Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Bahagian Samarahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Samarahan)
Bahagian Samarahan
سماراهن
Jata Bahagian Samarahan سماراهن
Lokasi Bahagian Samarahan سماراهن
Bahagian Samarahan سماراهن yang terletak di Malaysia Timur
Bahagian Samarahan سماراهن
Bahagian Samarahan
سماراهن
Bahagian Samarahan سماراهن yang terletak di Malaysia
Bahagian Samarahan سماراهن
Bahagian Samarahan
سماراهن
Bahagian Samarahan سماراهن yang terletak di Asia
Bahagian Samarahan سماراهن
Bahagian Samarahan
سماراهن
Koordinat: 1°20′40″N 110°34′35″E / 1.3443453°N 110.5764615°E / 1.3443453; 110.5764615Koordinat: 1°20′40″N 110°34′35″E / 1.3443453°N 110.5764615°E / 1.3443453; 110.5764615
Negara Malaysia
Wilayah Sarawak
Daerah
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatan
  • Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS)
  • Majlis Daerah Simunjan
  • Majlis Daerah Asajaya
  • Pejabat Daerah Sebuyau
  • Pejabat Daerah Sadong Jaya
 • Pegawai ResidenMohamad Irwan bin Bahari Bujang
 • Pengerusi MPKSDato' Peter Minos
Keluasan
 • Jumlah4,967.45 km2 (1,917.94 batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Nombor plat kenderaanQC
Laman sesawangsamarahan.sarawak.gov.my

Bahagian Samarahan ialah satu daripada 12 bahagian yang terdapat di Wilayah Sarawak, Malaysia.[1] Ia memiliki keluasan sebanyak 4,967.45 kilometer persegi.[2] Secara rasmi, Bahagian Samarahan dipecahkan kepada empat buah daerah iaitu Simunjan, Kota Samarahan, Daerah Sebuyau, dan Daerah Asajaya. Terdapat juga sebuah daerah kecil iaitu daerah kecil Daerah Kecil Sadong Jaya, dimana kawasan daerah kecil Sadong Jaya masih boleh dikira sebagai sebahagian daripada kawasan daerah Asajaya.

Sebelum kewujudan Bahagian Samarahan, kawasan ini dahulunya merupakan sebuah kawasan daerah kecil yang dikenali sebagai "Daerah Kecil Muara Tuang". Dan ketika itu juga kawasan Muara Tuang merupakan kawasan yang terletak di bawah pengurusan pentadbiran Daerah Kuching.

Pada tahun 1983, daerah kecil Muara Tuang telah dinaikkan taraf menjadi sebuah kawasan daerah penuh dan telah dinamakan sebagai Daerah Samarahan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1987, Daerah Samarahan telahpun dinaikkan taraf sepenuhnya sebagai sebuah bahagian yang kelapan di dalam Wilayah Sarawak, yang dimana ianya telah menggabungkan Daerah Serian, Daerah Simunjan dan Daerah Asajaya untuk membentuk sebuah bahagian wilayah baharu yang dinamakan sebagai Bahagian Samarahan.

Namun demikian, pada 1 Oktober 2015, Kerajaan Sarawak akhirnya memutuskan untuk memisahkan kawasan Daerah Serian daripada kawasan bahagian Samarahan.

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Populasi penduduk

Jumlah populasi penduduk di Bahagian Samarahan

Jumlah keseluruhan populasi penduduk di Bahagian Samarahan berdasarkan daerah pada tahun 2023
No. Daerah Jumlah (orang) Mukim bandar Jumlah (orang)
1 Daerah Samarahan Kota Samarahan
2 Stakan
3 Sejingkat *
4 Daerah Simunjan Bandar Simunjan
5 Daerah Asajaya Pekan Asajaya
6 Beliong
7 Daerah Sebuyau Pekan Sebuyau
8 Sebangan
9 Daerah Kecil Sadong Jaya Pekan Sadong Jaya
10 Jemukan
11 Kampung Terasi

( * ) Kawasan Sejingkat dahulunya adalah sebahagian kawasan di bawah Daerah Kuching. Kini kawasan Sejingkat disatukan di bawah Daerah Samarahan.

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Daerah-daerah dan daerah kecil di Bahagian Samarahan keseluruhan terdapat lima. Setiap daerah dan daerah kecil dipecahkan kepada beberapa kampung atau kawasan dan mempunyai pihak berkuasa tempatan tersendiri. Sebelum ini, Daerah Serian terletak di Bahagian Samarahan, tetapi sejak 1 Oktober 2015, Daerah Serian dipisahkan sepenuhnya daripada Bahagian Samarahan dan membentuk bahagian tersendiri, Bahagian Serian yang dimana merangkumi Serian, Tebedu dan Siburan.[2] Jadual dibawah menunjukkan senarai daerah-daerah dan daerah kecil yang dibawah pentadbiran Bahagian Samarahan.

Senarai Daerah dan Daerah Kecil di Bahagian Samarahan.[3]
No. Peta Keluasan (km2) Daerah Pekan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Mukim bandar lain
1
4,967.45 Daerah Samarahan Kota Samarahan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Stakan dan Sejingkat
2
Daerah Simunjan Bandar Simunjan Majlis Daerah Simunjan
3 Daerah Sebuyau Pekan Sebuyau Pejabat Daerah Sebuyau Sebangan
4
Daerah Asajaya Pekan Asajaya Pejabat Daerah Asajaya Beliong
5 Sadong Jaya Pekan Sadong Jaya Pejabat Daerah Sadong Jaya Jemukan dan Kampung Terasi
  1. ^ "Ini nama daerah, bahagian di Sarawak: Mohon permit pergerakan rentas daerah". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. 7 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-31. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  2. ^ a b "Profail Bahagian Samarahan". samarahan.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Samarahan. 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-18. Dicapai pada 10 Julai 2021.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama GazSar2

Lihat Juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]