Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Segama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Segama
Pemandangan Gua Tepadung, Lahad Datu
Pemandangan Gua Tepadung, Lahad Datu
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Tawau
DaerahLahad Datu
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Lahad Datu
 • DUNYang Berhormat Datuk Mohamaddin Ketapi (Parti Warisan Sabah) (Segama)
Zon waktuMST
Kawasan KejirananSapagaya

Segama ialah salah sebuah Mukim yang terdapat di Daerah Lahad Datu, Sabah, Malaysia.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Nama Segama berasal daripada perkataan se'agama atau segamo dalam Bahasa Idahan.

Sebelum Era Penjajahan Inggeris, Segama merupakan sebuah perkampungan yang dihuni oleh Suku Kaum Idahan, manakala suku kaum Subpan pula mendiami kawasan Ulu Segama.

Gudang Segama

Gudang Segama, Lahad Datu

Kawasan Segama terletak di bahagian tengah Daerah Lahad Datu yang bersempadan dengan beberapa buah mukim lain seperti Mukim Dam, Mukim Bandar, Mukim Sapagaya dan juga Mukim Paris di Kinabatangan.

Sungai Segama merupakan sungai terpanjang dan terbesar di daerah Lahad Datu.

Kilang Sawit Tomaco, Sungai Mangis, Segama

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Masjid Nurul Jihad, Kg. Kokos Batu 6, Segama, Lahad Datu

Penduduk Mukim Segama hari ini terdiri daripada berbilang kaum, contohnya seperti etnik Idahan, Subpan, Dusun Segama, Melayu Kokos, Bajau, Bugis, Jawa dan Cina.

Agama Islam adalah Dominant di Mukim Segama diikuti oleh Agama Kristian dan lain-lain.

  1. Kampung Segama Lama batu 8
  2. Kampung Sapadulang
  3. Kampung Kokos Batu 6
  4. Kampung Bukit Belacon
  5. Kampung Tawaiyari
  6. Kampung Upak Mesuli
  7. Kampung Lituk Pulau
  8. Kampung Sunduron
  9. Kampung Buang Sayang
  10. Kampung Kenangan
  11. Kampung Batu 4
  12. Kampung Batu 5 Jalan Paijo
  13. Kampung Tamoi Baru
Kampung Segama Lama Batu 8, Lahad Datu

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]
Pemandangan Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon

Terdapat beberapa buah sekolah di Kawasan Segama iaitu

  1. Sekolah Kebangsaan Bukit Balacon
  2. Sekolah Kebangsaan Tawaiyari
  3. Sekolah Kebangsaan Batu 6 1/2 Segama
  4. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kiau Shing
  5. Sekolah Agama Rakyat Kampung Cocos
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Segama
  7. Sekolah Menengah Sains Lahad Datu
  8. Kolej Vokasional Lahad Datu
  9. Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC)

Tempat menarik

[sunting | sunting sumber]
Bukit Belacon, Segama, Lahad Datu

Antara tempat menarik dan kawasan bersejarah di Segama adalah seperti Gua Tapadong, Hutan Simpan Ulu Segama, Taliwas dan Gudang Segama yang merupakan bangunan tinggalan British.


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]