Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Subsidi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suatu subsidi merupakan satu bentuk bantuan kewangan yang dibayar kepada suatu perniagaan atau sektor ekonomi. Kebanyakan subsidi dibuat oleh kerajaan kepada pengeluar atau pengedar di dalam sebuah industri untuk mencegah kemerosotan industri itu (misalnya sebagai hasil dari satu kesinambungan ketidakuntungan operasi) atau suatu kenaikan harga produk atau hanya untuk menggalakkannya bagi menggaji lebih banyak pekerja (seperti di dalam kes satu subsidi gaji). Contoh-contoh lain adalah subsidi-subsidi untuk menggalakkan jualan eksport; subsidi-subsisi ke atas beberapa makanan untuk mengekalkan kos sara hidup, terutamanya di kawasan perbandaran; dan subsidi-subsidi untuk menggalakkan perkembangan pengeluaran hasil ladang dan menjayakan kebergantungan diri di dalam penghasilan makanan.[1]

Subsidi boleh dianggap sebagai satu bentuk kefahaman perlindungan atau halangan perdagangan dengan membuat barangan domestik dan perkhidmatan secara kompetitif buatan menentang import. Subsidi mungkin mengganggu pasaran, dan boleh mengenakan kos ekonomi yang besar.[2] Bantuan kewangan di dalam bentuk subsidi mungkin datangnya dari kerajaan, tetapi istilah subsidimungkin merujuk kepada bantuan oleh orang lain, seperti individu atau institusi bukan pemerintah.

Sejarah makna

[sunting | sunting sumber]

Pada abad ke-16 "subsidi" merujuk kepada percukaian, sebagai contoh cukai di England diperkenalkan oleh Thomas Wolseypada tahun 1513 berdasarkan keupayaan untuk membayar.[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Todaro, Michael P.; Smith, Stephen C. (2009). Economic Development (ed. 10th). Addison Wesley. m/s. 839. ISBN 978-0-321-48573-1.
  2. ^ "Economics A-Z –Economist.com". The Economist.
  3. ^ p30 -"The English Reformation: crown power and religious change, 1485-1558", Colin Pendrill, Heinemann, 2000. ISBN 0-435-32712-7

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • - public data: GDP and Personal Income of the U.S. (annual): Subsidies