Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Telapuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Telapuk berbelah rusa Capreolus capreolus dengan kuku embun

Telapuk atau huf ialah hujung jari kaki mamalia ungulat yang diperkuat dengan litupan keratin yang tebal. Telapuk terdiri daripada tapak yang keras atau liat, dan kulit keras yang dibentuk oleh kuku tebal yang bergulung di keliling hujung jari kaki. Berat badan haiwan biasanya ditahan oleh tapak dan tepi kulit telapuk sekali. Telapuk tumbuh secara berterusan dan sentiasa menjadi haus.

Kebanyakan haiwan ungulat berjari genap (seperti biri-biri, kambing, rusa, lembu, kerbau dan babi) ada sepasang telapuk besar di setiap kaki, iaitu telapuk berbelah. Kebanyakan haiwan bertelapuk berbelah ini juga ada dua telapuk kecil yang dipanggil kuku embun yang terletak dekat atas telapuk besar. Kuku embun ini biasanya tidak digunakan untuk berjalan, tetapi bagi sesetengah spesies yang lebih besar kuku embunnya (seperti rusa dan babi) ia boleh menyentuh tanah ketika berlari atau melompat, ataupun jika tanah itu lembut. Haiwan-haiwan bertelapuk berbelah yang lain (seperti zirafah dan pronghorn) tiada kuku embun. Sesetengah haiwan yang kononnya "bertelapuk berbelah", seperti unta, sebenarnya tiada telapuk; cuma kukunya lebih lembut dan telapuk itu sekadar kuku.

Sesetengah ungulat berjari ganjil (seperti kuda) ada satu telapuk di setiap kaki; manakala yang lain (badak sumbu, tenuk) mempunyai tiga batang jari kaki yang bertelapuk atau berkuku berat, ataupun satu telapuk dan dua kuku embun. Tenuk ini berlainan kerana ada tiga jari di setiap kaki belakang dan empat jari di kaki depan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]