Rumah lebah
Rumah lebah atau haif (bahasa Inggeris: beehive ) adalah struktur buatan manusia dikhususkan merumah spesies-spesies lebah madu subgenus Apis - terutamanya lebah madu barat (Apis mellifera) dan lebah madu timur (Apis cerana)[1][2] untuk tujuan pembiakan, pendebungaan tanaman berkaitan serta pemerolehan madu yang terhasil daripada kegiatan lebah-lebah ini untuk tujuan makanan atau kesihatan.
Binaan-binaan ini mengalakkan lebah membina sarang tersendiri menggunakan pengumpulan lilin rembesan semulajadi dalam badan - struktur prisma heksagon padat terbentuk secara beransur-ansur dalam binaan khas ini sehingga ia sesuai untuk menyimpan makanan (madu dan debunga) dan menempatkan anak lebah (dalam peringkat telur, larva dan pupa).
Jenis
[sunting | sunting sumber]Rumah lama
[sunting | sunting sumber]Rumah-rumah lebah yang lama cenderung mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk lebah membina sarang sendiri. Sarang yang terbina ini melekat kuat pada binaan yang disediakan. Maka, madu lebah dari binaan sebegini sering diperolehi dengan memusnahkan sarang-sarang tersebut, lazimnya dengan menghancurkan dan memecit semua kandungan sarang sehingga madu habis dikeluarkan meninggalkan sisa lilin.
Bentuk rumah lebah tradisi ini berbeza-beza di serata dunia mengikut bahan asa yang mudah diperolehi, daripada hasil kegiatan manusia sehingga ke penggunaan sumber hutan sedia ada.
-
Lebah-lebah mengerumun sarang lebah dalam sebuah pasu tanah di Malta.
-
Rumah lebah daripada anyaman rumput ditutupi lumpur bertarikh abad ke-20 di Transylvania, Romania
-
Rumah lebah anyaman rumput sarat penuh lebah di Croatia.
-
Batang pokok yang ditebuk sebagai perumah sarang lebah di Białowieża, Poland.
Rumah moden
[sunting | sunting sumber]Rekaan-rekaan rumah lebah moden mula diketahui sejak abad ke-18 lalu disempurnakan menjelang abad ke-19. Rekaan ini lazim dikelaskan berdasarkan bentuk dan arah rumah-rumah lebah ini dibina sama ada ia menegak mahupun mendatar.
-
Gambarajah rumah lebah jenis Langstroth dalam Encyclopaedia Britannia 1911. Rekaan ini mempunyai inovasi utama iaitu ruangan masuk berasingan untuk lebah, kotak-kotak khusus memisahkan anak lebah dengan madu serta penutup yang melindungi sarang daripada unsur luar.
-
Sebuah rumah lebah jenis top-bar di Perancis. Binaan ini membolehkan lebah membina sarang mereka dengan mudah secara tergantung dari suatu palang utama di bahagian atas
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ University of Florida - Apis Cerana - http://entnemdept.ufl.edu/creatures/misc/bees/Apis_cerana.htm
- ^ University of Florida - Apis Mellifera - http://entnemdept.ufl.edu/creatures/MISC/BEES/euro_honey_bee.htm