Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Takungan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Takungan Kardzali di Bulgaria merupakan takungan di Pergunungan Rhodope.
Tasik Osceola di kampus Universiti Miami di Coral Gables, Florida, Mei 2006.

Takungan (Jawi: ‏تاكوڠن) atau waduk (Jawi: ‏وادوق) atau reservoir (Jawi: ‏ريسيرۏوير) (bahasa Inggeris: reservoir, dari bahasa Perancis: réservoir, yang bererti "takung", atau wadah dari akar kata tadah "tempat penyimpanan "lazimnya merupakan tasik atau danau semula jadi atau buatan yang diperbesar dengan menggunakan empangan untuk menyimpan air tawar.

Takungan boleh dibangunkan dalam beberapa cara, termasuklah mengawal saluran air yang mengalirkan jasad air sedia ada, mengganggu saluran untuk membentuk penelukan di dalamnya, melalui penggalian, atau membina beberapa tembok penahan atau tetambak.

Ditakrifkan sebagai ruang penyimpanan bendalir, takungan boleh menampung air atau gas, termasuk hidrokarbon. Takungan tangki menyimpannya di dalam tangki paras tanah, bertingkat atau tertimbus. Takungan tangki untuk air juga dipanggil sisterna. Kebanyakan takungan bawah tanah digunakan untuk menyimpan cecair, terutamanya sama ada air atau petroleum, di bawah tanah.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Jabatan Sumber Air. "Reservoir Information". California Data Exchange Center (dalam bahasa Inggeris). Negeri California.
  • Global Journal of Research Engineering (USA) (28 Ogos 2012). "Durability-Based Optimization of Reinforced Concrete Reservoirs Using Artificial Bee Colony Algorithm". Global Journal of Research in Engineering (dalam bahasa Inggeris). Civil and Structural Engineering (GJRE-E). 12 (3–E).