–399. Bibcode:2007Icar..188..386Z. doi:10.1016/j.icarus.2006.12.002.
  14. ^ Zhang, K.; Hamilton, D. P. (2008). "Orbital resonances in the inner Neptunian system: II. Resonant history of Proteus, Larissa, Galatea, and Despina". Icarus. 193 (1): 267–282. Bibcode:2008Icar..193..267Z. doi:10.1016/j.icarus.2007.08.024.
  15. ^ a b c Smith, B. A.; Soderblom, L. A.; Banfield, D.; Barnet, C.; Basilevsky, A. T.; Beebe, R. F.; Bollinger, K.; Boyce, J. M.; Brahic, A. (1989). "Voyager 2 at Neptune: Imaging Science Results". Science. 246 (4936): 1422–1449. Bibcode:1989Sci...246.1422S. doi:10.1126/science.246.4936.1422. PMID 17755997. S2CID 45403579.
  16. ^ Dumas, Christophe; Smith, Bradford A.; Terrile, Richard J. (2003). "Hubble Space Telescope NICMOS Multiband Photometry of Proteus and Puck". The Astronomical Journal. 126 (2): 1080–1085. Bibcode:2003AJ....126.1080D. doi:10.1086/375909.
  17. ^ "Planetary Names: Crater, craters: Pharos on Proteus". Gazetteer of Planetary Nomenclature. USGS Astrogeology. Dicapai pada 24 June 2021.
  18. ^ Banfield, Don; Murray, Norm (October 1992). "A dynamical history of the inner Neptunian satellites". Icarus. 99 (2): 390–401. Bibcode:1992Icar...99..390B. doi:10.1016/0019-1035(92)90155-Z.
  19. ^ a b Showalter, M. R.; de Pater, I.; Lissauer, J. J.; French, R. S. (2019). "The seventh inner moon of Neptune" (PDF). Nature. 566 (7744): 350–353. Bibcode:2019Natur.566..350S. doi:10.1038/s41586-019-0909-9. PMC 6424524. PMID 30787452.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]